Thursday, May 26, 2011

MAKLUMAN BENGKEL ESP ZON SELATAN....

BIC MEI ZON SELATAN.....


Diharapkan semua staf cawangan yang terlibat dapat menghadirkan diri ke bengkel tersebut bagi memudahkan proses pembaharuan kontrak anda dan mengelakkan kontrak anda ditamatkan. Mohon kerjasama penuh dari anda.

BIC dibuat di Dewan Fatimah Az Zahra, Kluang bermula jam 8.15am. Disiplin dalam pembahagian masa perjalanan amat diharapkan kerana kontrak anda akan dikira sekiranya anda menghabiskan semua slot bengkel (Aktiviti pagi, peperiksaan, taklimat dan perbincangan).

Sekian, terima kasih.

- maklumat lanjut sila rujuk Pegawai HR ditalian 07-7733717

Tuesday, May 24, 2011

TARIKH & TEMPAT BARU BENGKEL ESP SELATAN!!!!!

Ingin mendaftar boleh terus menghubungi En Mohd Taufik di talian 013-5189717.

Kopi Tiruan Lagi!!!



















AWAS!!!
Kopi RADIX diciplak lagi. Ayuh banteras habis-habisan!
Hanya kopi RADIX asli yang mengandungi 7 herba terpilih dan disahkan HALAL.
Janganlah kerana mengejar keuntungan yang sedikit, sanggup mengkhianati sesama ISLAM.

Monday, May 23, 2011

Bengkel ESP : Kepimpinan & Keusahawanan MLM Syariah (MLMs) Sesi Mei & Jun 2011

Dengan mengikuti program ESP, 30 bengkel akan ditawarkan kepada semua peserta yang akan berjalan dalam tempoh 3 tahun. Ahli HPA yang telah menjadi peserta program ESP akan diberi 5 bengkel percuma.

Bengkel pertama yang bertajuk Bengkel Keusahawanan MLM Syariah akan diadakan seperti dalam jadual di atas. Untuk ahli HPA yang berada di Zon Tengah, Bengkel ESP yang pertama ini akan diadakan di Menara HPAIC Shah Alam pada hari Ahad 29 Mei 2011.

Kepada ahli HPA yang membawa Sijil ESP mereka berhak mendapat yuran PERCUMA malah jika peserta belum berpangkat semasa menghadiri ESP dulu tak sempat membuat belian 150NM semasa program ESP boleh berbuat demikian semasa menghadiri Bengkel percuma ini.

Kepada mereka yang belum menghadiri program ESP boleh juga menghadiri program bengkel ini tetapi dikenakan bayaran RM50.00 sahaja.

Adalah dimaklumkan bahawa Maintain 150 NM di Bengkel ESP hanya dibenarkan untuk PESERTA ESP yang telah menyertai Program ESP sahaja (bagi yang belum maintain), manakala bagi peserta baru perlulah menyertai Program ESP terlebih dahulu bagi membolehkan untuk maintain 150NM.

Program ESP yang terdekat akan diadakan di HPAIC pada hari Sabtu 11 JUN 2011. Ringkasan perjalanan program ESP:

1. Anda hadir ke program ESP
2. Maintain 150 NM pada hari program ESP jika anda belum berpangkat.
3. Sertai 5 bengkel ESP percuma
4. Optional: Sertai mana-mana 21 daripada 30 bengkel ESP di bawah untuk melayakkan anda mendapat Sijil Herbalis :
30 Bengkel yang ditawarkan kepada peserta ESP
1. Herba Alami
2. Perniagaan Jawi Water Filter
3. Kecantikan Islam
4. Sinergi Herba Pilihan
5. Perawatan Sakit Tuan
6. Perawatan Sakit Puan
7. Perawatan Gamat & Klorofil Drops
8. Kaunseling Islam
9. Al-Hijamah.
10. Tunas Hijau
11. Pemakanan sihat.
12. Refleksologi
13. Madu Lebah.
14. Kiropraktik.
15. Keusahawanan Herbalis
16. Keusahawanan MLMS
17. Iridologi
18. Diagnosis Tapak Tangan
19. Diagnosis Lidah dan Bahasa Tubuh.
20. Halal Haram
21. Perubatan Jawi
22. Anatomi dan Fisiologi
23. Program Khidmat Masyarakat
24. Bengkel Public Speaking
25. Bengkel Penggunaan Alatan Test Kesihatan
26. Bengkel 6M
27. Bengkel Sanad Hadis Perubatan
28. Bengkel Kejurujualan
29. Bengkel Perubatan secara Rukyah
30. Bengkel Kepimpinan MLMS.

