Monday, June 29, 2009

AMARAN TERAKHIR BERKAITAN LPK

Salam..
Perhatian kepada semua eksekutif..

Masih terdapat beberapa cawangan (Pontian, Kluang 2, & Kulai) yang masih tidak mengendahkan arahan yang telah dikeluarkan sebelum ini berkaitan perkara di atas. Sila ambil perhatian tentang perkara ini untuk mengelakkan tindakan dari pihak zon.
Eksekutif memainkan peranan penting bagi memastikan pengurusan di cawangan berjalan lancar.

PESANAN GM ALWAHIDA MARKETING

Salam..

1. GM memohon semua zon sentiasa memastikan persiapan produk di semua cawangan. Gudang Induk, Pengurus Zon dan Pengurus Cawangan dikehendaki sensitif akan masaalah ini. Pengurus yang bijak adalah pengurus yang mampu membuat keputusan yang baik. Ada ketika kita menggunakan kontener untuk penghantaran ke zon, ada ketika kita menggunakan lori HPA dan ada ketika produk yang urgent dan sememangnya produk tersebut di kenali sebagai "killer product" kita harus melakukan penghantaran segera( melalui kurier). Jangan hanya tunggu dan lihat. Saya rujuk kepada beberapa masaalah yang berlaku di Zon Sabah dan Sarawak baru-baru ini. Diharap jangan di ulangi lagi.

2. Kita seharusnya berwaspada di kala kita sedang bergelut dan berjuang mempertingkatkan jualan, ada anasir-anasir fitnah yang menyamar menggunakan email seakan-akan email cawangan. Tujuan email ini adalah untuk melakukan porak pranda di kalangan kita. Mereka ini lupa amaran Allah bahawa fitnah itu lebih dasyat dari membunuh. Fitnah haram di lakukan walaupun kononnya untuk kebaikan. Matlamat sama sekali tidak menghalalkan cara. Kepada penghantar email ini sila tampil dan mohon maaf sekiranya tidak mau di persoal di akhirat.

3. Sehubungan dengan ini, saya berharap komunikasi Gudang HQ, Zon dan Cawangan perlu di perkuatkan lagi bagi memastikan pengurusan kita semua berjalan lancar.Wasallam.

Saturday, June 27, 2009

PERUBAHAN

KULIAH PERSEDIAAN MAKANAN UTK PESAKIT & RAWATAN DITUNDA PADA 7 JULAI 2009

Tarikh : 07/07/2009
Tempat : Cawangan Sg.Petani
Pendaftaran : 8.30 Pg-9.00
sila hubungi JAWI HERBSHOP SG.PETANI 04-4484715 untuk maklumat lanjut.

Friday, June 26, 2009

AL FATIHA

PIHAK PENTADBIRAN ZON SELATAN INGIN MENGUCAPKAN SALAM TAKZIAH KEPADA UST ABD KADIR BIN ABD MANAP ( PENGURUS STOR BATU CAVES ) DI ATAS PEMERGIAN AYAHNDA BELIAU ( UST ABD MANAP BIN JUMAN ) YANG TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH PADA JAM 4 PETANG SEMALAM (KHAMIS) KERANA KEMALANGAN JALAN RAYA.

JENAZAH AYAHNDA BELIAU TELAH SELAMAT DISEMADIKAN DI TANAH PERKUBURAN ISLAM BAKRI PADA HARI JUMAAT JAM 11.15 PAGI.

SEMOGA ROH ALLAHYARHAM DI TEMPATKAN BERSAMA-SAMA DENGAN GOLONGAN SOLAFUSSOLEH DAN MEREKA YANG BERIMAN.AMIN.

MASA OPERASI DI CAWANGAN

Saya dapati masih ada cawangan yang tidak faham dengan waktu bekerja sebenar. Berikut adalah garis panduan yang perlu dipatuhi :

Cawangan yang beroperasi 2 shift
  1. Masa bekerja shift pertama : 9.00 pg - 5.00 ptg
  2. Masa bekerja shift kedua : 1.00 tghr - 9.00 mlm

Cawangan yang beroperasi 1 shift

  1. Masa bekerja pertama : 9.00 pg - 5.00 ptg
  2. Masa bekerja kedua : 11.00 pg - 7.00 ptg
Masa pertukaran shift adalah pukul 3.00 ptg untuk kedua-dua masa operasi diatas, dimana staf yang bertugas pada shift/masa pertama hendaklah membuat penyerahan tugas (stok dan tunai) dengan mengisi BORANG PERTUKARAN SHIFT bekerja, dimana staf shift pertama hendaklah mengesahkan penyerahan tugas dan staf shift kedua mengesahkan penerimaan tugas.

