Wednesday, September 30, 2009

POSTER MANJAKANI : SILA PAPARKAN DI CAWANGAN

Assalamualaikum Warahmatullah

Kepada : SELURUH CAWANGAN ZON SELATAN

Perkara : SILA TAMPAL DAN PAPARKAN DI CAWANGAN

Merujuk perkara di atas.

Kerjasama dari kesemua cawangan Zon Selatan amatlah diharapkan supaya dapat memaparkan di cawangan masing-masing poster Manjakani seperti di bawah ini :-

Sila klik untuk paparan lebih jelas

Sehubungan dengan itu segala kerjasama dari keseluruhan cawangan Zon Selatan amatlah diharapkan.

Sekian,

Jazakumullahu Khairan Jaza

Pejabat Pentadbiran Zon Selatan

MAKLUMAN

Assalamualaikum Warahmatullah

Kepada : SELURUH CAWANGAN ZON SELATAN

Perkara : BLOG RASMI MARKETING DEPARTMENT (HQ)

Merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan Bahagian Pemasaran (Marketing Department-HQ) kini telah mempunyai laman web tersendiri.Ianya adalah bertujuan untuk memastikan segala maklumat dan info dari bahagian berkenaan dapat diterima oleh seluruh cawangan Zon Selatan.

Sila layari laman blog berikut : http://marketinghq.blogspot.com/

Sehubungan dengan itu seluruh cawangan Zon Selatan dikehendaki melayari laman blog HQ setiap hari bagi memastikan seluruh cawangan-cawangan Zon Selatan mengetahui segala makluman terkini.Segala kerjasama amatlah diharapkan.

Sekian,

Jazakumullahu Khairan Jaza

Pejabat Pentadbiran Zon Selatan

Tuesday, September 29, 2009

PEMBUKAAN RFC KLUANG

Syukur, RFC Kluang akan dibuka untuk umum pada 24/10/09. InsyaAllah. Persiapan dibuat hampir siap dan team RFC HQ kini telah mula mengatur kerja dan shif. Sebenarnya mereka telahpun membuat kursus RFC dan kursus Penghayatan HPA sebulan yang lepas bagi persiapan ini. Namun bagitu membuka RFC bukan hanya kepada kedainya sahaja tetapi menguruskan semua keperluan yang terlibat.

Tarikh cadangan awal telah di tukar ke tarikh ini bagi menyempurnakan semua persiapan yang diluarjangka. Semoga warga HPA selatan akan menjadi juru bicara kepada produk unggul kita dipasaran makanan segera. Amin.

RUMAH TERBUKA P U MERIAH

Pengarah Urusan bersama tetamu yang hadir

Satu Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri bersama Pengarah Urusan HPA Industri Sdn Bhd yang berbahgia Tuan Haji Ismail Bin Hj Ahmad telah berlangsung pada 26 September 2009 dengan penuh meriah.

Rasa syukur dan amat terharu di atas kesudian Tuan Pengarah kita yang sanggup meluangkan masa bersama-sama dengan para PJS,Pemimpin, Staf dan ahli HPA Zon Selatan.Majlis yang berlangsung dengan penuh meriah itu telah bermula pada jam 11 pagi-3.00 petang.Namun begitu masa dilanjutkan sehingga jam 4.00 petang kerana masih ada lagi tetamu dan para ahli yang hadir dari jauh semata-mata ingin bersama dengan Pengarah Urusan.

Kehadiran yang semakin menggalakan sekitar jam 12 tengahari ternyata memeriahkan lagi suasana kebersamaan dan ukhuwah di antara kakitangan HPA dan para tetamu.Tampak kelihatan juga tetamu dari pelbagai bangsa antaranya adalah dari bangsa Cina Tiong Hua turut sama hadir.

Tuan Pengarah juga sudi meluangkan masa bertemu dan berbual bicara bersama-sama PJS dan para tetamu yang hadir.Kehadiran para pemimpin dan PJS Zon Selatan yang telah memberikan kerjasama yang baik tatkala apa jua bentuk program yang dianjurkan ternyata memberikan kesan yang amat baik di antara para pemimpin dan kakitangan HPA.

