Saturday, August 28, 2010

LAWATAN AKADEMIK UiTM KE PEJABAT PENTADBIRAN ZON SELATAN



Salam,

Lawatan akademik oleh 4 orang pelajar bidang Pengurusan Akaun UiTM telah menemuduga beberapa orang pegawai zon bagi tujuan akademik semata-mata. Perbincangan bermula jam 09.00 pagi dan berakhir 10.30 pagi.

HEBAHAN KULIAH PERUBATAN JAWI SEPTEMBER 2010 ZON SELATAN







Wednesday, August 25, 2010

KUIH RAYA HPA EIDULFITRI KINI DI PASARAN


TENTATIF BARU MAJLIS BERBUKA PUASA STAF RAMADHAN 1431H

Wahai Para Pengedar HPA ohh Ayam Radix ku (GM AWM)

Kita semua sedar bahawa perjuangan kita masih jauh. Sedar atau tidak kemungkinan ibu, ayah, kakak, abang, jiran, sahabat baik, teman sekelian masih lagi berbuka puasa dengan ayam yang tidak tahu asal usul siapa yang menyembelihnya.

Kini HQ sudah menunaikan tanggungjawab menyediakan stok seperti yang di JERIT oleh para pimpinan yang cintakan produk Halal wal Toyibban. Apakah kita sudah merasakan kepuasan dengan hanya Ayam Radix memenuhi freezer HPA?

MARI KITA GEMPUR AYAM RADIX
MARI KITA GEMPUR AYAM RADIX
MARI KITA GEMPUR AYAM RADIX

Tuesday, August 24, 2010

Monday, August 23, 2010

TINTA PENGARAH URUSAN BULAN OGOS 2010 SIRI 1


ARAHAN PROGRAM UNTUK KPU, KPA, KPT DAN KPS DARI GM AWM


Salam.
Kepada semua warga HPA (PJS,.Komuniti, Kelab dan Bahagian Latihan HPA), sekiranya hendak menganjurkan sebarang program seperti kursus, seminar, bengkel dan sebagainya di mana-mana Hotel adalah diminta MEMBINCANGKAN TERLEBIH DAHULU SUPAYA AYAM HPA DAPAT DIGUNAKAN DALAM MENU sebelum membuat tempahan program di hotel tersebut. Ini untuk memastikan peserta dapat menikmati ayam RADIX HPA yang HALAL.

GEMPUR AYAM!!!

Semua Pengurus Zon, Presiden Kelab sila ambil perhatian segera.

MEMO KENAIKAN HARGA UBAT GIGI PEK PROMOSI DAN HEBAHAN PRODUK-PRODUK BARU

PRODUK-PRODUK BARU HPA SEHINGGA 21/08/2010



KENAIKAN HARGA UBAT GIGI PEK PROMOSI



Saturday, August 21, 2010

PRODUK-PRODUK BARU YANG TERDAPAT DI CAWANGAN/HALAL MART/KIOSK ZON SELATAN


1) MR17 Cookies Almond

Nilai Mata = 0.5, Harga Pengedar S/M = RM4.30, Harga Pengguna S/M = RM5.30

2) MR18 Cookies Chip

Nilai Mata = 0.5, Harga Pengedar S/M = RM4.30, Harga Pengguna S/M = RM5.30

3) MR22 Jejari Bawang

Nilai Mata = 2.00, Harga Pengedar S/M = RM13.00, Harga Pengguna S/M = RM15.00

4) XH09 Qausar Teh Sarbat

Nilai Mata = 4.00, Harga Pengedar S/M = RM16.00, Harga Pengguna S/M = RM20.00

Thursday, August 19, 2010

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia

Merujuk kepada Bab 6 Makanan dan Minuman Perkara ke 7.Status Kesucian Ikan Yang DiBeri Makanan Tidak Halal

Keputusan:
Ikan yang dipelihara di dalam kolam ternakan dan seumpamanya adalah haram di makan sekiranya ikan tersebut sengaja dipelihara didalam air najis atau sengaja diberi makanan najis seperti daging babi, bangkai atau sebagainya.

