Wednesday, October 28, 2009

PERTUKARAN EKSEKUTIF...

Salam...

Akhir-akhir ini saya mendapati ada segelintir Eksekutif Cawangan yang tidak 'effective' dan 'passive' dengan arahan-arahan syarikat, khidmat pelanggan di cawangan, gerak kerja laporan (MIS & JAD), kebersihan & keceriaan cawangan dan juga kawalan stok di cawangan. Hal menyebabkan kita menerima banyak komplen dan rungutan dari ahli-ahli dan staf-staf lain berkaitan tingkahlaku Eksekutif Cawangan..

Saya tidak menuding jari kepada mana-mana Eksekutif Cawangan..tetapi siapa yang makan cili akan merasa pedasnya...

Eksekutif Cawangan (Pengurus) hendaklah bertindak more aggresive, active dan creative di dalam memastikan Pengurusan Cawangan adalah di dalam terkawal... Jangan bersikap seperti apabila diketuk baru nak jalan...

Pihak PPZS memandang serious hal ini dan pertukaran Eksekutif atau penurunan jawatan akan berlaku sekiranya perkara-perkara diatas tidak diambil berat.

"The monkey eventually learns that if it refuses to let go of the banana, the fruit will rot and start to stink, yet the monkey still hold on. The same is true for us. If we refuse to let go of the things or people that hold us back, life starts to rot and then stink. The only way to go beyond where you are in your life is by being willing to let go of the things, people, habits, and beliefs that keep you where you are instead of where you want to be..."

Think and action...

Harap maklum.

INI BUKAN KES YANG MEMBABITKAN RADIX CHICKEN HOUSE

NEGARA Peniaga fobia termakan najis ayam

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN faizal.nazaruddin@kosmo.com.my

JAMALNASIR menunjukkan ayam goreng yang didakwa ada najis di Kangar semalam.

KANGAR - Seorang penggemar makanan segera fobia apabila mengalami keracunan selepas termakan najis yang terdapat dalam seketul ayam goreng yang baru dibeli dari sebuah restoran makanan segera di sini kelmarin.Mangsa, Jamalnasir Kamarulzaman, 24, yang muntah-muntah akibat kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu terpaksa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Padang Besar selepas sejam termakan najis yang terdapat dalam ayam goreng tersebut.

Menurut Jamalnasir, ketika mula menikmati ayam goreng itu dia tidak perasan dia terdapat najis di dalamnya cuma ada berbau masam sahaja, namun tahi ayam itu kelihatan sebaik dia memakan sebahagian ketulan ayam goreng tersebut."Saya mulanya hairan kenapa ada rasa masam-masam dan payau pada daging ayam yang dikunyah tetapi bila melihat bahagian selebihnya saya terkejut mendapati isi hitam di dalam daging itu ialah tahi."Saya terus hilang selera dan loya, sejam selepas itu keadaan bertambah teruk apabila saya muntah-muntah dan pening kepala sehingga terpaksa pergi ke klinik untuk mendapat rawatan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kangar di sini semalam.

Jamalnasir yang merupakan peniaga menjelaskan, ayam goreng itu merupakan salah satu daripada lapan ketul ayam goreng yang dibeli oleh ibunya di sebuah restoran makanan segera di sini.

KOMEN DARI GM.SETELAH MENDAPAT INFO DARI LAPURAN POLIS, AKHBAR KOSMO DAN PEJABAT KESIHATAN, MAKA SAYA DENGAN INI MENGESAHKAN IA BUKAN MELIBATKAN SAMAADA RCH, RFC DAN AYAM HPA. SILA HEBAHKAN AGAR TIDAK BERLAKU KEADAAN PANIK.INI KES RESTOREN AYAM YANG POPULAR DI NEGARA KITA...TAK BOLE SEBUT NAMA...