Eksekutif Cawangan bermaafan bersama Pengarah Urusan

Turut tidak ketinggalan juga kehadiran beberapa kakitangan HPA Zon Selatan antaranya Kakitangan Pejabat Pentadbiran Zon Selatan, Kakitangan Gudang Kluang, Eksekutif Cawangan Segamat, Cawangan Mersing, Cawangan Muar 1 dan Muar 2, Cawangan Pontian, Cawangan Nilai, Cawangan Parit Raja, Cawangan Tangkak, Cawangan Simpang Renggam, Cawangan Semabok Melaka, Cawangan Renggit, Cawangan Pasir Gudang, Cawangan Kluang 1 dan Cawangan Kulai.Kesemua mereka ini juga turut berpeluang bersama-sama dengan Pengarah Urusan untuk beramah mesra dan bermaaf-maafan.

Para Pemimpin yang turut kelihatan di dalam memeriahkan majlis tersebut adalah PJS Rahmat Bin Daim dan isteri PJS Alimah Bt Sam,PJS Mohd Shafei Bin Tasiron dan isteri PJS Rosjulila Bt Husin,PJS Syed Ageel dan beberapa lagi PJS dan pemimpin-pemimpin dari kelab-kelab HPA Zon Selatan.

Sehubungan dengan itu sekalung ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada Kelab-kelab HPA Zon Selatan yang bersama-sama menjayakan apa jua bentuk program yang di anjurkan,antaranya adalah Kelab Al Wahida Zon Selatan (KAS),Kelab Pemimpin Global,Kelab Siti Khadijah,Kelab Comitte Radix Centre dan Kelab Komiti HPA Nilai.Semoga segala usahasama dan kerjasama antara Bahagian Pentadbiran HPA Zon Selatan khususnya dan kelab-kelab Pemimpin Zon Selatan dapat dipertingkatkan dan dipermajukan di masa mendatang.

Friday, September 25, 2009

JEMPUTAN RUMAH TERBUKA PENGARAH URUSAN

Assalamualaikum Warahmatullah

Kepada : PJS, KAKITANGAN DAN AHLI HPA ZON SELATAN

Perkara : JEMPUTAN KE RUMAH TERBUKA PENGARAH URUSAN

Merujuk perkara di atas.

Dengan rasa sukacitanya Tuan Pengarah Urusan HPA Industri Sdn Bhd Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad ingin menjemput dan mempersilakan para PJS,Pemimpin,Kakitangan dan ahli HPA Zon Selatan untuk hadir ke :

MAJLIS RUMAH TERBUKA PENGARAH URUSAN HPA

TARIKH : 26 SEPTEMBER 2009

TEMPAT: KEDIAMAN RASMI PENGARAH URUSAN

ALAMAT : NO 18 JALAN DATO ABD RAHMAN KG MELAYU
86000 KLUANG JOHOR DARUL TAKZIM.

MASA :
11 Pagi-3 Petang

KEHADIRAN ISTIMEWA : TUAN HAJI ISMAIL BIN HJ AHMAD


Sehubungan dengan itu setiap cawangan Zon Selatan dikehendaki hadir ke majlis Rumah Terbuka tersebut dan diminta menghantar wakil jika tidak hadir(kehadiran adalah wajib).Sebarang permasalahan boleh diajukan ke Pejabat Pentadbiran Zon Selatan.

Sekian,

Jazakumullahu Khairan Jaza

Pejabat Pentadbiran Zon Selatan

TAHLIL RINGKAS DI CAWANGAN ZON SELATAN

Assalamualaikum Warahmatullah

Kepada : SELURUH CAWANGAN ZON SELATAN

Perkara : BACAAN TAHLIL RINGKAS DI CAWANGAN

Merujuk perkara di atas.

Berhubung dengan pemergian PJS Zabedah Bt Abdullah kerahmatullah pada Khamis malam Jumaat 24 September 2009 bersamaan 6 Syawal 1430 Hijriah seluruh cawangan HPA Zon Selatan dituntut untuk melaksanakan satu tahlil ringkas di cawangan masing-masing.

Sukacita juga dimaklumkan kepada semua eksekutif untuk melaksanakan arahan ini bersama-sama dengan kakitangan di cawangan.Semoga dengan perlaksanaan tahlil ringkas ini kita semua dikurniakan akan Allah perlindungan dan ganjaran yang besar.Segala kerjasama dari semua pihak amatlah di harapkan.