RUMUSAN GM
Ternyata sebahagian besar kolam ikan dinegara kita di pelihara oleh mereka yang tidak memahami mengenai HALAL. Maka terlalu banyak kolam ikan yang diberi makanan seperti daging babi, bangkai ayam dan sebagainya. Ada yang memasukan najis tahi lembu sebagai pemakanan tambahan kepada ikan tersebut.

Sekadar renungan buat peminat IKAN KELI atau LELE dalam bahasa Indonesia.

Wednesday, August 18, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA DI CAW. HPA JOHOR BAHRU



Alhamdulillah,

Majlis Berbuka Puasa anjuran bersama Komuniti HPA Johor Bahru dan Cawangan HPA Johor Bahru telah diadakan pada 17 Ogos di Dewan Cawangan HPA Johor Bahru. Sambutan yang menggalakkan daripada ahli-ahli HPA telah memeriahkan lagi majlis tersebut.

Antara pengisiannya adalah Tadarus Al Quran, Berbuka Puasa, Solat Maghrib, Isyak dan Terawikh Berjemaah, Tazkirah Ramadhan.

Turut hadir ialah PJS Rahmat (Timb. Presiden KPS) dan PJ Khalid (Presiden Pelapis PJS KPS). Sekalung penghargaan diucapkan kepada Komuniti dan Cawangan HPA Johor Bahru kerana berjaya melaksanakan majlis tersebut dengan sebaiknya.

MEMO CUTI HARI RAYA AIDILFITRI


SALAM TAKZIAH

GM mewakili semua staff HPA mengucapkan TAKZIAH kepada Pengurus Cawangan Hpa Rawang Pn Rozaidah Bt Elis yang kehilangan anak sulungnya bernama Adam Haziq 1 tahun kembali kerahmatullah kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya di Kerling Selangor pada petang Sabtu 14 Ogos 2010.

Kini Pn Rozaidah Bt Elis masih dirawat (kawalan rapi) di Wad 5B Hospital Selayang. Pn Rozaidah yang sedang mengandung 6 bulan mengalami kecederaan teruk dimuka (patah kedua dua tulang rahangnya).

Walau bagaimanapun suami beliau En Mohd Azhar yang memandu kenderaan cuma mengalami kecederaan ringan.Kejadian berlaku disekitar jam 6 petang Sabtu 14 Ogos di Jalan Tg Malim ke Kuala Kubu Baru dekat Pekan Kerling. Mereka bertiga (Ida, suami dan anak) menaiki kereta Proton Wira.

MEMO TERBARU BERKENAAN PRODUK TERBARU (BERUS GIGI), FABRIC KENANGA DAN KENAIKAN HARGA KOPI STAF DAN UBAT GIGI







Monday, August 16, 2010

PENGUMUMAN CUTI AIDILFITRI BAGI CAWANGAN/HALAL MART/KIOSK HPA

Salam pada seluruh warga HPA.

Adalah di maklumkan bahawa seluruh Cawangan HPA hanya akan tutup pada Hari Pertama dan Kedua Idul Fitri. Sehubungan dengan itu warga HPA boleh berbelanja sehingga hari akhir Ramadhan di semua Cawangan Seluruh Malaysia. Sekian.

Wasalam.

IFTAR RAMADHAN 1431H KPS DI MELAKA HALAL HUB





Salam Ramadhan.

Pada 13 Ogos yang lalu, Kelab Pemimpin Selatan (KPS) bekerjasama dengan pihak HPA Melaka Halal Hub (MHH) telah menganjurkan Iftar Ramadhan. Program tersebut dimuatkan dengan aktiviti Berbuka Puasa, Tazkirah oleh PJS Rahmat dan Solat Terawikh. Program yang berakhir pada pukul 10 malam dihadiri AGM Zon Selatan, Jawatankuasa KPS dan Pelapis PJS KPS, Pengurus Melaka Halal HUb dan pegawainya. Sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak MHH kerana memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan iftaf pada kali ini.