Wednesday, October 21, 2009

PROGRAM MOTIVASI BERSAMA GM EN.FAISOL

Salam,

Perhatian semua Eksekutif Cawangan Zon Selatan, Program Bersama GM akan diadakan pada 23 OKTOBER 2009 (JUMAAT) bertempat di Dewan Nuruddin Fahmi pada pukul 2.30 ptg (Selepas Jumaat). Kehadiran adalah wajib dan pastikan datang awal dan berpakaian kemas.
Bagi yang tidak mematuhi arahan ini, Tindakan Disiplin akan diambil.
Terima kasih.

PERASMIAN RFC KLUANG 24 OKTOBER 2009




SALAM...

PIHAK PPZS INGIN MENJEMPUT SEMUA PJS-PJS, LEADER-LEADER, AHLI-AHLI DAN STAF KE PERASMIAN RFC KLUANG YG AKAN BERLANGSUNG PADA :

TARIKH : 24 OKTOBER 2009 (SABTU)
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : NO.63 & 65 JLN RAMBUTAN, KLUANG BUSINESS CENTRE
(BERHADAPAN DENGAN KLUANG MALL)

BAGI PJS-PJS YG AKAN HADIR SILA DAFTARKAN NAMA ANDA DI PEJABAT ZON SELATAN (07-7722717/07-7733717) DENGAN SEGERA.
SAMA-SAMA KITA BERDOA SEMOGA PERASMIAN INI BERJALAN LANCAR ATAS SOKONGAN AHLI-AHLI SEMUA...

Tuesday, October 20, 2009

TENTATIF PROGRAM MAJLIS PERASMIAN RFC DI KLUANG PADA 24/10/2009

9.00 pagi

Ketibaan para tetamu

10.00 pagi

Ketibaan Tuan Haji Md Jais Bin Hj Sardayy (ADUN MAHKOTA)

10.30 pagi

Ucapan Pengerusi Majlis

10.40 pagi

Ucapan Pengarah Urusan

11.00 pagi

Ucapan dan perasmian oleh ADUN

11.30 pagi

Bacaan Doa

11.35 pagi

Majlis Penyampaian Cenderahati

11.50 pagi

Majlis Menandatangi Plug Perasmian

12.00 tengahari

Jamuan Makan

1.00 petang

Bersurai

Thursday, October 15, 2009

DARI BLOG GM AWM

PERKEMBANGAN RCH TERKINI
RCH kini akan melakukan suatu perubahan luar biasa Selain dari menu sedia ada RCH akan memperkenalkan menu sihat seperti berikut;1.

Pembukaan seawal jam 7.00 pagi: Bermula 1hb Nov 2009 kecuali di Jelempok. RCH akan menyediakan menu sarapan seperti nasi lemak, Kopi o, Teh Tarik Radix, Radix Spring Roll(Popia Ayam Organik), Organic Chiken Ball dan pelbagai lagi menu menarik akan menyusul.

2.Makan tengah hari mulai jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang: Menyediakan pelbagai makanan seperti Sup Ayam Organik, Mee Ayam, Nasi Ayam pelbagai cita rasa dan beberapa makanan tradisional.

3. Makan petang dan malam: Organic Chikenchop.Menu lain termasuk Ice Blended, Float, Mocca, Burger dan Sosej Ayam dsb akan menyusul dari masa kesemasa.

DARI BLOG GM AWM

Bila Master Radix kembali menipu pengguna
GM ke Tawau, Sabah minggu lepas. Agak kurang menyenangkan mata memandang jenama Master Radix kedapatan di warung dan restoren di sekitar Sabah.
Tambah sakit mata dan hati apabila kakak GM seorang guru di Sungai Patani memberitahu bahawa Master Radix di jual di sekolah beliau.
Tambah geram menerima sms Master Radix di jual di sebuah restoren di negeri Perlis.
Lagi tambah kecewa bila melihat Master Radix menggunakan papan Kopi Radix di R&R Bukit Merah, Perak.

Apakah kita semua kini sudah layu dan masih dibuai dengan 'mabuk ketupat' raya. Apakah istilah Gempur Radix hanya mainan di bibir sahaja.
Apakah kita seperti generasi yang lampau dengan istilah "cukuplah dengan apa yang ada sekarang".
Apakah kita asyik dengan keselesaan sekarang sehingga hilang lupa masa depan kita akan terancam.

