Wednesday, September 28, 2011

Mesyuarat PKLP bersama PJS/PPJS

Salam. Semua PJS & Pelapis PJS dijemput hadir ke Mesyuarat PKLP Zon Selatan di tempat berikut:

Tarikh: 1 Oktober 2011 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Dewan Nuruddin Fahmey, Kluang

*Makan tengahari disediakan.
*Sila sahkan kehadiran anda di cawangan berhampiran, atau hubungi terus Unit Latihan:
Ariff 013-627 9535
Yazid 017-784 5660

Monday, September 26, 2011

Kopi Tiruan Muncul Lagi!!!

Setelah kita dikejutkan dengan kehadiran pelbagai kopi tiruan yang mencemarkan Kopi Radix termasuklah Radixpasak Bumi dan sebagainya, kini fenomena ini hadir lagi dengan munculnya KOPI RADIX TONGKAT ALI unjuran pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Sama-sama kita tegah!

Friday, September 23, 2011

Awas : Berjagalah Kaum Hawa

Ini adalah berita sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai. Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.

Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dalam kereta dan bersembunyi di kerusi belakang. Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru di mana pemangsa memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita . Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah di stesen-stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan memotong kaki / buku lali mangsa, dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka. Sila sebarkan berita ini kepada wanita-wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam. Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma! Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia!

Jadikan amalan:
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!!!

Penurunan Harga Kuih Raya Tanpa Nilai Mata

Adalah dimaklumkan bahawa AL WAHIDA MARKETING SDN BHD akan menurunkan separuh harga bagi semua produk kuih raya tanpa Nilai Mata. Penurunan ini berkuatkuasa pada 18 September 2011. Sekian, harap maklum.

Belasungkawa

Salam. Sekalung takziah diucapkan di atas sekembalinya bapa kepada Mohammad Oon bin Jalil, staf cawangan HPA Pasir Gudang, ke Rahmatullah semalam (22 Sept. 2011). Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh bapanya & mentempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Wednesday, September 21, 2011

Program Khas Laluan ke Puncakjaya (PKLP)

Program Khas Laluan ke Puncakjaya (PKLP) akan diadakan seperti berikut:
Tempat: Hotel DePalma Ampang KL
Tarikh: 25/9/2011 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Tiket : PERCUMA

Kelebihan PKLP:
  1. Maintain 50NM pada hari program akan naik pangkat PB ke PLX dan pangkat-pangkat seterusnya.
  2. Pengisian hebat oleh Tn Hj Ismail Ahmad, PJS Hafidzan Faudzi, PJS Cikgu Murad Abu Bakar, PJS Azizan Ahmad & PJS Hj Khalid Iskri
  3. Pertandingan Kopi Radix Tarik
  4. Pelancaran produk-produk baru:
  • Vigor – Herba lelaki hebat
  • Pueraria – Herba wanita anggun

Pelaksanaan PKLP
  1. Untuk menyuntik semangat baru kepada ahli HPA dengan peluang kenaikan pangkat dan bonus.
  2. Untuk mencetuskan fenomena kopi Radix yang sudah dikenali ramai di kalangan masyarakat
  3. Agar jualan syarikat dapat dipulihkan dengan pantas serta membantu pemulihan segera kewangan syarikat
  4. Agar syarikat dapat kembali berdaya saing, mampu melangsaikan pembayaran bonus ikut jadual serta dapat kembali mendapat kepercayaan tinggi khususnya warga HPA.
  5. Merancakkan kembali kegiatan bisnes ahli-ahli HPA.

Tuesday, September 20, 2011

Program Bengkel ESP & KPJ Akan Datang

Sebarang maklumat & pendaftaran, sila berhubung terus dengan Unit Latihan:
Ariff 013-627 9535
Yazid 017-784 5660

GAMBAR SEKITAR ANUGERAH STAF DAN KPJ BERSAMA PU








Talian Ibupejabat (HQ) HPA

Adalah dimaklumkan bahawa nombor telefon ibupejabat HPA di Jejawi mengalami gangguan sementara. Namun, hanya beberapa nombor telefon yang boleh dihubungi, antaranya ialah :-

Call Center
04-9777993
04-9776804

04-9774749

Faks

Bahagian MIS 04-9761509
Bahagian Akaun 04-9760090
Bahagian JAD
04-9763392


Pihak syarikat memohon maaf di atas kesulitan yang dialami. Sekian, harap maklum.

