Monday, December 14, 2009

LIPAT GANDAKAN USAHA UNTUK KEMAJUAN HPA 2010 (Sedetik Renungan Bersama GM Al Wahida)

Salam PJS dan Semua Pemimpin HPA

GM dari Kambodia dan Vietnam akan terus ke Jakata bagi menyampaikan vissi dan missi 2010. Banyak hal dan keinsafan yang dapat GM lihat di negara bekas Pol pot. Dengan susahnya produk Halal dan betapa daifnya masyarakat disana termasuk umat Islam serta pengharapan masyarakat disana, maka banyak perkara yang dapat kita lakukan.

Kita melihat program qurban maupun akikah di negara kita bak sudah dijadikan pesta hingga ujud bangga membangga dan pusingan daging hanya berlegar dikalangan kita yang hampir setiap hari menjamah daging lembu dan tidak pernah mengenal istilah lapar dan susah. Masyarakat Islam Kambodia dan Vietnam yang lebih dikenali sebagai Campa majoriti hidup dalam keadaan daif dan amat menyedihkan.

Kepada para pejuang HPA, kita tinggal di negara yang serba serbi subur, perlu kita insafi bahawa kita masih punya tugas meneropong kesusahan dan berjuang membantu sebanyak mungkin.

Maka HPA seharusnya dibangunkan secepat mungkin di Phnom Penh. Tujuan serampang dua mata. Pertama Gempur Radix dan kedua Gempur Bantuan.

Marilah kita bersama HPA, Gempur insentif 2010, buang istilah kecewa,tidak puas hati, lemah semangat dan layu. Seharusnya kita sudah terus mengerakan kerja kita secara luar biasa. Ini kerana matlamat untuk pencapaian bonus luar biasa adalah bertujuan bagi kita semua mengeluarkan zakat, infaq, sedekah, aqiqah dan qurban dan menyampaikan kepada umat Islam khususnya yang masih menderita ketika kita dengan serba kesenangan.