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

Sekian,

Jazakumullahu Khairan Jaza

Pejabat Pentadbiran Zon Selatan

PJS ZABEDAH KEMBALI KERAHMATULLAH

Dengan rasa sedih lagi duka cita saya umumkan

PJS Zabedah Abdullah(Kak Bedah)

telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.30 malam tadi. Marilah kita semua menyampaikan alfatihah pada beliau. Beliau seorang yang peramah dan punyai kekuatan serta semangat berjuang bersama HPA walaupun dalam keadaan uzur.

Pada semua cawangan sila anjurkan majlis tahlil dengan seberapa segera.
Moga roh beliau berada bersama kalangan orang beriman.

AL FATIHAH

Thursday, September 24, 2009

PRODUK BARU YANG AKAN BERADA DI PASARAN

Assalamualaikum Warahmatullah

Kepada : SELURUH CAWANGAN ZON SELATAN

Perkara : PRODUK BARU


Sila Klik Untuk Paparan Lebih Jelas

Wednesday, September 23, 2009

AL FATIHA

AL FATIHA

"Tiap-tiap jiwa merasakan mati kemudian kepada Kami kamu dikembalikan."

Pejabat Pentadbiran Zon Selatan ingin mengucapkan salam takziah kepada

Pembantu Eksekutif Cawangan Kluang 2 Cik Nuradila bt Kalil
di atas pemergian nenda beliau

Allahyarham Abdul Muid b Sahamin

AL FATIHA

Semoga rahmat Allah mencurah-curah ke atas rohnya

AMIN

PENANGGUHAN OPERASI

Assalamualaikum Warahmatullah

Kepada : PJS,CAWANGAN DAN AHLI HPA ZON SELATAN

Perkara : PENANGGUHAN OPERASI RFC KLUANG

Merujuk kepada perkara di atas.

Berikut adalah makluman terkini dari Bahagian Pentadbiran Zon Selatan.Tarikh beroperasi RFC Kluang akan ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan di tentukan nanti.

Sehubungan dengan itu pemberitahuan berkaitan 27 September 2009 sebagai tarikh operasi RFC Kluang adalah terbatal.

Bahagian Pentadbiran Zon Selatan ingin memohon kemaafan di atas penangguhan ini.Mohon dihebah-hebahkan kepada saudara muslimin lainya.

Sekian

Jazakumullahu Khairan Jaza

Pejabat Pentabdiran Zon Selatan

Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN
DI ATAS SEGALA KESALAHAN DAN KESILAPAN SERTA KETERLANJURAN KATA YANG MENGGURIS PERASAAN

DARI

PENGURUS HPA ZON SELATAN
PUAN ZAIMAH BT ISMAIL

DAN
SELURUH WARGA PENTADBIRAN ZON SELATAN

SEMOGA KEHADIRAN NUR SYAWAL INI MEMBERI SINAR IMAN DAN IHSAN KEPADA KITA

IKHLAS DARI:
SELURUH WARGA HPA ZON SELATAN

PRODUK BARU YANG AKAN BERADA DI PASARAN

Assalamualaikum Warahmatullah

Kepada : SELURUH CAWANGAN HPA ZON SELATAN

Perkara: PRODUK BARU

SILA KLIK UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS

Sekian

Terima Kasih

Thursday, September 17, 2009

RFC KLUANG AKAN BEROPERASI

Assalamualaikum Warahmatullah

Kepada : PJS,Pemimpin,Ahli HPA dan Staf Cawangan Zon Selatan

Perkara : RFC MULA BEROPERASI

Merujuk kepada perkara di atas.

Radix Fried Chicken House (RFC) Kluang akan mula beroperasi pada 27 September 2009.Sehubungan dengan itu kesemua para PJS,pemimpin-pemimpin,ahli-ahli HPA dapat menghebah-hebahkan berita gembira kepada ahli-ahli HPA yang lain.

Sekian,

Pejabat Pentadbiran Zon Selatan

Wednesday, September 16, 2009

MESYUARAT EKSEKUTIF ZON SELATAN


Satu mesyuarat Eksekutif Zon Selatan bersama Pejabat Pentadbiran Zon Selatan telah berlangsung pada 15 September 2009 di Dewan Nuruddin Fahmiey Kluang,Johor.Majlis tersebut yang dihadiri oleh seluruh eksekutif Zon Selatan kecuali Eksekutif Masjid Tanah yang tidak dapat hadir kerana kini bercuti akibat nahas jalan raya.

Mesyuarat yang dimulai seawal jam 8.00 pagi telah dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab sebagai pembuka majlis dan diikuti bacaan al mathurat dan solat sunat Dhuha secara berjemaah.