MEMO DARI MELAKA HALAL HUB BERKENAAN PRODUK FH69 (AIR MINUMAN BERALKALI)

MEMO
*
Tarikh : 14 Ogos 2010
Daripada : Pengurus HPA Melaka Halal Hub
Kepada : Gudang Zon, Gudang Induk, Cawangan, Halal Mart, Kiosk
*
Perkara : TIDAK MEMPAMERKAN PRODUK AIR MINUMAN BERALKALI
____________________________________________
Dimaklumkan kepada Tuan/Puan, produk Air Minuman Beralkali dengan Kod FH69 diarahkan supaya tidak dipamerkan di cawangan-cawangan/HPA Halal Mart/Kiosk dengan segera. Hal ini berkaitan dengan kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
*
Sekian, terima kasih.
*
Yang Benar,
*
NORHAYATI BT MD ISA
Pengurus,
HPA Melaka Halal Hub

Saturday, August 14, 2010

KENAIKAN HARGA UBAT GIGI HERBA (KH23) BAGI SEMENANJUNG MALAYSIA SAHAJA

SalamBerikut adalah kenaikan harga Ubat Gigi Herba HPA yang berkuatkuasa pada hari Isnin 16hb Aug 2010 ini.



(Semenanjung Malaysia)

Sebelum Kenaikan

Harga Pengedar RM 5.00, PV/NM 2.00

Harga Pengguna RM6.00, PV/NM 2.00

Selepas Kenaikan

Harga Pengedar RM 5.60, PV/NM 2.00

Harga Pengguna RM 6.50, PV/NM 2.00


Harga di Sabah dan Serawak bagaimanapun kekal seperti dahulu. Kenaikan tersebut adalah disebabkan kerana berlaku kenaikan kos pembekalan.


Namun demikian harga Ubat gigi Herba HPA masih lagi di tahap yang murah jika dibandingkan dengan ubat gigi pasaran.


Semua Pengurus Zon, Pengurus MIS & Pengurus Cawangan dan semua Agen Stok sila ambil perhatian.

Friday, August 13, 2010

MEGA PRA PBC PELAPIS PJS KPS

Pelapis PJS KPS telah merancang untuk mengadakan MEGA PRA PBC seperti berikut :

MEGA PRA PBC RAMADAN
29/8/2010
Dewan Nuruddin Fahmey, Kluang.
8.00pg hingga 1.00tgh
YURAN : RM15.00

MEGA PRA PBC MELAKA
26/9/2010
Dewan Anchor Melaka Halal HUB, Serkam.
9.00pg hingga 5.00ptg
YURAN : RM30.00

MEGA PRA PBC NEGERI SEMBILAN
24/10/2010
Dewan Kuliah Cawangan HPA Nilai, Negeri Sembilan
9.00pg hingga 5.00ptg
YURAN : RM30.00

Thursday, August 12, 2010

SOFTWARE TERBARU YANG BAKAL DIGUNAKAN DI CAWANGAN-CAWANGAN HPA


HPA INTEGRATED SYSTEM memudahkan urusan jualan di cawangan HPA

PRODUK TERBARU MELAKA HALAL HUB




Info semasa daripada Pengarah Urusan HPA:
Produk dari Melaka Halal Hub (MHH) laris di pasaran MLM HPA. Syukur…jualan HPA Halal Mart di MHH juga turut meningkat. Lawatan tidak putus-putus dilakukan oleh agensi kerajaan dan swasta. Urusniaga hampir mencapai satu juta ringgit setelah 4 bulan pertama dibawah HPA.




Berita tentang MHH:
Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) telah memberi mandat kepada HPA untuk mengendalikan Melaka Halal Hub (MHH) di Serkam. MHH merupakan pusat industri halal pertama di Malaysia. Usahawan-usahawan yang beroperasi di MHH akan beroperasi mengeluarkan produk halal. Jadi, HPA berperanan sebagai ‘anchor’ baru akan memberi tunjuk ajar, latihan dan bimbingan secara Islamic Manufacturing Practise (IMP) serta peluang pemasaran dan pekerjaan kepada 20 usahawan yang akan bertanggungjawab dari aspek pengeluaran produk halal kepada HPA.


Kepercayaan PKNM ke atas pengendalian HPA di MHH ini dinilai dari beberapa aspek kecekapan pengurusan, pengukuhan ekonomi syarikat dan peluang atau potensi perkembangan syarikat pada masa akan datang.


Diharap, MHH akan terus maju bersama-sama usahawan-usahawan lain di dalamnya demi kepentingan dan pembangunan insaniah ummah dan keberkatan dalam perniagaan.

