Friday, December 25, 2009

PPZS GLOBAL: PAMERAN & JUALAN DI SUNGAI RENGIT, KLUANG

Pada 20 Disember 2009 (Ahad), Kelab Pentadbiran Operasi Zon Selatan (KOPUS) dan AWM Cawangan Kota Tinggi telah berkerjasama mengadakan pameran dan jualan di Dewan Terbuka Sungai Rengit bersepena dengan Fiesta Cuti Sekolah Penggal 3/2009 yang dianjurkan oleh Persatuan Pengasih dan Penyayang Pengerang.


Program tersebut dianjurkan bertujuan untuk memberi sumbangan persekolahan kepada pelajar dikalangan keluarga yang berpendapatan rendah. Program yang bermula pada pukul 9 pagi sehingga 2 petang dikerumuni oleh 300 orang yang terdiri daripada pelajar, ibu bapa, guru-guru dan pihak penganjur. YB Harun selaku ADUN Telok Sengat melapangkan masa untuk merasmikan majlis tersebut.


Persiapan sebelum pameran dan jualan


Sekitar pameran & jualan HPA

HPA bersama YB Harun

Bersama Pengerusi dan Setiausaha Persatuan Pengasih & Penyayang Pengerang