Tuesday, December 29, 2009

TINTA PENGARAH URUSAN BAGI DISEMBER 09/SIRI 3



HPA Raihan Roadshow....

Anda ingin saksikan konsert Raihan. HPA akan mengadakan Road Show Raihan di setiap zon. Anda ingin saksikan percuma? Beli 30 botol besar Air Minuman Berkarbonat di mana-mana cawangan atau kios anda akan menerima baucer percuma menyaksikan konsert RAIHAN. Bukan itu sahaja...10% daripada itu akan di masukan ke "TABUNG DANA UNTUK MU PALESTIN"

Tarikh Promosi mulai Januari 2010

Kepada cawangan GM ingin maklumkan bahawa baucer akan di hantar ke cawangan selewat-lewatnya hujung minggu pertama. Sehubungan dengan itu sekiranya ada pengedar/agen stok yang datang melakukan pembelian sebelum baucer di hantar ke cawangan, sila catat rekod dan pastikan baucer itu di berikan kepada mereka apabila cawangan menerima baucer tersebut.
Kepada seluruh Pengurus Zon sila ambil perhatian.

Bukit Tambun menjadi kota ilmu HPA

Lokasinya yang terletak di Seberang Prai menampakkan ia tidak sesuai sangat untuk di jadikan medan pendidikan ilmu. Namun bagi HPA kita selalu berfikir bahawa banyak sekali batasan fikiran itu boleh kita atasi dengan kerja yang bersungguh-sungguh. Kini kita sedang menyiapkan bangunan 4 tingkat yang akan memuatkan 500 orang pelajar ITHPA bagi persiapan pembentukan kolej universiti 3 tahun lagi.

Bangunan yang berharga 2.6 juta ini akan menjadi medan ilmu dimana pendidikan ilmu ugama dan keusahawanan akan berterusan disini. Bahasa pengantar ITHPA ialah bahasa Malaysia disamping bahasa Inggeris,Bahasa Arab dan bahasa Cina juga menjadi bahasa wajib .

Disamping program diploma dalam bidang ugama,ITHPA juga membuka sekolah peniagaan dan keusahawanan yang terbuka kepada semua ahli atau bukan ahli. Bangunan-bangunan tambahan akan diambil bagi membolehkan kesediaan tempat belajar yang selesa untuk para pelajar.

Kiropraktik: Kursus Keusahawanan Herbalis (JHS)



Salah satu ilmu dalam Perubatan JAWI HPA ialah rawatan kiropraktik iaitu rawatan membetulkan tulang belakang. Kursus berkaitan rawatan ini akan diadakan pada 19,20 dan 21 Januari di Jejawi, Perlis. Penyertaan hanya dibuka untuk 50 orang sahaja. Antara pelajaran yang akan dipelajari ialah:

1. Ilmu kiropraktik asas
2. Ilmu kiropraktik (advance)
2. Pembetulan tulang belakang menggunakan tungku besi
3. Selangkah ke alam herba (Taman herba Perlis)
4. Tiru Macam saya – usahawan herbalis.
5 . Praktikal & soal jawab langsung dengan Pengarah Urusan HPA.

Pihak JHS hanya akan menerima 50 orang terawal yang mendaftar dan mereka yang membuat bayaran RM200 sebagai bukti penyertaan. Semua pemohonan hendaklah melalui pejabat pengurus Zon Masing-masing.

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

Monday, December 28, 2009

KPJ seluruh Malaysia

Alhamdulilah KPJ akan mula diadakan dengan aktifnya diseluruh Malaysia. Selain daripada Pengarah urusan sendiri yang mengendalikan program ini,kini KPJ juga akan diisi oleh "Ustaz Mat Cina" yang juga pengurus program pendidikan HPA di China. Ustaz Mat Cina - nama yang beliau senangi,mendapat pendidikan di Universiti Al Azhar,Mesir dan pendidikan bahasa cina di sebuah universiti di negara China. Beliau juga mengusai pengetahuan bahasa Inggeris dan sangat excited dalam melaksanakan misi dan visi HPA masa kini.