PROGRAM MEGA PBC RAMADHAN OGOS 2010


PROMOSI HEBAT TERKINI HPA




INFO SEMASA RAMADHAN DARI GM AWM

1. PELAPIS PJS
Semua Zon yang telah menubuhkan PELAPIS di wajibkan mengadakan program khas PELAPIS pada bulan Ramadhan ini. Sila hubung en Kamal untuk maklumat lanjut.

2. Status PJS
Semua PJS(Semenanjung Malaysia) yang belum menghadiri kursus sehari bersama Pengarah Urusan dikehendaki hadir ke program akan datang bagi memastikan status PJS di teruskan. Sila hubungi Puan Rashidah untuk tujuan tersebut.

3. PENEMPAHAN AYAM ORGANIK
Kepada tuan/puan yang ingin membeli AYAM ORGANIK dalam jumlah yang banyak bagi tujuan Idul Fitri sila hubungi bahagian AWM (En Sham 0193801885) dua minggu sebelum Idul Fitri.
Sekian.Selamat berpuasa. Wasallam

Friday, August 6, 2010

PRODUK BARU : CHLOROPHILL DROP HPA

Produk HPA kali ini (klorofil)merupakan hasil kajian Dr Zakaria Abdullah,seorang saintis Muslim yang juga berjaya membuat produk yang dihasilkan daripada stem sel epal .(rujuk perbincangan tentang Uttwiler spatlauber spesis dari Switzerland).

Klorofil ini bukan seperti liquid klorofil (konsentrasi)yang di jual dipasaran tetapi ia adalah klorofil yang boleh meng"alkali"kan asid dalam tubuh. Asidosis adalah merupakan masalah utama dalam kehidupan hari ini apabila pemakanan tidak dijaga. Sepatutnya kita banyak mengambil makanan beralkali lebih daripada makanan berasid. Malangnya keadaan ini terbalik menyebabkan timbulnya pelbagai jenis penyakit.

"Buang asid buang Penyakit" merupakan kaedah pengurusan tubuh yang paling berkesan dimana ia memberikan kesan yang sangat positif terhadap kesihatan. Pengambilan herba-herba ubatan juga akan menjadi lebih berkesan setelah pengambilan klorofil. Satu contuh yang sangat ketara ialah penyakit keputihan pada wanita akan pulih dalam tempoh tidak sampai 3 hari.
InsyaAllah.
Masukan 3 titis sahaja klorofil HPA kedalam segelas air dimana pH air akan berubah menjadi bacaan 10 ++.Ini tidak berlaku dalam penggunaan produk yang lain termasuk konsentrasi klorofil.Inilah yang membezakan antara dua klorofil ini.

Air dari filter Dew HPA ialah pH 9.++.Sangat baik sebagai minuman disamping Klorofil Drop HPA. Selamat Mencuba..

WAKTU KERJA BULAN RAMADHAN

1. PEJABAT OPERASI/GUDANG/MELAKA HALAL HUB

ISNIN-KHAMIS & SABTU

8.00-8.30 PAGI : SOLAT SUNAT DHUHA & TADARUS AL QURAN
8.30-1.00 TGHR : WAKTU OPERASI
1.00-1.30 TGHR : WAKTU REHAT DAN SOLAT ZOHOR
1.30-4.15 PTG : WAKTU OPERASI

JUMAAT

8.00-8.30 PAGI : SOLAT SUNAT DHUHA & TADARUS AL QURAN
8.30-12.30 TGHR : WAKTU OPERASI
12.30-2.30 PTG : WAKTU REHAT DAN SOLAT JUMAAT/ZOHOR
2.30-4.15 PTG : WAKTU OPERASI

2. CAWANGAN/HALAL MART/KIOSK

SHIF PERTAMA : 8.00 PAGI - 4.00 PTG
SHIF KEDUA : 9.30 PAGI - 5.30 PETANG

Pihak Pengurusan Mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Menunaikan Ibadah di Bulan Ramadhan.

PROGRAM PENGHAYATAN PENGARAH JATI SETIA (PJS) SEMALAYSIA

PROGRAM INI AKAN DIADAKAN SEPERTI BERIKUT :

TARIKH : 9HB OGOS 2010 / 28 SYAABAN 1431H (ISNIN)
TEMPAT : DEWAN UMAR MUKHTAR, LAGENDA HEIGHT SP
MASA : 8.00 PAGI - 1.30 PAGI

PROGRAM INI DIANJURKAN OLEH PENGARAH URUSAN DAN GM-GM HPA INDUSTRIES SDN BHD.