Wednesday, May 18, 2011

JAWI Water Filter













Jawi Water Filter ini adalah alat penapis air kedua yang dikeluarkan HPA selepas Water Filter Dew. Kini sudah mula berada di cawangan HPA.

KEISTIMEWAAN JAWI WATER FILTER

  1. Bersih dan Semulajadi.
  2. Mempunyai molekul air yang halus.
  3. Mudah diserap oleh sel-sel badan (kerana molekul air yang halus: filter yang terdapat dalam Jawi Water Filter berupaya menghasilkan molekul air yang halus ).
  4. Mempunyai pH air beralkali 8.5 hingga 9.2.
  5. Mempunyai mineral yang tinggi (juga kerana filter air Jawi Water Filter berupaya membekalkan garam mineral kepada air yang telah ditapis).
  6. Oleh kerana molekul air halus air Jawi Water Filter dapat menyerap oksigen dengan lebih banyak, jadi air Jawi Water Filter mempunyai tahap oksigen yang tinggi.

PENAPIS 1 (Blok Karbon dan Seramik)

Fungsi Bahan:
-Liang yang bersaiz 0.9 mikron mencapai tahap penapisan
sehingga 99.999%. Dapat menyingkir bahan pencemar seperti karat, kotoran, pasir lumpur dan bakteria.

*Jangka hayat: Tukar bila pecah

PENAPIS 2 (Pre Activated Carbon Filter)

Fungi Bahan:
-Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, warna, rasa, bahan pencuci dan elemen-elemen kotor yang lain untuk mengelakkan daripada pertumbuhan bakteria.

*Jangka hayat: 1 tahun

PENAPIS 3 (Activated Carbon Block & Finest Activated Carbon & KDF)

Fungsi Bahan:
-Activated Carbon Block dan penukar ion berlogam KDF memenuhi piawaian US EPA dan FDA National Safety Standards dapat menapis unsur logam berat, klorin, pencemar kimia, disamping mengawal kestabilan air, bakteria dan rumpair. Unsur Resin pula akan melembutkan molekul air dan mempunyai kesan untuk menghasilkan bahan-bahan mineral.

*Jangka hayat: 2 tahun

PENAPIS 4 (Mineral Stone (300g) & Bio Ceramic Ball (300g))

Fungsi Bahan:
-Menggantikan ion keras seperti megnesium dan kalsium yang terkandung dalam air keruh dengan ion lembut seperti natrium dan kalium.
-Menstabilkan nilai pH air.

*Jangka hayat 2 ½ tahun

PENAPIS 5 (Alkali Ball)

Fungsi Bahan:
-Membantu menyalurkan air alkali yang bermanfaat bagi tubuh manusia.
-Meningkatkan metabolisme, mengaktifkan sel-sel untuk meningkatkan kekebalan tubuh sistem dan fungsi detoksifikasi.

*Jangka hayat 1 ½ tahun

PENAPIS 6 (High Density Carbon Block)

Fungsi Bahan:
-Sesuaikan air ke tahap optimum alkali ringan.
-Meningkatkan ion kalsium.
-Meningkatkan kandungan oksigen air.

*Jangka hayat 2 tahun

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 1700
Sabah & Sarawak: RM 1900

Harga Pengedar
Semenanjung Malaysia: RM 1100
Sabah & Sarawak: RM1300

Nilai Mata: 300 NM

Thursday, May 12, 2011

Penangguhan ESP Ipoh

dari tinta General Manager (GM)...

Salam.

Untuk makluman, ESP Ipoh terpaksa ditangguh disebabkan oleh perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Sehubungan itu, para peserta yang telah menghantar boleh menggunakan tiket tersebut ke ESP yang lain. (terdekat pada 22hb Mei 2011 di USM, Penang). Sebarang kesulitan sila hubungi KPU dan KPA.

Pihak HQ amat memohon maaf di atas penangguhan tersebut.

Wednesday, May 11, 2011

Memo ESP Johor Bahru

Salam. Berikut adalah memo-memo penting berkaitan ESP di Johor Bahru pada 4 Jun 2011 akan datang. Sila ambil perhatian & buat hebahan pada sesiapa yang terlibat. Harap maklum.