Kebolehan beliau menyampaikan kuliah sangat menarik dan sangat disenangi oleh pendengar . HPA sangat bertuah dikurniakan Allah figure ini. "Saya mewakafkan diri saya untuk pejuangan HPA" ucap beliau di Hotel De Palma baru-baru ini.

Saya juga mengharapkan seratus orang lagi mereka yang ada talent akan bersama-sama HPA mengukuhkan peniagaan halal ini. Amin.

Saturday, December 26, 2009

Sekitar Pembukaan RFC Mydin Mall Ayer Keroh & 6 Buah Cawangan Baru Zon Selatan

INFO TERKINI DARI GM AWM SDN. BHD.

Kursus Pembetulan Tulang Belakang Siri 1.

Tarikh: 19, 20 dan 21 Jan 2010
Lokasi: Perlis
Terhad kepada 50 peserta sahaja.
Kos: RM 200(termasuk lawatan ke Taman Herba Perlis)
Yang berminat sila hubungi Pengurus Zon dengan seberapa segera

Friday, December 25, 2009

PPZS GLOBAL: PAMERAN & JUALAN DI SUNGAI RENGIT, KLUANG

Pada 20 Disember 2009 (Ahad), Kelab Pentadbiran Operasi Zon Selatan (KOPUS) dan AWM Cawangan Kota Tinggi telah berkerjasama mengadakan pameran dan jualan di Dewan Terbuka Sungai Rengit bersepena dengan Fiesta Cuti Sekolah Penggal 3/2009 yang dianjurkan oleh Persatuan Pengasih dan Penyayang Pengerang.


Program tersebut dianjurkan bertujuan untuk memberi sumbangan persekolahan kepada pelajar dikalangan keluarga yang berpendapatan rendah. Program yang bermula pada pukul 9 pagi sehingga 2 petang dikerumuni oleh 300 orang yang terdiri daripada pelajar, ibu bapa, guru-guru dan pihak penganjur. YB Harun selaku ADUN Telok Sengat melapangkan masa untuk merasmikan majlis tersebut.


Persiapan sebelum pameran dan jualan


Sekitar pameran & jualan HPA

HPA bersama YB Harun

Bersama Pengerusi dan Setiausaha Persatuan Pengasih & Penyayang Pengerang


Monday, December 21, 2009

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA PERPINDAHAN CAWANGAN PASIR GUDANG

Alhamdulillah.

Kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi kerana keizinan-Nya untuk melaksanakan majlis tersebut. Majlis kesyukuran yang dianjurkan oleh Kelab Al Wahida Selatan (KAS) ini dihadiri seramai 50 orang yang terdiri daripada para PJS, staf Zon Selatan dan ahli-ahli komiti yang lain.

Majlis ini dianjurkan bagi memanjatkan syukur di atas perpindahan cawangan ini bagi mengatasi masalah yang terdapat pada lokasi yang cawangan yang terdahulu. Diharap dengan berpindahnya cawangan tersebut ke lokasi baru dapat meningkatkan lagi jualan di samping dapat memberi pendedahan yang lebih kepada orang ramai.

ANTARA TETAMU JEMPUTAN YANG HADIR






TETAMU YANG HADIR SEDANG MENDENGAR TAZKIRAH MUHARRAM
DARIPADA PENCERAMAH



Saturday, December 19, 2009

HEBAHAN PERASMIAN & MAJLIS KESYUKURAN BERSAMA PJS SEMPENA PEMBUKAAN RADIX FRIED CHICKEN (RFC), AYER KEROH, MELAKA DAN 6 CAWANGAN BARU ZON SELATAN


Salam HPA,

Alhamdulillah, usaha-usaha yang diberkati oleh Allah telah diizin oleh-Nya HPA terus berkembang maju diiringi dengan potensi perniagaan yang lebih global dan terbuka. Radix Fried Chicken Sdn. Bhd. terus mengembangkan jaringan perniagaannya dengan membuka sebuah lagi outletnya di Pasaraya Mydin, Ayer Keroh Melaka.