Walaubagaimanapun, staf perlu hadir 30 minit lebih awal untuk aktiviti pagi yang telah diwajibkan oleh pihak syarikat iaitu Amalan Bacaan Ma'thurat, Solat Sunat Dhuha dan Pembersihan cawangan. Masih terdapat eksekutif yang belum memberi penekanan ini kepada staf-staf yang lain. Sila ambil perhatian berkaitan perkara ini.

Bagi cawangan yang beroperasi 1 shift (Purata staf 3 orang) hendaklah cuti secara bergilir-gilir dan pastikan tiada staf yang bertugas seorang kecuali terdapat kes-kes kecemasan yang telah dimaklumkan kepada pihak Zon Selatan.

Diharap semua eksekutif memainkan peranan masing-masing untuk memastikan operasi syarikat berjalan lancar.

Thursday, June 25, 2009

PERHATIAN KPD PJS SELATAN

HASIL PERRTEMUAN MAJLIS TRIBUNAL MALAYSIA BERIKUT ADALAH BEBERAPA KEPUTUSAN YANG DIAMBIL...

1. Keputusan larangan pembelian menggunakan agen stok milik individu lain adalah muktamad dan dipersetujui oleh Panel Syariah.

2. Semua program PBC wajib melalui Kelab Resmi (KPA, KPU,KPT dan KPSabah dan Serawak). PBC yang dibuat tanpa endorse oleh kelab tidak akan di terima. Ini kerana kita mahukan program PBC di kemaskinikan. Sila patuhi peraturan PBC. (Surat Resmi akan di keluarkan oleh En Kamal).

3. Semua PJS yang di lantik di wajibkan untuk mengikuti arahan semasa Kelab. Sebagai contoh tugasan PBC, Kelas mingguan dan program setempat. Kegagalan berbuat demikian akan menjejaskan status S. Saya mendapati terdapat PJS yang tidak mematuhi pandangan Presiden Kelab.

4. PJS juga di wajibkan untuk menghadiri progam KPJ setempat. Pengurus Zon sila daftar kehadiran PJS dan maklumkan pada saya.

Kita mahu melahirkan PJS yang berkualiti dan selari dengan perjalanan HPA. PJS adalah tulang belakang kepada para pemimpin.
(Info dipetik dari Blog GM)

Wednesday, June 24, 2009

REJAB DAN KEISTIMEWAANYA

Bulan Rejab merupakan bulan ke-7 dalam senarai bulan-bulan didalam kalendar Islam. Terletak diantara bulan Jamadilakhir dan Syaaban, bulan ini memiliki keistimewaan tersendiri dimana banyak kifayah atau kebaikan apabila kita mengamalkan ibadah dalam bulan ini. Seperti dinyatakan Al-Quran dalam surah al-Taubah, ayat 36, Bulan Rejab merupakan antara empat bulan haram yang diisytiharkan oleh Allah s.w.t selain bulan Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram.

Nabi Muhammad S.A.W menyatakan bulan Rejab adalah bulan Allah, iaitu bulan Ahlullah menurut tafsiran daripada Imam al-Qurtubi. Imam al-Nawawi mengatakan: “Apa yang zahir daripada ucapan Sa’id bin Jubayr itu menjadi bukti tiada tegahan untuk berpuasa padanya (Rejab) kerana bulan berkenaan. Bahkan kedudukannya sama mengikut baki bulan Islam yang lain. Tiada larangan untuk melakukan ibadat puasa di bulan Rejab, tidak pula disunatkan kerana bulannya. Tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunahan puasa terbabit.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda :

" Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan Allah S.W.T, maka : ”

1) Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari Allah S.W.T.

2) Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab/Isra Mi’raj akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.

3) Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi Allah S.W.T.

4) Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1,2, dan 3 Rejab maka Allah S.W.T akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat.

5) Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, InsyaAllah permintaannya akan dimakbulkan Allah S.W.T.

6) Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini , maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa lapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga.

7) Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini , maka Allah S.W.T akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah hari-hari puasa maka Allah S.W.T akan menambahkan pahalanya.

Tuesday, June 23, 2009

KPJ KLUANG

Alhamdulillah rasa syukur dan takzim diangkatkan kepada Allah S.W.T kerana dengan kemuliaan serta kasih sayang kepada para hambanya maka telah berlangsung Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) pada 2 Jun 2009 di Dewan Nuruddin Fahmiey berdekatan dengan Pejabat Pentadbiran Zon Selatan.

