Wednesday, December 29, 2010

MEMO LATIHAN KESELURUHAN ZON 2011 BAGI STAF CAWANGAN

Memo Latihan Staf Cawangan 2011


Jadual Latihan Sepanjang 2011 Mengikut Kumpulan

Senarai Kumpulan Omega 3

Senarai nama kumpulan VCO

Thursday, December 23, 2010

Tuesday, December 21, 2010

KOWAHIDA: MURABAHAH PRODUK-PRODUK HPA



Kemudahan Urusniaga Jual Beli Murabahah Produk H.P.A

Dipekenalkan untuk memudahkan anggota Kowahida membeli produk-produk HPA dengan modal yang besar.
PENGENALAN

Kemudahan Urusniaga Jual Beli Berdasarkan Konsep Murabahah ini diperkenalkan untuk memudahkan anggota Koperasi Wahida HPA Berhad atau Pengedar Bertauliah Al Wahida Marketing Sdn. Bhd. membeli produk-produk HPA dengan modal yang besar.
KONSEP SYARIAH

Urusniaga Jual Beli ini berdasarkan konsep Murabahah di mana konsep ini adalah jualan tambahan untung dimana barangan diserah segera manakala harga jualan, terdiri daripada kos dan keuntungan, dibayar kemudian secara ansuran. Penjualan produk adalah pada harga yang termasuk margin keuntungan dan dipersetujui oleh kedua pihak. Harga belian dan jualan, kos-kos lain serta margin keuntungan dinyatakan dengan jelas semasa perjanjian jual beli dilaksanakan.

LEBIH LANJUT

Hubungi Pn Harteny di pejabat Kowahida

PPZS GLOBAL: EKSPO & PAMERAN PUSPANITA JUMPEM JOHOR SEMPENA "JUALAN HARI GAJI"



HPA Zon Selatan sekali lagi menerima tawaran mempromosikan syarikat di Johor Bahru. Kali ini bertempat di Wisma 'A' Air Molek selama 2 hari iaitu 20 dan 21 Disember 2010. Program anjuran PUSPANITA JUPEM JOHOR diadakan sebulan sekali iaitu pada hari gaji kakitangan kerajaan. Oleh sebab itu program promosi tersebut dinamakan "Jualan Hari Gaji". Sambutan amat menggalakkan dari orang ramai dan terima kasih diucapkan kepada Staf Cawangan Johor Bahru (En. Hafis) dan Herbalis Komuniti Johor Bahru atas bantuan anda.


Saturday, December 18, 2010

PERUBAHAN LOKASI KONVEK 2010 DARI STADIUM MELAWATI KE PICC


MAKLUMAN SEMASA :

PERTUKARAN TEMPAT BERLANGSUNGNYA HPA KONVENSYEN & KONVOKESYEN (KONVEK 2010) AKAN DIADAKAN DI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (PICC). KEPADA SEMUA AHLI HPA SILA AMBIL PERHATIAN. PIHAK KAMI MEMOHON MAAF DIATAS KESULITAN YANG DIALAMI. HARAP MAKLUM.

Tuesday, December 14, 2010

MEMO TERKINI UNTUK PIC!!!!


PPZS GLOBAL: EKSPO & PAMERAN BARANGAN HALAL 2010



Sekali lagi pihak syarikat dijemput untuk membuka booth sempena Ekspo Halal di Plaza Angsana, Johor Bahru. Ekspo yang diadakan selama 3 hari bermula10-12 Disember adalah anjuran Majlis Agama Islam Johor. Pihak PPZS telah dibantu AWM Caw. Johor Bahru dan Herbalis Komuniti Johor Bahru telah memeriahkan ekspo tersebut dengan memperkenalkan perubatan jawi di samping menaikkan jualan cawangan Johor Bahru. Tahniah kepada staf cawangan (En. Abdul Hafis) dan herbalis-herbalis yang sudi membantu. Amin.


Lawatan Perasmi Ekspo (Wakil MB Johor)


Diagnos Kesihatan dengan Saraf Tapak Tangan

PPZS GLOBAL: EKSPO & PAMERAN KEMPEN BARANGAN MALAYSIA


Expo ini sedang berlangsung di Persada, Johor Bahru dari 11 - 14 November 2010. Ahli-ahli komuniti yang berminat telah diberi peluang oleh Bahagian Latihan & Promasi HPA Zon Selatan dan Cawangan HPA JB untuk sama-sama mempromosikan produk dan perawatan yang ada didalam HPA. Kami bertugas dengan ditemani oleh sekurang-kurangnya seorang herbalis.

Datanglah beramai-ramai kegerai kami untuk mendapatkan produk-produk HPA. Paling penting kami menyediakan perkhidmatan mengesan penyakit melalui fisikal anda seperti saraf tapak tangan, iris mata, lidah dan kaedah refleksologi secara percuma.

Gerai kami nombor 101


Nasihat-nasihat Produk Kesihatan oleh Herbalis Johor Bahru





Badut ini tengah bersungguh wat belon arnab