Lokasinya yang strategik di corner lot pasaraya berkenaan menambahkan lagi pakej strategik restoran berkenaan untuk terus berkembang maju.

Sehubungan dengan itu, majlis perasmian RFC tersebut akan dilaksanakan pada
24 Disember 2009 yang dihadiri oleh PJS-PJS dan leader. Antara aturcaranya adalah:

10.00 pagi
Ketibaan tetamu jemputan
Ketibaan Tuan Haji Fisal Bin Ahmad Tajuddin (Pengarah Urusan 2 HPA Industries Sdn. Bhd.)

11.00 pag
i
Aluan Pengerusi Majlis

11.15 pagi
Bacaan Ayat-ayat Suci Al Quran

11.30 pagi
Ucapan dan Perasmian Tuan Haji Fisal Bin Ahmad Tajuddin (Pengarah Urusan 2 HPA Industries Sdn. Bhd.)

12.00 t/hari
Penyerahan Plug Perasmian Cawangan Baru kepada Eksekutif
Penyampaian Cenderamata kepada Mydin Mall & Pelabur

12.30 pagi
Bacaan Doa Selamat dan Kesyukuran

12.45 tengah hari
Majlis Perasmian Radix Fried Chicken, Mydin Mall Ayer Keorh, Melaka

01.00 t/hari
Jamuan makan dan bersurai

02.00 petang

Buka untuk jualan

Semua PJS-PJS dan Leader-leader dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

HEBAHAN PROGRAM KEM IBADAH SIRI 1

Thursday, December 17, 2009

XH07 TEH SEPANG


Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 18

Nilai Mata (NM): 7

SALAM MAAL HIJRAH - GM AL WAHIDA

SALAM MAAL HIJRAH SAYA DAN SEKELUARGA UCAPKAN PADA SEMUA DI SANA. MOGA KITA MEMULAKAN AZAM BARU DAN SEMANGAT BARU. AGAR KITA SEMUA MENDAPAT PERLINDUNGAN DARI ALLAH SWT. LAHIRKAN KECINTAAN KITA PADA ALLAH, RASUL DAN KELUARGANYA MENGATASI CINTA KITA PADA YANG LAIN. PERBANYAKAN SOLAWAT SUPAYA MENDAPAT SYAFAAT DARI RASUL YANG KITA CINTAI.

PERKONGSIAN ILMU CEMERLANG (PIC)



PERKONGSIAN ILMU CEMERLANG (PIC) akan diadakan pada 19 dan 20 Disember 2009 bertempat di Dewan Amir Ramadhan Kompleks Al Wahida Jejawi, Perlis.

Yuran : RM 200
Sila bank in terus ke BIMB (Bank Islam Malaysia Berhad)
No Akaun : 02020010058744
Atas nama : Mutiara Hikmah

Sila faks slip bank sebagai bukti bayaran tersebut ke Faks : 04-4419254

Sebarang pertanyaan mengenai PIC bolehlah menghubungi Ustazah Norul Husna (012-4675091) atau Pejabat 04-4419094.

INSENTIF TA'AWUN 2010

GEMPUR RADIX COLA - GM AWM SDN. BHD.



Salam semua PJS dan distributor Malaysia

Salam Gempur Insentif secara besar-besaran.

PJS di minta mengatur langkah bahgaimana nak gempur RADIX COLA, RADIX SARSI, OREN DSBNYA....

Gempur di Kedai makan segera.

Tuesday, December 15, 2009

PEMBETULAN TARIKH KPJ KLUANG TERKINI DARIPADA PEJABAT PENGARAH URUSAN

Adalah dimaklumkan bahawa tarikh Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) Kluang telah ditukarkan kepada 29 Disember 2009 (Selasa) di Dewan Nuruddin Fahmey.