I feel shocked mendengar kenyataan PJS Sabri SP mengatakan "MASTER RADIX AKAN KEBUMIKAN KOPI RADIX DI BUMI PERLIS". I hope dont be monkey excited(terkejut berok) dengan apa yang GM sampaikan ini.

Saturday, October 10, 2009

RADIX CHOCOLATE


Radix Chocolate Almond, Radix Chocolate Hazel, Radix Chocolate Milk. Berikut adalah harga bagi setiap produk.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 9
Sabah & Sarawak: RM 11

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 7
Sabah & Sarawak: RM 9

Nilai Mata (NM): 2

Berita berkaitan Coklat Radix:

Coklat Radix - kini berada di pasaran (homemade)

Satu lagi produk kita muncul di pasaran iaitu coklat koko. Kelazatan koko asli dapat dirasai tanpa pewarna atau aroma sintatik. Koko juga banyak kelebihannya kerana mengikut kajian, mereka yang sering minum koko kurang diserang serangan jantung. Koko juga mempunyai pengaruh emosi dan di Barat mereka menjadikan koko sebagai bahan afrodisiac.

Buat masa kini HPA telah berjaya menghasilkan 2 produk utama daripada koko iaitu Radix koko dan coklat koko. Semoga peminat koko selamat daripada penggunaan bahan lemak dalam coklat yang diharamkan. Kita menyediakan altenatif perubatan dan yang halal di HPA. InsyaAllah.Amin

CLAY HAND WASH


Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 8
Sabah & Sarawak: RM

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 6
Sabah & Sarawak: RM

Nilai Mata (NM): 1

MESRA PELANGGAN (CAWANGAN MERSING)


Senyuman manis,peramah serta memahami kehendak pelanggan merupakan rahsia kejayaan satu-satu perniagaan tidak kira perniagaan itu kecil ataupun besar. Banyak yang tidak menyedari kejayaan sebenar satu-satu cawangan itu kerana sikap mesra pelanggannya yang amalkan semasa berurusan di kaunter.

Disini saya ingin kita berkongsi dengan rakan-rakan bagaimana pihak kakitangan Cawangan HPA Mersing menerapkan nilai mesra pelanggan di dalam urusan kerja hariannya.
Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Pengurus Cawangan Mersing En Farid yang memahami kehendak pelanggan contohnya saya PSD Bagi Kawasan Kuala Rompin.

Sebagai kakitangan kerajaan waktu balik melebihi Jam 5.30 ptg, sampai dirumah kira-kira jam 6.00 ptg. dan bertolak ke Mersing jam 6.15 ptg tetapi dengan kerjasama dan pertolongan pihak HPA Mersing saya tidak menjadi masalah untuk mendapatkan barangan HPA. Inilah seharusnya menjadi contoh yang baik kepada semua cawangan kerana memahami masalah rakan niaga yang memerlukan stok apabila diperlukan.

Adakah semua cawangan bersikap sedemikian?

Tidak semua begitu, saya seorang PSD pernah mendapat layanan yang kurang memuaskan daripada kakitangan cawangan.Malah untuk menunggu atau melewatkan sedikit masapun sudah menjadi masalah, kadang-kadang ada memberi layanan sambil lewa malah menarik muka masam apabila saya berurusan dengannya. Bukan itu sahaja dengan pakaian yang tidak melambangkan identiti HPA.

Bersikap keras dan tegas terhadap rakan sekerja dihadapan pelangan bukan tindakan yang baik.
Bagi saya sebagai Pemimpin dan PSD Rompin ingin memberi nasihat kepada semua Pengurus cawangan supaya prihatinlah kepada keperluan pengguna,jangan pentingkan diri sendiri, pandai-pandailah melayan kerenah pelanggan supaya tidak terjejas imej cawangan keseluruhannya.

(dipetik daripada http://hparompin.blogspot.com/ )

Friday, October 9, 2009

SAKIT PINGGANG

Hal ini telah banyak kali diperbincangkan tetapi bagi meraikan pertanyaan daripada ahli-ahli HPA maka saya ingin menjelaskannya sekali lagi. Sakit pinggang bukannya sakit buah pinggang tetapi ia terjadi apabila kandungan air dalam badan menjadi kering terutamanya apabila mengambil herba diuretic.