Mesyuarat yang di adakan turut dihadiri oleh seluruh kakitangan Pejabat Pentadbiran Zon Selatan iaitu AGM Zon Selatan Pn Zaimah Bt Ismail,Pegawai Admin& HR Cik Norhanim Bt Yaa'cob,Pegawai Projek dan Pembangunan Pn Shahriza Bt Razizat,Pegawai Akaun dan Belian Cik Siti Fadilah Bt Sarti ,Pegawai Audit En Azuansyah Bin Noraidi,Pegawai Operasi Cawangan En Mohammad Yunus Bin Abd Rasid,Pegawai Gudang En Mohd Faizul Bin Abdul Latif,Pegawai Penternakan En Mohd Izzat Izuddin Bin On dan Pegawai Latihan dan Promosi En Mohd Sahril Bin Hj Surib.

Tujuan perjumpaan dan mesyuarat ini di adakan adalah untuk memperbincangkan segala apa jua permasalahan yang berlaku di cawangan-cawangan.Eksekutif juga dikehendaki menyediakan pembentangan berkaitan prestasi cawangan masing-masing di sepanjang bulan Januari hingga Ogos 2009.Eksekutif juga dikehendaki menyertakan sebab-sebab kenaikan dan penurunan jualan setiap bulan.

Kekurangan dan kelemahan-kelemahan dalam produk di cawangan turut diminta untuk dibentangkan agar ianya dapat dibawa segala aduan berkenaan kecacatan dan kelemahan produk-produk HPA ke mesyuarat bersama bahagian pengurusan nanti.

Pembentangan yang dimulai oleh Eksekutif Cawangan Rengit dan disusuli oleh Eksekutif Cawangan Kota Tinggi dan diakhiri oleh Eksekutif Cawangan Parit Raja.Pembentangan yang disampaikan sambil pelbagai pertanyaan boleh diajukan turut merancakkan suasana mesyuarat.

Pegawai di setiap bahagian juga dikehendaki membentangkan pembentangan masing-masing dan membuka sebarang pertanyaan dan kemusykilan yang timbul di cawangan.Ucapan serta nasihat sebagai kesimpulan yang telah disempurnakan oleh AGM Zon Selatan Pn Zaimah Bt Ismail.

Beberapa isi penting ucapan tersebut adalah pripentingnya kesemua bahagian sama ada di peringkat pentadbiran dan cawangan peka dan mengambil berat akan kesemua arahan dan makluman terkini dan perlunya cawangan mengekalkan amalan dan aktiviti wajib syarikat iaitu amalan membaca al mathurat dan solat sunat Dhuha di kesemua peringkat.

Semoga dengan berlangsungya perjumpaan dan mesyuarat kesemua bahagian dan jabatan di Zon Selatan ini mampu mengatasi segala permasalahan yang berlaku di dalam usaha penambahbaikan mutu dan hasil kerja Zon Selatan.

MAJLIS BERBUKA PUASA ZON SELATAN


Alhamdulilah bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana satu majlis yang amat bermakna dan bererti buat seluruh warga HPA Zon Selatan yang terdiri daripada kakitangan Pejabat Pentadbiran dan staf cawangan seluruh Zon Selatan juga para PJS-PJS dan pemimpin yang tanpa jemu menyumbangkan bakti dan pemikiran bagi memastikan masyarakat senantiasa peka dan mengetahui akan kepentingan memilih sumber rezki yang baik,bersih dan halal.

Bersabda Nabi S.A.W :

Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun.
(HR. Tirmidzi)

Majlis berbuka puasa bersama PJS dan Ahli HPA Zon Selatan yang telah di hadiri para PJS dan pemimpin dari seluruh Zon Selatan dan ahli-ahli HPA yang senantiasa memberikan komitmen yang padu di dalam mana-mana program berkaitan HPA.Di antara PJS yang hadir adalah PJS Mohd Shafei Bin Tasiron bersama isteri PJS Rosjulila Bt Husin,PJS Evi Shoraiya Bt Riduan dan PJS Roslina Bt Hashim dan pemimpin-pemimpin lainya.

Majlis bermula pada jam 6.50 petang dengan ketibaan para PJS dan pemimpin beserta ahli yang mula memenuhi dewan jamuan.Hadirin telah dijamu dengan Nasi Beriyani Gam, daging kambing beriyani dan ayam masak merah dan beberapa sedikit juadah ringan yang lain.