Diharap pihak cawangan mengambil tindakan. Terima kasih. Kemaafan dipohon atas penukaran tarikh tersebut.

Monday, December 14, 2009

MAKLUMAN PERPINDAHAN CAWANGAN PASIR GUDANG

Adalah dimaklumkan bahawa AWM Cawangan Pasir Gudang akan berpindah dan beroperasi ke lokasi baru bermula 20 Disember 2009.

Alamatnya seperti berikut:
No. 5, Jalan Masai Utama 1,
Taman Masai Utama,
81750 Masai,
Johor Darul Takzim

MAKLUMAN PEMBUKAAN CAWANGAN BARU


TINTA PENGARAH URUSAN DISEMBER 2009/SIRI 2 (PEMBETULAN TARIKH KPJ)



LIPAT GANDAKAN USAHA UNTUK KEMAJUAN HPA 2010 (Sedetik Renungan Bersama GM Al Wahida)

Salam PJS dan Semua Pemimpin HPA

GM dari Kambodia dan Vietnam akan terus ke Jakata bagi menyampaikan vissi dan missi 2010. Banyak hal dan keinsafan yang dapat GM lihat di negara bekas Pol pot. Dengan susahnya produk Halal dan betapa daifnya masyarakat disana termasuk umat Islam serta pengharapan masyarakat disana, maka banyak perkara yang dapat kita lakukan.

Kita melihat program qurban maupun akikah di negara kita bak sudah dijadikan pesta hingga ujud bangga membangga dan pusingan daging hanya berlegar dikalangan kita yang hampir setiap hari menjamah daging lembu dan tidak pernah mengenal istilah lapar dan susah. Masyarakat Islam Kambodia dan Vietnam yang lebih dikenali sebagai Campa majoriti hidup dalam keadaan daif dan amat menyedihkan.

Kepada para pejuang HPA, kita tinggal di negara yang serba serbi subur, perlu kita insafi bahawa kita masih punya tugas meneropong kesusahan dan berjuang membantu sebanyak mungkin.

Maka HPA seharusnya dibangunkan secepat mungkin di Phnom Penh. Tujuan serampang dua mata. Pertama Gempur Radix dan kedua Gempur Bantuan.

Marilah kita bersama HPA, Gempur insentif 2010, buang istilah kecewa,tidak puas hati, lemah semangat dan layu. Seharusnya kita sudah terus mengerakan kerja kita secara luar biasa. Ini kerana matlamat untuk pencapaian bonus luar biasa adalah bertujuan bagi kita semua mengeluarkan zakat, infaq, sedekah, aqiqah dan qurban dan menyampaikan kepada umat Islam khususnya yang masih menderita ketika kita dengan serba kesenangan.

Saturday, December 12, 2009

AYAM MULAI MASUK KE CAWANGAN-CAWANGAN ZON SELATAN-AGM ZON SELATAN

Salam HPA,

AYAM KITA akan mula masuk ke cawangan2 esok. Sila buat hebahan kpd ahli2, leader2 dan Pjs2 yang berdekatan dengan anda! Kita akan target untuk naikkan Jualan Zon Selatan bagi bulan ini...! Mohon Kerjasama semua staf Cawangan.

TQ

HEBAHAN KULIAH PERUBATAN JAWI (KPJ) KLUANG DISEMBER 2009-RALAT TARIKH

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pengarah Urusan HPA Industries Sdn. Bhd. akan mengadakan Kuliah Perubatan Jawi seperti butiran berikut:

Tarikh : 28 Disember 2009 (Isnin)
Tempat : Dewan Nuruddin Fahmey, Kluang
Masa : 08.30 Malam sehingga 11.00 malam
Kehadiran : 300 orang

Eksekutif Cawangan adalah DIWAJIBKAN untuk hadir awal ke kuliah tersebut dan beruniform.