Kopi radix juga adalah herba diuretic dan jika tidak diikuti dengan amalan minum air yang banyak boleh juga menyebabkan berlakunya sakit pinggang.

Kandungan air berkurangan dalam badan dapat di lihat dari urin jika warnanya kemerah-merahan. Dalam keadaan ini herba dihentikan dahulu dan banyakan meminum air.

Thursday, October 8, 2009

RAHSIA RADIX KOKO

Radix Koko HPA

RADIX KOKO

1 .ELAK SAKIT JANTUNG DAN KANSER.
- Kaya dengan antioxidant(catechins dan phenols)
- Antioxidant ini melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas dan
- Menghalang pembentukan bahan lemak yang menyebabkan salur darah jantung tersumbat

2. MENINGKATKAN RASA GEMBIRA
-Mengandungi endorphins untuk menggalakkan rasa gembira dan
-Mengurangkan stress
- menjadi bahan penahan sakit dan meningkatkan tahap rasa sihat

3.MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN.
- mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu

4
. MENGURANGKAN MASALAH PMS(KESAKITAN WAKTU HAID)
-Datang bulan mengurangkan kadar magnesium dalam badan yang membawa kepada masalah kesakitan semasa haid,oleh itu
-Radix Koko dapat membekalkan magnesium yang diperlukan oleh tubuh badan

PRODUK TERBARU HPA

Assalamualaikum Warahmatullah

Kepada : SELURUH CAWANGAN ZON SELATAN

Perkara : PRODUK BARU

Merujuk kepada perkara di atas.

Berikut adalah memo berkaitan produk baru yang akan berada di pasaran :-

sila klik untuk paparan lebih jelas

Sekian ,

Jazakumullahu Khairan Jaza

Pejabat Pentadbiran Zon Selatan

Monday, October 5, 2009

SILA PAPARKAN DI CAWANGAN

Assalamualaikum Warahmatullah

Kepada : SELURUH CAWANGAN ZON SELATAN

Perkara : SILA PRINT DAN PAPARKAN

Merujuk kepada perkara di atas.

Keseluruhan cawangan Zon Selatan dikehendaki untuk memaparkan poster Radix KOKO di cawangan masing-masing.

Berikut adalah poster Radix KOKO tersebut:-

Sila klik untuk paparan lebih jelas

Segala kerjasama dari semua pihak amatlah di harapkan.

Sekian,

Jazakumullahu Khairan Jaza

Pejabat Pentadbiran Zon Selatan

PRODUK TERBARU HPA

Coklat HPA

SYAMPU SINTOK HPA

SARDIN HPA

MEE KUNING HPA

KACANG POTONG HPA

KACANG TUMBUK HPA

(http://marketinghq.blogspot.com/)

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA KAS

Satu majlis yang cukup meriah dan ceria jelas terserlah sewaktu Majlis Jamuan Sempena Hari Raya Aidilfitri yang telah dianjurkan oleh Kelab Al Wahida Selatan (KAS).Majlis yang berlangsung di Cawangan HPA Parit Raja dan para hadirin yang hadir seramai 200 orang tetamu.

Para Tetamu Yang Hadir

Majlis yang bermula seawal jam 10.30 pagi dan berakhir 12.50 tengahari.Majlis itu juga telah dihadiri Para Pegawai dari Pejabat Pentadbiran Zon Selatan.Tidak ketinggalan juga kehadiran para pemimpin antaranya adalah PJS Rahmat Bin Daim, PJS Alimah Bt Sam, PJS Evi Shoraiya Bt Ridhuan dan juga pemimpin KAS yang lain iaitu Penasihat Komuniti HPA Cawangan Parit Raja Cikgu Khalid berserta isteri Pn Zaiton Bt Ahmad, PJ Ishak Bin Ahad dan isteri, Ust Nora Ashid Bin Hj Sakib, En Abd Rahim Bin Muntawil dan beberapa pemimpin KAS yang lain.