Saturday, September 17, 2011

Permohonan Advance Perjalanan (Mesyuarat Tergempar bersama PU di Halal Mart Serkam)

Kenyataan Rasmi Sekretariat ESP Malaysia

Sekt ESP Malaysia (SKEMA) dengan persetujuan Tn Hj Ismail Ahmad telah memutuskan dlm Mesyuarat Sekretariat Kali Ke-2 pd Rabu 14/9/11 di Dewan Amir Ramadhan, Jejawi, Perlis adalah seperti berikut:

1) Program Khas Laluan Ke Puncakjaya (PKLP), akan diadakan pada Ahad 25/9 di HPAiC. PLKP adalah program khas sehari (8 pagi - 5 petang) laluan mudah kenaikan pangkat & menjana bonus dgn hanya maintain 50NM pada hari program. Fokus adalah kepada pembelian Kopi Radix. Bayaran penyertaan adalah percuma dan terbuka kpd semua pengedar HPA.

2) Pelancaran produk baru Vigor (herba lelaki hebat) & Pueraria (herba wanita anggun) akan diadakan pada jam 5 petang pada hari yang sama.

3) SKEMA juga mengingatkan kepada para pengedar Tawaran Hebat Insentif ESP 2011 (Cabutan bertuah berupa Ipad). SKEMA menggalakkan para pengedar untuk menggempur rangkaian supaya maintain minima 100NM sebulan pada bulan September, Oktober dan November 2011. Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

4) SKEMA akan menganjurkan program Akujanji PJS dan Pengurusan tertinggi HPA & Pembentangan Pelan Strategik 2025 pada 8-9 Oktober di HPAiC. (Khas utk PJS & Pengurusan tertinggi HPA sahaja).

5) Memperkenalkan slogan baru HPA iaitu:
1HPA 1Perjuangan 1Ummah
Gempurrr … Radix InsyaAllah!

Penafian Syarikat berkaitan Kenyataan di dalam Facebook & Blogger

Mohon perhatian kepada semua ahli HPA dan seluruh rangkaian laman sosial facebook dan blogger.

Berhubung dengan satu kenyataan dalam link facebook dan juga blog tertentu berkaitan dengan “HPA akan membayar satu ringgit untuk setiap yang mendaftar menjadi ahli” adalah tidak benar sama sekali dan tiada kaitan langsung dengan syarikat HPA Industries Sdn Bhd dan Al Wahida Marketing Sdn Bhd.

Ini adalah satu provokasi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. Harap maklum.

Wednesday, September 14, 2011

CUTI HARI MALAYSIA

Pengguna E-mail Untuk Penyata Bonus Bulanan

HARI ANUGERAH ZON SELATAN & JAMUAN HARI RAYA (RALAT)

TENTATIF PROGRAM
7.30malam SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH
8.00malam JAMUAN HARI RAYA
8.35malam SOLAT ISYAK BERJEMAAH
9.00malam KULIAH PERUBATAN JAWI
-Disampaikan oleh Pengarah Urusan
11.00malam PENYAMPAIAN ANUGERAH
-Anugerah Pengurus Melati (PLX)-ESP 20%
PENYAMPAIAN ANUGERAH
-Anugerah Staff Pengurusan Terbaik
-Anugerah Staff Sokongan Terbaik
-Anugerah Staff Cawangan Terbaik
-Anugerah Staff Setia
CABUTAN BERTUAH
12.00malam MAJLIS BERSURAI

Tuesday, September 13, 2011

Ralat Penglibatan Staf

Salam.

Dukacitanya dimaklumkan staf tidak akan terlibat sama sekali kecuali staf HPA Halal Mart Serkam dan staf-staf yang akan menerima anugerah pada HARI ANUGERAH & JAMUAN HARI RAYA yang bakal diadakan pada 18 September 2011 (Ahad) di Dewan HPA Halal Mart Serkam, Melaka. Kami teramat berdukacita dan kesal atas kesulitan ini. Sebarang maklumat lanjut, sila berhubung terus dengan Unit Latihan. Harap maklum.

Memo Produk & Harga Baru

Pembatalan Carta Organisasi

Pemangku Pengurus Zon Selatan

Saturday, September 10, 2011

Tahniah!

TAHNIAH & TABIK kepada HPA Cawangan Nilai kerana telah berjaya menghabiskan 55 karton Kopi Papan semalam. Inilah pejuang HPA barisan hadapan yang tidak pernah LAYU. Teruskan usaha anda.

Insentif ESP 2011

BERITA BAIK!!!

Maintain minima 100NM selama TIGA (3) bulan berturut-turut mulai September, Oktober dan November, dan anda akan berpeluang memenangi sebuah IPAD (40 pemenang).*

  • cabutan pemenang bertuah akan diadakan pada 17 Disember 2011 (Sabtu) bertempat di HPAIC.
  • para pengedar pelbagai pangkat berkelayakan untuk maintain minima 100NM setiap bulan dan layak menerima hadiah lumayan ini.
*tertakluk pada terma dan syarat.