Setelah selesai menjamu selera dan juadah kesemua hadirin menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di Dewan Nuruddin Fahmiey yang di imamkan oleh Ust Noor Ashid Bin Hj Sakib.Beliau yang juga merupakan pemimpin dan agen stok yang amat bergiat aktif terutamanya di HPA Cawangan Simpang Renggam dan di daerah-daerah lain di sekitar Negeri Johor.

Beliau juga turut menyampaikan tazkirah Ramadhan bagi memenuhi ruang waktu di saki baki 10 Ramadhan yang terakhir.Tazkirah beliau banyak menyentuh akan keperibadian dan keikhlasan dalam menunaikan ibadah puasa.Merebut ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada para hamba-hambanya.

Menunaikan solat sunat Terawih secara berjemaah yang turut di imamkan oleh Ust Noor Ashid Bin Hj Sakib dan Ust Mohd Razif Bin Daud (Eksekutif Cawangan Rengit) pula merupakan Bilal di sepanjang solat sunat terawih tersebut berjalan.

Majlis juga turut di serikan lagi dengan ucapan khas dari Bahagian Pentadbiran Zon Selatan yang telah disampaikan oleh Pen.Pengurus Besar Zon Selatan Pn Zaimah Bt Ismail.Ucapan yang banyak menyentuh segala program terkini yang berada di bawah Pentadbiran Zon Selatan,antaranya ialah pembukaan dan perasmian RFC Kluang yang dijangka akan beroperasi pada pertengahan bulan Oktober nanti.

Begitu juga pembukaan RCH yang di jadualkan beroperasi pada penghujung bulan Oktober dan beberapa kilang lagi yang akan di bina seperti Kilang Kola,kilang kopi dan Radix Bakery House.Pentadbiran juga kini telah mengambil inisiatif bagi mengatasi kekurangan bekalan air berkarbonat di seluruh cawangan dengan penambahan pengeluaran melalui kilang sementara yang kini beroperasi setiap hari di Masai.

Majlis yang di akhiri dengan penyampaian saguhati kepada Ust Noor Ashid Bin Hj Sakib selaku Imam jemputan yang telah disampaikan oleh PJS Mohd Shafie Bin Tasiron sambil diiringi oleh Pegawai Operasi Cawangan Zon Selatan En Mohammad Yunus Bin Abd Rasid.

Sehubungan dengan itu Pejabat Pentadbiran Zon Selatan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua pihak yang bertungkus lumus di dalam menjayakan Majlis Berbuka Puasa ini.Bahagian pentadbiran juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

DILULUSKAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN

Pihak KKLIU tidak membenarkan perkataan ini di guna pakai dalam label semua produk herba. Oleh sebab itu pihak HPA telah meletakan stiker di atas tulisan tersebut namun begitu nombor MAL…… sudah memadai menunjukan herba tersebut telah didaftarkan di Kementerian Kesihatan.

Label baru yang akan dikeluarkan perkataan ini tidak akan di tulis lagi bagi mengelakan kekeliruan antara ahli HPA.InsyaAllah.

Dipetik dari blog: http://jawiherbshop.blogspot.com

PIC JAKARTA 3 - 4 OKTOBER 2009

Buat pertama kali PIC dijakarta akan diadakan di ITHPA Indonesia bertempat di Pulau Mas Jakarta Pusat pada 3 dan 4 oktober nanti. Mereka yang berminat boleh mendaftar segera dengan pehak ITHPA dengan menghubungi kantor AWMIT Indonesia. PIC ini juga diadakan serentak dengan perasmian Institud Teknologi HPA dan 3 buah homestay yang disiapkan untuk keperluan anggota .

Disamping itu PIC kali ini dibuat antara peserta Malaysia dan Indonesia dimana peserta Malaysia yang berminat untuk mengikuti program hanya perlu menyediakan tiket penerbangan pergi balik ,makan dan tambahan pengurusan RM200.00 (ditanggung tempat tinggal,jemput di Bandara,lawatan ke AWMIT, Cawangan -cawangan HPA ,pusat perawatan ahli-ahli HPA).Manakala aktiviti lain adalah tangungan sendiri dan pakej ini hanya untuk kunjungan 5 hari sahaja iaitu 3 hari acara resmi dan 2 hari acara bebas.