Di majlis itu juga satu perlantikan pemantau telah di adakan, upacara tersebut bermula pada jam 11.15 minit pagi setelah para tetamu selesai menjamu selera menikmati juadah hari raya.Majlis penyampaian perlantikan dan watiqah kepada para pemantau KAS telah disempurnakan oleh Pengerusi KAS PJS Rahmat Bin Daim sambil diiringi oleh Eksekutif Cawangan Parit Raja Noor Azimah Bt Romano.

Sebelum sesi penyampaian watiqah berlangsung satu sesi amanat dari PJS Rahmat Bin Daim, antara amanat beliau kepada para penerima watiqah perlantikan dan para hadirin yang hadir adalah perlunya kesemua pencinta dan penyokong HPA bersatu hati dan menjaga akhlak masing-masing sama ada ketika sesuatu program dilakukan ataupun ketika berada di khlayak masyarakat.

Perlunya juga para pemantau yang akan dilantik nanti mengadakan pertemuan dan perjumpaan secara kerap bagi membincangkan segala apa jua bentuk permasalahan yang berlaku sekiranya ada.Sebelum beliau mengakhiri ucapan, PJS Rahmat telah berpesan kepada mereka-mereka yang sayang dan mencintai HPA supaya perlu berjuang bersungguh-sungguh dan hadirin dipinta untuk memberi sokongan dan dorongan kepada para pejuang-pejuang yang memperjuangkan produk halal ini.

Satu acara majlis ikrar juga telah dilangsungkan buat para pemantau yang telah dilantik dengan disaksikan oleh keseluruhan para tetamu yang hadir.Kesemua pemantau ini ditugaskan untuk memantau segala apa jua bentuk program sewaktu PBC dianjurkan oleh KAS.

Majlis yang berakhir sekitar jam 12.45 tengah hari dan diakhiri dengan sesi bergambar bersama dengan para penerima lantikan dan majlis diberkatkan lagi dengan bacaan doa penutup oleh Ustaz Noor Asshid Bin Hj Sakib dan bersalam-salaman diiringi marhaban.

Friday, October 2, 2009

PROJEK KEMUDAHAN URUSNIAGA JUAL BELI MURABAHAH

Kemudahan Urusniaga Jual Beli Berdasarkan Konsep Murabahah ini diperkenalkan untuk memudahkan anggota Koperasi Wahida HPA Berhad atau Pengedar Bertauliah Al Wahida Marketing Sdn. Bhd. membeli produk-produk HPA dengan modal yang besar.

KONSEP SYARIAH

Urusniaga Jual Beli ini berdasarkan konsep Murabahah di mana konsep ini adalah jualan tambahan untung dimana barangan diserah segera manakala harga jualan, terdiri daripada kos dan keuntungan, dibayar kemudian secara ansuran. Penjualan produk adalah pada harga yang termasuk margin keuntungan dan dipersetujui oleh kedua pihak. Harga belian dan jualan, kos-kos lain serta margin keuntungan dinyatakan dengan jelas semasa perjanjian jual beli dilaksanakan.

KELAYAKAN PERMOHONAN URUSNIAGA JUAL BELI BERDASARKAN KONSEP MURABAHAH
Kelayakan Urusniaga Jual Beli ini mestilah;

1) Anggota Koperasi Wahida HPA Berhad
a) Telah menjelaskan modal syer minima mengikut Undang-undang kecil Koperasi Wahida Hpa Berhad, Akta Koperasi 1993 dan Peraturan Koperasi 1995 subsekyen 55(1) Bagi maksud 50(b) Akta, setiap anggota hedaklah melanggan dua ratus ringgit syer sebagai sumbangan minimum yang hendaklah dijelaskan dalam tempoh dua belas bulan dan tidak boleh dikeluarkan kecuali selepas keanggotaan itu tamat.

2) Pengedar Bertauliah Al Wahida Marketing Sdn. Bhd.
a) Telah mencapai Pangkat Pengarah Jati Setia; atau
b) Mempunyai bonus minimum satu ribu lima ratus ringgit selama tiga bulan berturut-turut sebelum atau pada tarikh permohonan tersebut.