KEHADIRAN SEMUA PJS DI SEMUA ZON ADALAH DIWAJIBKAN (PJS ZON UTARA YG BELUM HADIR PROGRAM PD PROGRAM 31/7/2010)

HARAP MAKLUM.

Lelaki Kacak Bersama Jenazah

Rasulullah (Sallallahu Alaihi Wasallam) bersabda : "Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati. Selepas pengebumian dan semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga."

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata, "Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Janganlah kamu bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih." Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bau-bauan kesturi. Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :"Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya selain daripada al-Quran, mahupun dari nabi atau malaikat."

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua kerana: "Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya sepotong ayat." Saat anda membwa Al-Quran, syaitan biasa-biasa saja, hanya melihat sahaja. Saat anda membukanya, syaitan mulai curiga. Saat anda membacanya, ia resah dan gelisah. Saat Anda memahaminya, ia kejang-kejangan. Saat anda mengamalkan Al-Qur'an dalam kehidupan sehari-hari, ia stroke. Teruskan membaca dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke. Saat anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "jangan SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung". Namun kita semestinya menyedari perjuangan Islam adalah tanggungjawab kita. InsyaAllah.

Tuesday, August 3, 2010

RANKING JUALAN CAWANGAN/HALAL MART/KIOSK ZONSELATAN JULAI 2010

Berikut adalah ranking terkini jualan cawangan/halal mart/kiosk bagi Julai 2010:

1) NILAI (UP)
2) SEMABOK (DOWN)
3) PASIR GUDANG (STAY)
4) KOTA TINGGI (DOWN)
5) MASJID TANAH (STAY)
6) TANGKAK (DOWN)
7) JOHOR BHARU (STAY)
8) MUAR 2 (STAY)
9) BATU PAHAT (STAY)
10) MUAR 1 (UP)
11) SERKAM (DOWN)
12) AYER KEROH (STAY)
13) SENAWANG (STAY)
14) SEGAMAT (DOWN)
15) JOHOR JAYA (UP)
16) PORT DICKSON (UP)
17) SKUDAI (DOWN)
18) PARIT RAJA (DOWN)
19) RENGIT (UP)
20) KLUANG 2 (STAY)
21) BAHAU (DOWN)
22) PONTIAN (UP)
23) KULAI (STAY)
24) SIMPANG RENGGAM (UP)
25) KLUANG 1 (DOWN)
26) MERSING (STAY)
27) TAMPIN (UP)
28) KIOSK LARKIN (UP)
29) KUALA PILAH (DOWN)
30) YONG PENG (DOWN)
31) AYER HITAM
(STAY)

Monday, August 2, 2010

PETIKAN TERBARU DARIPADA FACEBOOK PERUBATAN JAWI

2hb Ogos 2010

No.1: HPA menyokong Kementrian Pendagangan agar mengenakan hukuman yang berat kepada pengusaha skim cepat kaya kerana ini boleh membinasakan ekonomi sebuah negara. Lagipun skim cepat kaya adalah peniagaan yang dilarang dalam ugama. Haram mereka yang bergiat didalamnya.

No.2: Perubatan Jawi Kini HPA sedang berusaha menyiapkan pusat hatchery nya sendiri dan dijangka tidak lama lagi akan mampu mengeluarkan hampir sejuta ekor ayam/satu pusingan. Tahniah pada team HPA Farm & R&D yang berkerja keras untuk itu.

No.3: Terima kasih pada penternak ayam kg Kulim,Pasir Putih Kelantan atas kesediaan menjadi kumpulan pengeluar ayam organik HPA khusus di Pantai Timur.Semoga bekalan ayam mencukupi InsyaAllah.

No.4: Selamat Datang kumpulan Nasyid UNIC ke HPA semoga kita sinergikan dunia Nasyid dan dunia bisnis menjadi ruang ibadah yang berterusan.

No.5: Perasmian kilang Plastik HPA di Sungai Petani pada 20hb Ogos .InsyaAllah (bersaman dengan majlis buka puasa.)Semua ahli dijemput hadir.