Diharap pihak cawangan boleh membuat hebahan kepada Para PJS, leader-leader, stokis-stokis dan ahli-ahli berkenaan dengan kuliah ini. Sekian Terima Kasih.

LAGI PRODUK BARU BAKAL BERADA DI PASARAN (PENCUCI PINGGAN WIDURI 1 LITER)



Thursday, December 10, 2009

SOKONG PROGRAM KOD KHASIAT MAKANAN RINGAN

KUALA LUMPUR: Pengeluar makanan ringan mungkin diminta menggunakan kod warna ala lampu isyarat pada pembungkus makanan berkenaan sebagai perbandingan sama ada ia berkhasiat, kurang berkhasiat atau tidak sesuai langsung untuk dimakan kanak-kanak.

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) akan mencadangkan kepada kerajaan mengenai penggunaan kod warna berkenaan kerana ia bukan saja mudah difahami oleh kanak-kanak, malah hampir setiap individu.

Ketua Eksekutif Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata kod warna berkenaan boleh dianggap kod universal dan mana-mana individu di dunia tahu mengenainya, sekali gus memudahkan setiap pihak di negara ini faham kepentingannya, khasnya kepada kanak-kanak.

“Kod ala lampu isyarat itu mudah difahami iaitu jika berwarna hijau, makanan ringan berkenaan sihat; kuning bermakna sederhana manakala merah menunjukkan makanan mempunyai kandungan gula dan garam yang tinggi, berlemak dan pelbagai lagi.

“Kod warna itu juga mudah dilihat atau disedari kanak-kanak selain ibu bapa, tidak seperti pembungkus sedia ada yang walaupun mempunyai keterangan berkaitan makanan ringan itu tetapi ia kecil, sukar dibaca selain tidak menarik minat golongan sasaran untuk mengambil tahu,” katanya.

Beliau ditemui dalam Kempen Konsumer Kebangsaan (3K) 2008-2012: Generasi Makanan Ringan: Kempen Menghentikan Pemasaran Makanan Tidak Sihat Kepada Kanak-kanak di pasar raya Mega Giant, Kota Damansara, di sini, semalam.

Menurut Mohd Yusof, pihaknya akan mencadangkan penggunaan kod berkenaan kepada kerajaan dalam masa terdekat dan berharap ia dapat dipenuhi demi kepentingan semua pihak.

“Jika ia dipenuhi, pengeluar makanan ringan perlu itu atau tindakan tegas boleh dikenakan jika mereka cuba memperdaya pelanggan dengan menggunakan kod warna mengelirukan.

“Bagaimanapun, setiap makanan ringan yang akan diberi kod warna perlu diperiksa Kementerian Kesihatan untuk menentukan jenis warna perlu digunakan.

Metro Ahad, 15 Mac 2009

Senarai Layak Ke PIC Dec 09

Senarai Penuh Yang berjaya mendapat Pakej Perlancungan HPA. Perkongsian Ilmu Cemerlang (PIC) Bersama Tuan Haji Ismail Bin Ahmad pada 19hb – 20hb Dec 2009 di Sungai Petani, Kedah.Semua ditanggung HPA(Percuma)

Pakej A1 ( 1 orang), Pakej A2 ( 2 Orang), INSENTIF PBC-KONVEK 09

Lihat senarai

Majlis Penerangan Pada pemimpin HPA

Salam pada PJS, Ahli Komuniti Seluruh Malaysia.

Satu taklimat khas rancangan 2010 dari Tuan Pengarah Urusan dan GM akan diadakan pada 23hb Dis 2009 jam 10 pagi di De Palma Hotel, Ampang, Selangor.

Kehadiran adalah terhad kepada 200 pemimpin yang berdaftar.

KPA,KPU,KPT,KP Sabah dan Sarawak dan Gabungan Kelab di Johor sila hantar tempahan nama pemimpin anda segera kepada Pengurus Zon Tengah Puan Siti di sa3173@yahoo.com.my atau menghubungi terus 0134219727. Pastikan dibuat melalui Kelab.