HAD URUSNIAGA
1) Minima lima ribu ringgit; atau
2) Lima kali bonus bulanan melebihi had minima; atau
3) Tidak melebihi seratus ribu ringgit; atau
4) Mengikut mana-mana jumlah yang terendah; atau
5) Bergantung pada kelulusan dan budi bicara Lembaga Koperasi.

KADAR KEUNTUNGAN
1) Sepuluh peratus enam bulan kadar tetap; atau
2) Lembaga Koperasi boleh menetapkan suatu kadar keuntungan yang berlainan berasaskan kepada “Kadar Urusniaga Jual Beli Semasa”.

TEMPOH BAYARAN BALIK
1) Tidak melebihi enam bulan; atau
2) Lembaga Koperasi boleh menimbangkan suatu tempoh lain mengikut budi bicaranya dari masa ke semasa.
** Walau bagaimana pun, sesuatu pembiayaan boleh diselesaikan dalam tempoh yang lebih singkat dan rebat atas keuntungan boleh diberikan oleh Lembaga Koperasi mengikut budi bicara nya.

JAMINAN URUSNIAGA
1) Bonus bulanan bagi pengedar yang mencapai pangkat Pengarah Jati Setia
2) Bonus bulanan penjamin bagi pengedar yang tidak mencapai pangkat Pengarah Jati Setia
3) Seorang penjamin bagi pembiayaan yang kurang dari lima puluh ribu ringgit
4) Dua orang penjamin bagi pembiayaan yang berjumlah lima puluh ribu ringgit sehingga seratus ribu ringgit.

KELAYAKAN PENJAMIN

1) Mencapai Pangkat Pengarah Jati Setia
2) Bonus minima tiga ribu ringgit sebulan
3) Tidak melebihi 5 kali jaminan; atau
4) Nilai jaminan keseluruhan yang telah dibuat berjumlah minima seratus ribu ringgit mengikut mana yang terdahulu.

TABUNG PERLINDUNGAN URUSNIAGA JUAL BELI

Tabung Perlindungan Urusniaga ini diwujudkan bertujuan untuk melindungi jumlah Urusniaga yang diluluskan jika peminjam mati atau ketidakupayaan kekal. Lembaga berhak melantik mana-mana syarikat insurans bagi melindungi pembiayaan yang diluluskan. Apa-apa bayaran premium yang dikenakan oleh syarikat insurans akan ditolak dari jumlah Urusniaga yang diluluskan.

BORANG DAN DOKUMEN URUSNIAGA

1) Setiap permohonan pembiayaan hendaklah dibuat melalui borang yang telah ditetapkan oleh pihak Koperasi Wahida HPA Berhad dan hendaklah disertakan dengan:-

a) Salinan Kad Pengenalan pemohon;
b) Salinan Slip Bonus tiga bulan terkini pemohon;
c) Salinan Surat Pengesahan Pengedar Bertauliah Al Wahida Marketing; atau
d) Salinan Surat Pengesaha lantikan Pengarah Jati Setia
e) Salinan Kad Pengenalan penjamin-penjamin (jika perlu);
f) Salinan Slip Bonus tiga bulan terkini penjamin-penjamin (jika perlu);

2) Permohonan pinjamam yang diluluskan, peminjam hendaklah menandatangani Surat Perjanjian Kemudahan Urusniaga Jual Beli Berdasarkan Konsep Murabahah dan di setemkan mengikut Akta Setem 1949.

3) Setiap penjamin hendaklah menandatangani Surat Perjanjian Jaminan yang ditetapkan oleh Koperasi dan disetemkan mengikut Akta Setem 1949.

(Dipetik daripada : http://kowahida.blogspot.com/)

PRODUK TERBARU

Assalamualaikum Warahmatullah

Kepada : SELURUH CAWANGAN ZON SELATAN

Perkara : PRODUK BARU

SILA KLIK UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS

Sekian,

Jazakumullahu Khairan Jaza

Pejabat Pentadbiran Zon Selatan