Majlis yang dihadiri seramai 9 orang Pengarah Jati Setia(PJS), Leader 26 orang, dan ahli 95 orang telah memeriahkan kuliah pada kali ini.Ketibaan Pengarah Urusan HPA Industri Sdn Bhd Tuan Hj Ismail Bin Hj Ahmad beserta isteri diiringi oleh PJS Hafidzan Bin Fauzi bersama Pen. Pengurus Besar Zon Selatan Pn Zaimah Bt Ismail dan juga eksekutif-eksekutif cawangan zon selatan.

Majlis bermula pada jam 9.00 malam dipengerusikan oleh Cikgu Khalid selaku pengerusi jemputan dari Kelab Pemimpin Al Wahida Selatan(KAS).

Kuliah Tuan Pengarah banyak berkisar tentang akan khasiat dan kepentingan produk, beliau telah menyentuh hampir 30 jenis produk beserta khasiatnya.Antara produk-produk tersebut adalah seperti Herba Tuju Angin, Herba IMT, Teh Herba, Kacang Beling (ALG), Bedak Delima dan lain-lain lagi.

Kebanyakan ulasan dan kupasan produk tersebut telah beliau nukilkan di dalam buku medicalherb yang kini ada di jual di cawangan-cawangan HPA seluruh negara.Para ahli dan tetamu yang hadir boleh merujuk dan cuba memahami akan produk beserta khasiatnya yang banyak diulas dalam buku tersebut.

Tuan Haji Ismail juga turut menegaskan bahawa betapa pripentingnya kita sebagai umat Islam yang mukmin menyokong dan membantu segala apa jua produk halal yang dikeluarkan oleh syarikat bumiputera Islam,peniaga-peniaga dan pengusaha Islam agar kita dapat membantu ekonomi umat Islam dan secara tidak langsung ia mampu memberi kekuatan dan juga roh Islam kepada masyarakat itu sendiri.

Beliau juga telah mengumumkan bahawa HPA akan membuka Radix Fried Chicken (RFC) dan Radix Chicken House(RCH) di Kluang.Ketiadaan pewarna didalam beberapa produk-produk tertentu turut di sentuh seperti produk Syampoo Aromatherapy dan Wahdah yang berwarna kepada tiada pewarna dan warna hanya terletak di botolnya sahaja.

HPA juga menawarkan kepada anak-anak muda dan generasi belia kita untuk menuntut dan menimba ilmu di Institut Teknolgi HPA (ITHPA) yang akan diwujudkan di Sg Petani Kedah.Pengambilan yang dibuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dan tanpa mengira lapisan umur dan kelayakan di pelawa untuk mengikuti pengajian ini.

HPA juga telah membuka Sek Men Aliran Tahfiz yang mana mereka ini adalah para hufaz yang memikul amanah dan tanggungjawab yang berat kepada Allah S.W.T namun mereka ini adalah insan-insan yang mulia di sisi Allah S.W.T. mereka ini juga ditawarkan untuk bekerja dengan HPA setelah mereka berjaya menamatkan pengajian mereka nanti.

Sebanyak 5 persoalan yang telah diajukan dan telah dijawab oleh beliau.Sepertimana di dalam KPJ yang lain 2 orang ahli bersedia menyampaikan testimoni berkongsi pengalaman mereka sendiri. agar ianya mampu memberi semangat kepada masyarakat lainnya.Mereka adalah Pn Zaiton Bt Ahmad dan En Yunus.

Hadiah penghargaan kepada penyampai testimoni sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan dari HPA telah disampaikan oleh Tuan Haji Ismail Bin Hj Ahmad diiringi oleh PJS Hafidzan Bin Faudzi.Semoga akan ada ramai lagi masyarakat Islam kita yang sedar akan betapa pripentingnya pemilihan makan yang halal dan bersih agar ia mampu melahirkan generasi dan masyarakat yang beriman dan beramal soleh.Amin.