No.6: Majlis perasmian RFC Jitra Kedah pada 15/8/10 .InsyaAllah bersamaan dengan majlis buka puasa . Terima kasih pada semua warga HPA yang menyokong peniagaan HPA walaupun dimana berada.

No.7: Selamat Jalan kepada HPA Raihan ke Irian Jaya membuat persembahan di negeri yang jarang sekali artis mau datang kesana. Inilah Musafir namanya…yang penting seni itu berapa pada tempatnya iaitu hiburan yang tidak melupakan Allah dan Rasul. Teman-teman herbalis HPA di Fak Fak bantu Raihan disana.TK.

No.8: Selepas minum air alkalize kena minum air banyak kerana proses menukar asid dalam badan ke alkali menyebabkan kencing banyak.perlu minum banyak mengelakan kekeringan air.

No.9: Melaka Halal Hub juga akan menjadi pusat pentadbiran baru HPA Zon Selatan.Ini berdasarkan kemudahan yang ada serta pembukaan 2 buah lagi kilang HPA disitu iaitu kilang Kola Radix dan Kilang penapis air.InsyaAllah.

No.10: HPA Halal Mart Putra Jaya sudah siap 50% dijangka akan siap sebelum ramadhan.InsyaAllah.

No.11: Produk dari MHH laris dipasaran MLM HPA.Syukur…jualan HPA Halal Mart di MHH juga turut meningkat. lawatan tidak putus-putus dilakukan oleh agensi kerajaan dan swasta.Urusniaga hampir mencapai satu juta ringgit setelah 4 bulan pertama dibawah HPA.

No.12: Jawi Air Minuman HPA kini ditukar nama “Radix Mineral Water” dengan tudung biru .Status air mineral dari telaga bawah tanah yang di Izinkan oleh KK.

No.13: Rumbungan umrah HPA bulan ramadhan akan bertolak pada 11 ogos ini di pimpin oleh ustaz Jasni dari HPA Ilham Holiday. Doakan untuk mereka dan doakan pula kepada HPA di tanah suci.

No.14: PIC Khas pada 7 dan 8 Ogos akan membincangkan tentang semua produk HPA di Pasaran. Masih lagi dibuka pada semua ahli. daftar segera.

No.15: Hampir 95% cawangan dan HPA Halal Mart mencatat peningkatan jualan pada bulan Julai Peningkatan jualan berlaku hasil PBC yang berterusan dan produk yang kini memenuhi cawangan.Terima kasih pada semua.

No.16 : Jualan RFC Kubang Kerian mengatasi semua jualan RFC ditempat lain dan peningkatan jualan berlaku dalam walaupun hari biasa.

PERJUMPAAN (UNIT HERBALIS) U-HERBS KPS

Kelab Pemimpin Selatan akan mengadakan perjumpaan di kalangan herbalis- herbalis yang berada di Zon Selatan. Perjumpaan diadakan mengikut negeri-negeri di dalam zon selatan. Berikut adalah senarai tarikh perjumpaan tersebut.

1) Unit Herbalis Negeri Johor.

Tarikh : 02 Ogos 2010

Tempat : Dewan Nuruddin Fahmey, Kluang, Johor.

Masa : 9.00 pagi hingga 1 tengahari.


2) Unit Herbalis Negeri Melaka

Tarikh : 12 Ogos 2010

Tempat : Dewan Cawangan HPA Semabok, Melaka

Masa : 10.00 pagi hingga 1 tengahari


Semua herbalis dijemput hadir.

MAJLIS IFTAR KPS

Alhamdulillah, syukur ke Hadrat Ilahi kerana masih memberi peluang dan ruang kepada kita sebagai hambaNya untuk menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak sekali lagi pada tahun ini.

Dan dengan penuh kesyukuran pada tahun ini, Kelab Pemimpin Selatan akan mengadakan Majlis Iftar (majlis berbuka puasa). Majlis akan diadakan pada :

Tarikh : 13 Ogos 2010

Tempat : Dewan Halal Hub Serkam, Melaka

Masa : 7 malam

Semua PJS dan Pra PJS zon Selatan di jemput hadir. Tazkirah akan disampaikan oleh Herbalis Us Abd Hadi.