Seluruh PJS wajib hadir

SALAM SATU GEMPUR RADIX

Tuesday, December 8, 2009

INSENTIF 2010 DI UMUMKAN

Insentif Ta’awun 2010

Pemulaan bulan insentif: Dis 2009
Penamat bulan insentif: Sept 2010

MATLAMAT
• Memudahkan pengedar memahami dan mengejar sasaran tersebut
• Mengaktifkan PBC dan memastikan upline melakukan proses pembinaan jaringan
• Menuju kearah pencapaian jualan RM 20juta (Malaysia Sahaja)

SYARAT
• Mencapai jualan RM 20 juta (Malaysia Sahaja )
• Bagi semua kategori

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut. Terima Kasih.

MEMO J.A.D

Kepada:

Eksekutif Cawangan,
Cawangan – Cawangan Zon Selatan.

Assalamualaikum

PENGHANTARAN LAPORAN JUALAN HARIAN

Perkara di atas adalah dirujuk. Sebagai makluman, anda dikehendaki untuk menghantar laporan jualan harian pada hari yang sama selepas tamat waktu operasi, seperti yang telah diarahkan oleh Pengurus JAD pada mesyuarat Audit yang lalu. Laporan mestilah dihantar melalui;

1. i. SMS (013-4887157 Pegawai Audit Dalaman Zon Selatan)

2. Sehubungan itu, anda diminta untuk melaksanakan tugasan seperti yang telah diarahkan. Arahan ini berkuatkuasa serta merta. Kerjasama sebaik mungkin diharapkan bagi melancarkan aktiviti di cawangan.

Jom bawa anak anak ke RCH Jelempok-GM Al Wahida

SALAM.

SATU PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA MUSIM CUTI SEKOLAH INI AKAN DIADAKAN DI RCH JELEMPOK PERLIS.HADIAH MENARIK DISEDIAKAN.

TARIKH: 27hb DISEMBER 2009
TEMPAT: RCH JELEMPOK,PERLIS
MASA : 8.30 PAGI-11.00 PAGI

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:

Peraduan ini terbuka kepada Kanak-Kanak Lelaki dan Perempuan yang berumur 7 hingga 12 tahun.

Peraduan terbahagi kepada dua kategori umur iaitu 7-9 tahun dan 10-12 tahun.

Peraduan ini terhad kepada 100 penyertaan terawal sahaja.

Peserta dikenakan bayaran penyertaan RM10.00 seorang.

Borang penyertaan hendaklah dikembalikan kepada cawangan RCH(Alor setar,Kangar atau Jelempok)selewat-lewatnya pada 22 hb Disember 2009.

Setiap peserta akan diberikan set alatan peraduan,iaitu sekeping lukisan dan alatan mewarna. Meja melukis dan alatan sendiri adalah dibenarkan.

Peserta dikehendaki melaporkan diri di kaunter pendaftaran semasa Hari Peraduan Mewarna tersebut.

Hadiah tidak boleh dituntut dengan wang tunai,dan hendaklah dituntut pada waktu yang telah ditetapkan.Hadiah yang tidak dituntut pada waktu yang ditetapkan akan dianggap lupus.

Penganjur berhak untuk menggunakan nama atau gambar para peserta untuk tujuan publisiti tanpa apa-apa pampasan atau pembayaran.

Penganjur berhak untuk menukar syarat-syarat dan terma peraduan tanpa perlu memberi notis kepada para peserta.

Pemenang akan di tentukan berdasarkan keputusan para juri.

Monday, December 7, 2009

PAMERAN JUALAN SEMPENA SEMINAR PEMBANGUNAN INSAN DI UTHM

Sempena dengan Seminar Pembangunan Insan di UTHM pada 2 dan 3 Disember 2009, Pihak Pentadbiran Zon Selatan berkerjasama dengan AWM Cawangan Parit Raja telah dijemput oleh pihak UTHM membuka pameran jualan produk HPA bagi memmeriahkan seminar tersebut.