Friday, September 9, 2011

Hari Anugerah - AJK Terbabit (Terkini) & Advance Perjalanan

Perubahan Masa Operasi Cawangan

HPA KSS (Kelab Sukan Selatan)


17 Julai - HPA Kelab Sukan Selatan (KSS) telah menganjurkan aktiviti bermain paintball di Tasek Manong, Kluang. Aktiviti ini disertai oleh staf-staf HPA Selatan. Program ini adalah kerjasama Majlis Perbandaran Kluang (selaku Tenaga Pakar bertauliah) yang mengemudi program ini.

08 September - KSS telah menganjurkan satu lagi program iaitu Riadah Badminton bersama Staf yang dihadiri seramai 8 orang, semalam.

Antara aktiviti akan datang:
  • Riadah Badminton Mingguan
  • Riadah Futsal Mingguan
  • Pertandingan Boling antara Staf Cawangan, Zon, Gudang & RFC
  • Perkelahan, Memancing & Menunggang kuda
  • Hari Sukaneka Staf
  • Riadah Bergotong-royong
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai, sila berhubung dengan En. Yazid (Unit Latihan). Diharapkan dengan kehadiran program-program ini dapat memangkinkan program-program KSS seterusnya serta lebih mengeratkan silaturrahim antara staf. InsyaAllah!

Tahniah!

TAHNIAH dan syabas diucapkan kepada HPA Cawangan Muar 2 kerana telah berjaya melakukan transaksi Kopi Papan lebih dari 42 karton semalam. Gandakan usaha anda!

Thursday, September 8, 2011

Hari Anugerah & Jamuan Hari Raya Zon Selatan

Hari Anugerah Zon Selatan bermatlamat memberikan penghargaan kepada jasa ahli-ahli HPA khususnya penerima Anugerah PLX-ESP (20%). Program ini juga bertujuan menghargai jasa staf-staf yang telah setia berkhidmat dengan HPA di samping menyemarakkan lagi momentum penjualan produk syarikat pada masa akan datang, serta dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli dan staf terbabit.

Tarikh: 18 September 2011 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat: Melaka Halal Hub, Serkam, Melaka
Pakaian: Berbaju melayu & kurung raya yang sopan.





Memo Kelewatan Gaji (Ogos)

Perubahan Masa Operasi Cawangan

Wednesday, September 7, 2011

Tahniah!

Sekalung tahniah di atas kejayaan cawangan-cawangan berikut kerana telah mendapatkan jualan bulanan tertinggi untuk kategori berikut:

CAWANGAN UTAMA:
  1. NILAI
  2. AYER KEROH
  3. PASIR GUDANG
  4. JOHOR BAHRU
  5. MUAR 2
  6. TANGKAK
  7. SEMABOK
  8. BATU PAHAT
  9. SENAWANG
  10. SKUDAI
  11. MASJID TANAH
  12. SERKAM
CAWANGAN BIASA:
  1. KOTA TINGGI
  2. KLUANG 2
  3. KULAI
  4. PARIT RAJA
  5. PORT DICKSON
  6. RENGIT
  7. SEGAMAT
  8. KUALA PILAH
  9. TAMPIN
  10. MERSING
  11. PONTIAN
  12. BAHAU
  13. YONG PENG
  14. JOHOR JAYA
  15. SIMPANG RENGGAM
Pada cawangan yang memiliki jualan terendah, jangan patah semangat dan teruskan usaha anda untuk sama-sama meningkatkan taraf jualan cawangan. InsyaAllah.

Kuliah Perubatan JAWI-ESP & Jamuan Hari Raya

Tarikh:
7 September 2011 (9 Syawal 1432H)
Tempat:
HPA International Centre (HPAIC)
Tentatif Program:
7:19 malam Solat Maghrib berjemaah & Jamuan Hari Raya
8:29 malam Solat Isyak berjemaah
9.00 malam KPJ-ESP disampaikan oleh Tn Hj Ismail bin Ahmad


MASUK ADALAH PERCUMA!

Duri-duri Perniagaan

"Bisnes bukan gimik tetapi adalah realiti. Ahli HPA mestilah matang dalam menghadapi segala mehnah perniagaan, lebih-lebih lagi apabila ia menjadi besar kerana pesaing di pasaran tidak akan memberikan laluan mudah untuk mengambil pasaran yang sedia ada. Sikap tidak percaya kepada keupayaan umat Islam dalam bidang perniagaan juga merupakan faktor yang akan menarik bisnes ke bawah..."

Berikut adalah tinta seorang Pengarah Urusan tentang selok-belok dan ranjau yang akan dihadapi pejuang-pejuang HPA seanteronya di dunia perniagaan. Sama-sama kita hayati selanjutnya di sini.