Pakej ini hanya dibuka untuk 10 pemohonan terawal daftar segera di http://hpa.com.my/ithpa/daftar_pic.php. Atau Mereka yang berminat boleh memohon kepada pengurus HPA Indonesia (En Ghani - 013 5139717) atau Pengurus Antarabangsa(Ust Samad - 0194340717) dengan membuat bayaran segera.

TABUNG GEMPA BUMI

Tabung ini dibuka terus di cawangan-cawangan HPA sehingga akhir syawal bagi membantu pembinaan 3 buah masjid yang telah roboh dan rosak akibat gempabumi di Pergalengan Bandung Indonesia.

Bagi mereka yang telah menyumbang ,jutaan terima kasih atas sumbangan tersebut dan jumlah sumbangan masakini sudah melebihi RM20,000 dan kita memerlukan hanya RM 110 ,000 sahaja lagi. Pembinaan semula Masjid akan bermula lepas lebaran dan semoga Allah memberikan pada kita semua sebuah peniagaan yang tidak ada ruginya. Amin.

Derma Online : http://hpa.com.my/gempa

Monday, September 14, 2009

KELAB KEMBARA HPA

HPA telah mewujudkan Kelab Kembara HPA dengan aktiviti-aktiviti kembara dengan hutan, sungai, danau di seluruh negara yang akan diatur dari semasa ke semasa.

Jika berminat borang ada di http://hpa.com.my/kembara

Saturday, September 12, 2009

AL FATIHA

AL FATIHA...

Pejabat Pentadbiran Zon Selatan ingin mengucapkan salam takziah kepada Eksekutif Cawangan Muar 1, MOHD SHAZZALIE BIN MOHD ROSZALAN di atas pemergian bapa saudara beliau pada tengahari semalam akibat nahas pesawat Pilatus PC7 MK-II sepertimana yang telah terpapar di akhbar perdana hari ini.

Sehubungan dengan itu salam takziah dari Pejabat Pentadbiran Zon Selatan.Semoga Allah S.W.T merahmati dan mencucuri rohnya dan menempatkannya bersama-sama para mukminin yang soleh dan beriman.

Al-Fatiha.....

TAZKIRAH USAHAWAN HERBALIS

Ramai yang tahu tetapi sedikit yang mengambil pengajaran dari pengetahuanya itu. Bahawa semua rezeki itu datang dari Allah dalam apa jua bentuk dan apa jua cara.

Maksud firman Allah swt :

“ Setiap kali Zakaria masuk menemuinya di mihrab (kamar khusus ibadat),dia mendapati makanan di sisinya(Maryam),Dia berkata “Wahai Maryam!dari mana ini engkau peroleh?” Dia (Maryam) menjawab “itu dari Allah.”Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki tanpa perhitungan. (Ali Imran : 37)

Kefahaman 1.

“Jagalah Allah nanti Allah akan menjagamu”.

Sebagai seorang ahli peniagaan yang mencari untung dua dunia maka seluruh aktiviti ekonomi itu perlu melepasi hambatan-hambatan walaupun ia menjanjikan keuntungan yang lebih. Andaikata di longgokan bukit emas dihadapan mata namun hati sama sekali tidak akan menerimanya jika ia diberi dengan jalan pendurhakaan kepada Allah swt.

Kefahaman 2.

“Jika pintu rezeki yang terbuka dihadapan kita selama ini tidak halal maka tutuplah segera dan carilah dari pintu yang lain.”

Jika kita berniaga pastikan peniagaan itu halal dan membawa kepada pengampunan Allah. Jalan peniagaan yang tiada khianat dan barang peniagaan yang halal lagi baik. Dari sinilah bermulanya keberkatan dan keuntungan .Jika kita tidak yakin dengan jalan ini bererti imannya selama ini mengalami kecacatan kerana ia menafikan sifat “kaya” Allah swt dan dalam iktiqadnya ujudnya was-was tentang ketuhanan.

Kefahaman 3

“Tauhid itu mengakui keesaan Allah dalam semua perkara.”

Tauhid wajib bersifat jazam iaitu 100% dan tauhid 99.99% itu batal dan tertolak.Ini bermakna boleh jadi dunia kini dipenuhi dengan jutaan muslim pada nama tetapi tauhidnya tertolak. Mereka menjadi penentang kepada ugama mereka sendiri lantaran kejahilan tentang tauhid yang sebenarnya. Rezeki itu dari Allah dan kembalikan haq Allah tanpa sebarang keraguan.