Seramai 300 orang yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, NGO dan pihak swasta telah menghadiri seminar tersebut. Antara aktiviti yang dilakukan oleh pihak kami adalah:

Jualan Produk HPA oleh AWM Cawangan Parit Raja



Jualan Float, Radix Cola, Aiskrim Toyyibah (Cup Version), Pink Guava oleh Pihak Pentadbiran Zon Selatan




Penyampaian Cenderamata Kepada Pihak UTHM (En Ramli)


Chicken Popcorn



Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM10 .00
Sabah & Sarawak : RM

Harga Pengedar HPA:
Semenanjung Malaysia : RM 8.00
Sabah & Sarawak : RM

Nilai Mata (NM): 1

Berat: 400 gram

GEMPUR RADIX KOKO PAPAN-GM AL WAHIDA

Salam warga HPA,
Hari ini Radix Koko Papan sudah mulai dikeluarkan dan akan masuk secara menyeluruh dalam jangka waktu tiga minggu dari sekarang.
Sama-sama kita semua memasarkan Radix Koko Papan di seluruh warung, restoren dan kedai runcit.
Radix Koko "Minuman Untuk Mereka Yang Perlukan Tenaga Luar Biasa"
Gempur.......

RADIX KOKO PAPAN
20 SACHET SEPAPAN
6NM
HARGA PENGEDAR S/M RM19 ** S/S RM21

TEMPAHAN GAMBAR KPHPA KE 16







Sukacita dimaklumkan bahawa tempahan gambar bagi Kursus Penghayatan HPA Darjah Awal Kumpulan ke 16 telah dibuka. Kepada staf yang ingin menempah atau sudah menempah gambar (diatas) bersaiz 8RW sila hubungi 019-5969870 Yushairi. Read more...

Gambar Kursus Herbalis Muda 2

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepangjang Kursus Herbalis Muda 2

BELAJAR MEMANAH


RIADAH KUMPULAN


KULIAH HERBA


BELAJAR ASAS PENCAK SILAT


SENAMAN PERNAFASAN


KULIAH AGAMA

Saturday, December 5, 2009

FAHAMAN HALAL


"kebanyakan masyarakat bukan Islam menggangap hanya khinzir makanan yang diharamkan dalam Islam, tetapi mereka perlu dijelaskan mengenai haiwan lain yang haram dimakan seperti haiwan bertaring, haiwan yang hidup di dua alam dan binatang yang jijik seperti cicak,"

sumber dari Blog Operasi Zon Timur

HPA INFO SOLAT MELALUI SMS

KULIAH PERUBATAN JAWI DI MITC MELAKA BERJALAN LANCAR

TAHNIAH DAN SETINGGI PENGHARGAAN DIUCAPKAN KEPADA WARGA PENTADBIRAN ZON SELATAN, EKSEKUTIF CAWANGAN ZON SELATAN, PARA PJS, LEADER, STAF-STAF HPA DAN AHLI-AHLI HPA YANG TELAH MEMERIAHKAN LAGI KPJ MELAKA YANG BERLANGSUNG PADA 30 NOVEMBER 2009 DI AUDITORIUM MITC MELAKA.

SEMOGA USAHA TUAN/PUAN DIBERI KEJAYAAN DIIRINGI KEBERKATAN DARI-NYA. INSYAALLAH. PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA.


JUALAN PRODUK HPA DARIPADA AWM CAWANGAN SEMABOK, MELAKA



JUALAN BARANGAN SLM DARIPADA HPA COLLECTION OLEH STAF PEJABAT PENTADBIRAN ZON SELATAN



PESERTA KPJ KHUSYUK MENDENGAR CERAMAH DARIPADA USTAZ MOHAMAD IBRAHIM

PRODUK BARU YANG AKAN BERADA DI PASARAN

RADIX KOKO PAPAN (20 SACHET)



FH58 HONEY COMB (MADU BERSARANG) 950GM