MINI KONVEK' JOHOR 09

MINI KONVEK' JOHOR
2009


MINI KONVEK' JOHOR 2009

TEMPAT : DEWAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN MALAYSIA ( UTHM )

MASA : 8.30 PAGI

* UNTUK MAKLUMAN LANJUT SILA HUBUNGI :

- PJS RAHMAT BIN DAIM NO TELEFON : 012 363 2187

- CIKGU KHALID NO TELEFON : 016 770 3280

Monday, June 22, 2009

KULIAH PERSEDIAAN MAKANAN UTK PESAKIT & RAWATAN

Tarikh : 07/07/2009
Tempat : Cawangan Sg.Petani
Pendaftaran : 8.30 Pg-9.00 Pg
Kuliah : 9.05 Pg - 10.05 Pg

KULIAH BERSAMA PENGARAH URUSAN.PERAWATAN UTK PESAKIT YG HADIR KULIAH SHJ.PESAKIT DIWAJIBKAN MENGIKUTI KULIAH TERLEBIH DAHULU SBLM RAWATAN. KELUARGA BOLEH TURUT SERTA. PEMBUKAAN TERHAD UTK 40 PESAKIT SHJ.BOLEH BERI NAMA KPD JAWI HERBSHOP SG.PETANI (04-4484715).

Saturday, June 20, 2009

TEMUDUGA TERBUKA KE-2 PENGAMBILAN STAF RFC & RCH

Tarikh : 27 Jun 2009 (Sabtu)
Tempat : Cawangan Semabok Perdana, Melaka
Jam : 10.00 Pg - 5.00 Ptg

Temuduga terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Sila pastikan permohonan dilengkapi dengan Borang Kerja HPA, Resume, Salinan Sijil2 dan gambar berukuran passport. Pemohon hendaklah bersedia untuk temuduga dan berpakaian kemas.

Friday, June 19, 2009

UCAPAN TAHNIAH

TAHNIAH DI ATAS PERLANTIKAN PJS yang baru mulai 01 hb JUN, 2009

  • PJS BAHARUDDIN JANTAN [NILAI]

  • PJS USTAZ ASRI ZAKARIA [KLANG]

  • PJS SITI RAHMAH UJANG [BB BANGI]

  • PJS USTAZ SAFUAN BIN PAMIDI [KLANG]

  • PJS NOLIAH AHMAD [RAWANG]

Semoga dengan perlantikan tersebut banyak kerja dan tugasan yang diamanahkan kepada PJS dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan membawa manfaat kepada warga HPA.

MAKLUMAN TERKINI


KEPADA SEMUA CAWANGAN HPA

Tuan / Puan

LARANGAN BELIAN ATAS NAMA AGEN STOK

Merujuk kepada perkara diatas, pihak Al Wahida Marketing Sdn. Bhd tidak membenarkan mana-mana pihak menggunakan nama Agen Stok semasa membuat pembelian. Kepada semua staf cawangan HPA sila baca, cetak dan pahamkan mengenai isu larangan membuat belian atas nama Agen Stok ini. Maklumat mengenai larangan membuat belian atas nama Agen Stok ini boleh didapati dengan melayari laman blog http://gmalwahida.blogspot.com.

Kepada staf cawangan HPA adalah diingatkan supaya tidak bersubahat dengan manamana pihak yang ingin membuat belian atas nama Agen Stok. Sekiranya pihak Al Wahida Marketing Sdn.Bhd mendapati terdapat staf cawangan HPA yang terlibat dengan perkara diatas, maka pihak syarikat tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.Oleh yang demikian, kerjasama dari semua pihak amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

EN.MOHD FAISOL ABD RAHMAN
PENGURUS BESAR
AL WAHIDA MARKETING SDN.BHD

MAKLUMAN TERKINI



AWAS!!

KOPI TIRUAN

“MASTER RADIX”

HPA INDUSTRIES SDN BHD

MENEGASKAN


“MASTER RADIX”


BUKAN KELUARAN HPA

KEPADA SESIAPA MEMILIKI


“MASTER RADIX” BOLEH DI DAKWA DI MAHKAMAH.



JENAMA “RADIX” TELAH PUN DI “TRADEMARK” OLEH HPA

TELEFON SEGERA

04-9776805 / 013-9299944


MAKLUMAN TERKINI

KEPADA SEMUA CAWANGAN HPA

Tuan / Puan

AWAS KOPI TIRUAN JENAMA “MASTER RADIX”

Merujuk kepada perkara diatas, pihak Al Wahida Marketing Sdn. Bhd ingin menarik perhatian tuan / puan mengenai kopi tiruan jenama MASTER RADIX.

Semua staf cawangan HPA diminta untuk memaklumkan kepada ahli-ahli HPA yang datang membuat belian di setiap cawangan masing-masing mengenai kopi tiruan ini. Jenama RADIX ini telah ditiru oleh seorang Taukeh Cina dan kopi ini telah dipasarkan di sekitar Perak, Kelantan dan Terengganu. Gambar kopi tiruan MASTER RADIX ini adalah seperti yang dilampirkan.