(http://jawimedherb.blogspot.com)


Friday, September 11, 2009

PRODUK BARU YANG AKAN BERADA DI PASARAN

Assalamualaikum Warahmatullah

Kepada : SELURUH CAWANGAN ZON SELATAN

Perkara : PRODUK BARU

Sila klik untuk paparan lebih jelas

Thursday, September 10, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA ZON SELATAN

MAJLIS BERBUKA PUASA
BERSAMA
PJS DAN AHLI HPA ZON SELATAN


Adalah dengan segala hormatnya Pejabat Pentadbiran Zon Selatan akan mengadakan satu Majlis Berbuka Puasa sepertimana berikut :
  • TARIKH : 14 September 2009
  • HARI : ISNIN
  • MASA : 6.45 Petang-10.15 Malam
  • TEMPAT : Dewan Nuruddin Fahmiey Kluang
Sehubungan dengan itu Pentadbiran Zon Selatan amat mengalu-alukan kehadiran para PJS dan ahli HPA Zon Selatan untuk memeriahkan majlis yang akan berlangsung itu nanti. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Bahagian Latihan dan Promosi Zon Selatan sdr Mohd Sahril Bin Hj Surib.

"PRODUK HALAL TANGUNGGJAWAB BERSAMA"

Sekian,

Pentadbiran Zon Selatan


KOPI RADIX DI MAKKAH

Pintu masuk ke Safwah Tower dari Gate 1 Masjidil Haraam. De'Saji Restoren berada di tingkat 2

InsyaAllah mulai 24 Ogos 2009 para tetamu Allah boleh membuat pesanan 'mai secawan' Kopi Radix di Makkah. Restoren yang terawal menyediakan Kopi Radix sebagai salah satu menu minumannya ialah Felda De'Saji Food Court. Beralamat di Tingkat 2, As Safwah Tower. Bertentangan dengan Gate 1 (King Abdul Aziz) Masjidil Haraam.

Tinjauan mendapati Kopi Radix mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat Malaysia yang mengerjakan umrah.


Diharap supaya maklumat ini dapat disebarkan kepada ahli yang bercadang dan bakal mengerjakan umrah.

sumber dipetik dari http://bizdevhpa.blogspot.com

BIHUN DAN LAKSA DEKAT KANDANG KHINZIR

Sudah sekian kali kita mendengar hal-hal bagini betapa kesucian produk yang mendapat kelulusan "Halal" di ragukan. Apa solusinya ? selagi kita tidak berani menjadi pengeluar selagi itulah masalah ini tak akan berakhir. Hendak jadi pengeluar pun bukannya mudah bukan soal modal sahaja tetapi bekalan bahan mentah,mesin dan pasaran cukup akan menyebabkan kita berada pada tahap lama . Jadi bagaimana jalan penyelesaianya?

Kena berjuang.......bersungguh-sungguh,tidak boleh main-main supaya HPA benar-benar menjadi pintu keluar pada permasalah ini. Syukur kita dah mula pasarkan mee kuning tapi tak banyak,masih baru ,kena bersabar seperti pemulaan pengeluaran ayam dan ais krim dahulu. Lama-lama akan memenuhi pasaran.

Bagitu juga Kilang Kola radix dah mula beroperasi di Johor sebagai kilang ke 2 HPA bagi keperluan hari raya. InsyaAllah.Kilang ais Krim di Ipoh juga sedang dalam pembesaran dimana penambahan mesin sedang dilakukan. Kilang aiskrim mendapat kelulusan "penal Syariah" sepenuhnya dan penal berpuashati dengan bahan-bahan yang digunakan.

(http://jawiherbshop.blogspot.com)

Wednesday, September 9, 2009

SOSEJ HPA


Keraguan untuk menikmati sosej kini bakal terubat. HPA telah mengambil alternatif terbaik di dalam memanfaatkan lagi Produk Ayam Organik. Dari Ayam Organik, maka lahirlah Sate Ayam Organik. Dan kini lahirlah pula Sosej Ayam Organik. Kepada penggemar sosej, inilah sosej yang halal dan suci. Selepas ini mungkin akan lahir daging burger ayam organik dan Nugget ayam organik.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 12
Sabah & Sarawak:

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 10
Sabah & Sarawak:

Nilai Mata (NM): 2

INSENTIF MENJELANG EIDULFITRI

Adalah dimaklumkan bahawa AL WAHIDA MARKETING SDN BHD akan mengadakan Insentif Sempena Aidilfitri berkuatkuasa mulai 1 September sehingga 30 September 2009. Tawaran ini terbuka kepada semua pengedar HPA seluruh Malaysia.