Tuesday, September 6, 2011

Penstrukturan Semula Anak Syarikat HPA


Kelab Kepenggunaan & Keusahawanan (K&K) HPA

Objektif: Untuk mewujudkan Komuniti HPA di semua institusi pengajian tinggi, pejabat-pejabat kerajaan & swasta termasuk di kilang-kilang & masjid-masjid.

Sasaran: 50 buah kelab sebelum berakhir tahun 2011 ini.
Sesebuah kelab itu MESTI dianggotai minima 5 org ahli HPA.

Antara peranan anggota kelab ialah:
  1. Menyebarkan maklumat kepenggunaan produk halal kepada masyarakat setempat.
  2. Menjadi wakil HPA dalam menangani pelbagai isu halal & haram produk.
  3. Menjadi pengguna setia produk HPA.
  4. Menganjurkan program-program kesedaran halal & haram.
  5. Membuat kursus-kursus pendidikan herba.
  6. Melibatkan diri bersama Hari Keluarga jabatan untuk tujuan promosi.
  7. Membuat penerangan peluang menjadi usahawan HPA.

Pejuang Kebenaran

"...Iman yang tidak mantap apabila berhadapan dengan ujian akan menampakkan rasa panik dan cemas. Inilah yang perlu diperhatikan oleh pejuang kebenaran kerana selebihnya dari rasa percaya yang kuat, kekuatan yang akan muncul selepas itu ialah kekuatan tawakkal..."

nukilan Pengarah Urusan

Baca nukilan selanjutnya di sini.

Monday, September 5, 2011

HPA & Manhal di RTM TV1



Tontoni cerita bermanfaat mengenai syarikat HPA Industries Sdn. Bhd. & cabang perniagaan yang telah diceburi seperti industri herba, perawatan, restoran, hotel, Manhal dan banyak lagi. Mari kita sebarkan cerita ini kepada seluruh umat Islam di dunia.

Siaran ini telah ditayangkan di TV1 pada 25 Ogos 2011 jam 6.30 petang dan siaran ulangannya pada 26 Ogos 2011 jam 4.30 pagi.

Jadual Program Zon Selatan (September)

BENGKEL ESP MEGA I (10 Sept. 2011) & KPJ-ESP SKUDAI (28 Sept. 2011) akan DITUNDA ke tarikh yang akan diberitahu kemudian atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Maaf atas segala kesulitan.

Jawatan Kosong MANHAL HPA

1. GURU AKADEMIK / SYARIAH
  • Berkelulusan Diploma/Ijazah.
  • Berpengalaman mengajar adalah DIUTAMAKAN.
  • Mempunyai pengangkutan sendiri.
  • Mempunyai pengetahuan tentang misi & visi syarikat.

2. WARDEN SEPENUH MASA / PART TIME

  • Berkelulusan SPM /STPM.
  • Mempunyai pengangkutan sendiri.
  • Boleh membaca Al-Qur'an.
  • Sanggup memberi sepenuh perhatian & tumpuan kepada pelajar.
  • Mempunyai pengetahuan tentang misi & visi syarikat.

Surat permohonan lengkap dan resume bolehlah dihantar ke alamat:

PEJABAT PENTADBIRAN,
MA’AHAD TAHFIZ MANHAL HPA (SG. PETANI),
NO.42, BLM ¼, BANDAR LAGUNA MERBUK,
08000 SG PETANI, KEDAH.

Untuk keterangan & maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Haliza (Penolong Mudir) di talian 013-4737419 / 04-4480217.

Facebook & Twitter Rasmi HPA

HPA Industries Sdn Bhd

HPA Industries Sdn Bhd

Friday, September 2, 2011

Thursday, September 1, 2011

Bingkasan Hari Raya - Tn. Hj. Ismail

"..... Lukisan alam yang tidak selalunya indah seperti yang kita kehendaki. Teguhlah anda berdiri disisi mana kita berada kerana kesetiaan itulah detik manis untuk diingati ketika musim bunga nanti."

"..... Kita perlu kemahiran dan industri dan kita memerlukan rangkaian serta kesedaran. Bila keempat faktor ini bertemu barulah dinamakan altenatif ataupun pilihan kepada umat Islam."

"..... Pihak syarikat komited untuk mencukupkan kembali produk yang langka di pasaran seperti kopi radix pek jambo,kopi diet,kopi O dan koko radix disamping sinergi herba yang telah berada disemua cawangan. Bentuk pek ekonomi akan dikeluarkan khususnya untuk Memudahkan pengedar mengusai kembali pasaran disamping iklan berbentuk poster dan media eletronik.

- dipetik dari tulisan Tn Hj Ismail dalam Bingkisan Hari Raya.

Baca selanjutnya http://jawiherbshop.blogspot.com/2011/08/bingkisan-hari-raya.html