Oleh yang demikian, kerjasama dari semua pihak amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.


EN.MOHD FAISOL ABD RAHMAN
PENGURUS BESAR
AL WAHIDA MARKETING SDN.BHD

PERASMIAN GUDANG ZON SELATAN



Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan kasih sayangNya Pusat Pentadbiran Zon Selatan secara rasminya telah memiliki gudangnya sendiri.Pada tarikh Rabu 3 Jun 2009 bersamaan 9 Rabiul Akhir Gudang Zon Selatan telah selamat dirasmikan oleh Pengarah Urusan HPA Industri Sdn Bhd Yang Berbahgia Tn Hj Ismail Bin Hj Ahmad.

Ketibaan beliau bersama isteri telah disambut oleh Pen. Pengurus Besar Zon Selatan Puan Zaimah Bt Ismail dan juga PJS Hafidzan Bin Faudzi selaku Presiden Kelab Pemimpin Al Wahida(KPA).Turut hadir adalah PJS-PJS,Leader-leader, ahli-ahli HPA dan keseluruhan kakitangan dan staff HPA zon selatan bagi memeriahkan majlis yang penuh gilang gemilang dan bersejarah ini.

Majlis yang dipengerusikan oleh yang berbahgia Cikgu Khalid dan bacaan doa oleh Ust Muhammad Razif Bin Daud Eksekutif HPA cawangan Rengit.

Aturcara majlis diteruskan dengan ucapan Tuan Pengarah dan penyampaian insentif bulan April kepada cawangan-cawangan yang memperolehi peningkatan jualan dalam bulan tersebut.Penyampaian insentif yang telah disampaikan oleh Tuan Pengarah Urusan Tn Hj Ismail Bin Hj Ahmad diiringi En Hafidzan Bin Faudzi dan Pn Zaimah Bt Ismail .Pemberian insentif kepada 22 buah cawangan yang berjaya mempertingkatkan jualan merupakan satu tanda penghargaan syarikat kepada hasil usaha dan jasa baik kakitangan di cawangan yang senantiasa bertungkus lumus dan berusaha keras untuk menambah dan memperkukuhkan jualan-jualan di cawangan.


Tuan Pengarah juga telah berkenan untuk bersama-sama meninjau dan menyaksikan susun atur produk-produk di gudang dan juga dapat melihat aturan perjalanan penghantaran barang ke cawangan di seluruh zon selatan.Tuan Pengarah juga berbesar hati memberikan ais krim Toyyibah percuma kepada para tetamu yang hadir.Mudah-mudahan dengan kesungguhan di dalam perjuangan memartabatkan produk-produk halal dapat diterima dan diguna pakai oleh seluruh keluarga di Malaysia khususnya dan dunia amnya.

Semoga dengan wujud dan rasminya Gudang Zon Selatan ini mampu mempertingkatkan dan memperbaiki segala permasalahan yang timbul sebelum ini dan segala aduan-aduan dan pertanyaan dari para ahli yang mengharapkan bekalan-bekalan produk HPA senantiasa ada dan tidak terputus terjawab sudah.InsyaAllah.

Oleh itu marilah kita semua dari segenap peringkat baik sama ada Pengurusan, PJS, Leader, ahli-ahli dan seluruh kakitangan HPA membulatkan tekad dan semangat untuk berjuang membawa dan menyedarkan ahli masyarakat kita akan kepripentingnya memilih dan mengambil sumber makanan dan bahan-bahan yang halal agar ia mampu melahirkan satu generasi yang beriman, beramal sesuai mengikut acuan dari Al Quran dan Assunah.

Thursday, June 11, 2009

PRODUK TERBARU

Assalamualaikum W.B.T..

Berikut adalah produk-produk baru yang akan berada di pasaran :

1) Kopi Radix Diet
2) Madu Plantisol
3) Kicap Lemak Masin
4) Kicap Lemak Manis

InsyaAllah kesemua produk-produk tersebut akan mula berada di seluruh cawangan zon selatan dalam masa terdekat ini.Marilah kita bersama-sama mendoakan agar ianya berjalan dengan lancar dan jayanya.aminnn...

Cawangan juga diminta untuk menghebah-hebahkan kepada kesemua PJS-PJS, Leader-leader dan ahli keseluruhannya akan makluman terbaru ini.

Sekian, Terima Kasih