Memo Tuntutan Perjalanan

Friday, May 6, 2011

Teh Hijau berbeza dengan teh yang kita biasa minum setiap hari kerana khasiatnya yang tersendiri dan pelbagai. Antara kebaikan Teh Hijau:

  • Merawat sakit kepala dan kemurungan
  • Antioksidan Teh Hijau lebih berkesan berbanding vitamin C dan 25 kali lebih kuat daripada vitamin E.
  • Mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.
  • Ada juga artikel menyebut Teh Hijau baik untuk kuruskan badan

Artikel Mengenai Teh Hijau dari Kosmo:

Nutrien Teh Hijau

Apakah alasan yang menyebabkan teh hijau harus disertakan dalam diet seharian?

KEBAIKAN teh hijau melampaui sempadan. Dari China hingga ke Barat. Kini, ia bukan lagi sejenis minuman yang diambil sewaktu makan petang atau malam. Tetapi, ia diminum pada bila-bila masa. Jika selama ini anda memakan pelbagai jenis ubat dan suplemen, masukkan satu lagi tip penting iaitu teh hijau yang dikongsi oleh RealAge.

Teh hijau harus disertakan dalam diet pemakanan seharian. Ia memiliki nutrien yang terbaik untuk kesihatan, sama ada golongan muda atau tua, lelaki atau perempuan. Jika anda masih lagi di zaman keremajaan, mulakan hari ini juga.

Kurangkan risiko kanser

Teh hijau mempunyai komponen zat yang mampu melawan sel kanser di badan. Ia mengelakkan pertumbuhan sel ini dan menghasilkan saluran darah baru bagi menggalakkan pertumbuhan sel yang baik.

Kajian yang dilakukan menunjukkan teh hijau membantu mengurangkan kanser payu dara, perut, esofagus, kolon dan kanser prostat.

Lembutkan kulit

Jika kulit anda terluka, melecet atau digigit serangga, teh hijau boleh membantu. Rendamkan sehelai kapas bersih ke dalam teh hijau dan tekankan pada bahagian kulit berkenaan.

Teh hijau secara semula jadi mempunyai bahan antiseptik yang menghilangkan rasa gatal dan lebam. Anda juga boleh mengawal bintik-bintik keradangan, kulit yang melecur, bekas tanda cacar dan mata yang bengkak disebabkan oleh tidur yang tidak cukup.

Lindungi kulit

Di makmal kajian, teh hijau disapukan terus ke atas kulit kerana ia membantu untuk menghilangkan kanser kulit yang bertindak akibat daripada pendedahan di bawah sinaran matahari. Sebab itu juga, anda melihat lebih banyak khasiat teh hijau digunakan dalam produk krim selar kulit dan pelembap kulit.

Penstabil tekanan darah

Bacaan tekanan darah tinggi ialah 120/80 tetapi bagi mengekalkannya pada tahap tersebut bukannya mudah. Apatah lagi dengan tekanan kerja dan tanggungjawab yang bertambah hampir setiap hari.

Amalan minum teh hijau setiap hari, mampu mengurangkan kebarangkalian menghadapi masalah hipertensi sebanyak 50 peratus. Kandungan teh hijau membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang mengembang dan mengecut pada kadar yang betul.

Pelindung memori

Teh hijau secara tidak langsung menolong mengekalkan kecergasan memori atau fungsi otak. Seorang dewasa yang meminum dua gelas teh hijau akan merasai peningkatan masalah kognitif daripada mereka yang tidak menggemarinya.

Kenapa? Ini kerana dos antioksidan yang terkandung dalam minuman ini dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf-saraf dalam otak seperti pesakit Alzheimer dan Parkinson.

Awet muda

Lebih muda dan sihat arteri anda, maka lebih muda dan sihat kita rasa dari luar. Helahnya ialah kita harus melawan plak yang terbina dalam saluran darah lalu meningkatkan risiko penyakit jantung, strok serta menambah usia biologikal. Ia juga mengurangkan tenaga di dalam badan.

Menurunkan berat badan

Sudah tentu perkara ini menarik perhatian ramai kerana teh hijau mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. – SUBASHINI RAJANDRA

1 kotak Teh Hijau HPA mengandungi 20 uncang.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 15
Sabah & Sarawak: RM 18

Harga Pengedar
Semenjung Malaysia: RM 13
Sabah & Sawarak: RM 15

Nilai Mata (NM): 4

Sumber : Dipetik dari duniaherbahpa.com