Syarat kelayakkan:
  1. Maintain minima 300 nilai mata sebulan akan mendapat 10% daripada nilai mata.
  2. Insentif akan dibayar dalam bentuk baucer ( Cek Dalaman).

Anda boleh gunakan baucer ini untuk mana-mana pembelian produk dan perkhidmatan HPA (RFC/RCH/ROC/El zahra/Radix Bakery).

RCH 3

Perasmian akan diadakan pada esok (9hb Sep 2009) bertempat di jalan Tandop Alor Setar.Ini menjadikan Rangkaian RCH juga bergerak pantas dengan RFC dan lokasi lebih banyak dikawasan utara bagi memudahkan pembekalan bahan mentah dibuat.

Namun bagitu dalam sebulan dua lagi RFC dan RCH akan berada bagi kawasan tengah,selatan dan pantai Timur. Ahli-ahli yang berada berdekatan dengan Pasar Besar tandop dijemput untuk majlis tersebut disamping boleh dijadikan tempat untuk berbuka puasa bersama keluarga.Tahniah kepada Team RCH.

Sunday, September 6, 2009

BANTUAN AMAL HPA - KE CIANJUR

Bantuan kemanusiaan untuk tragedi gempa bumi di Indonesia mulai hari ini dibuka diseluruh cawangan HPA Malaysia . PJS Malaysia atau ahli -ahli yang berkemampuan yang ingin bersama Pengarah Urusan kesana boleh menghubungi pejabat Pengarah (Suhairi - 013 4239717) secepat mungkin. Pengurus-pengurus Zon akan pastikan tabung-tabung dibuka di setiap cawangan dibawah kendalian mereka dan bantuan ini akan di serahkan segera kepada ahli-ahli HPA dan penduduk yang terlibat disana. InsyaAllah.

*Semua cawangan2 Zon Selatan diminta menyediakan TABUNG AMAL ini dibuka hari ini dan Melaporkan hasil kutipan kepada saya setiap hari.
Terima Kasih.

Friday, September 4, 2009

PENUBUHAN ANAK SYARIKAT BARU HPA -MUTIARA HIKMAH SDN BHD


Secara rasminya Mutiara Hikmah Sdn.Bhd telah ditubuhkan pada hari Jumaat, 21 Ogos 2009 jam 12.00 tengahari di Dewan Organic Recipe. Mutiara Hikmah Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat HPA Industries Sdn.Bhd. Jabatan yang terlibat dibawah pentadbiran Mutiara Hikmah Sdn.Bhd ini ialah HPA Training & Multimedia, Kedai Buku (HPA Islamik Book Store), Kedai Komputer (HPA Multimedia,Sales and Service), Promosi dan Jualan, Perhubungan Luar dan Lawatan, ITHPA dan Kumpulan TaQwA.

Dengan ucapan Bismillahirrahmanirrahim pengurusan Mutiara Hikmah Sdn. Bhd. memulakan pentadbirannya sendiri. Semoga dengan lafaz kalimah mulia ini Syarikat Mutiara Hikmah Sdn.Bhd. dirahmati dan diberkati oleh Allah s.w.t serta dapat meneruskan operasinya dengan cemerlang dan terus berjaya InsyaAllah.

KEMUDAHAN PINJAMAN JUAL BELI KOWAHIDA

Dengan segala hormatnya Ko Wahida menawarkan kepada para pengedar yang berkelayakan bagi kemudahan pinjaman jual beli produk HPA berasaskan islam (murabahhah) kepada para PJS dan juga mereka yang mencapai bonus minima RM 1500 selama 3 bulan berturut-turut. Bagi mereka yang bukan PJS boleh mendapatkan jaminan dari PJS.

Insyallah keterangan lanjut akan dikeluarkan oleh pihak Koperasi dalam waktu terdekat.

(http://gmalwahida.blogspot.com)

RFC SG PETANI DAN SHAH ALAM

Pihak RFC Sdn Bhd bersetuju untuk menyewa ruangan kedai di Sungai Petani dan Shah Alam dengan Koperasi Wahida HPA bagi diujudkan peniagaan kedai makan segera (RFC). Dengan ini kita mengharapkan koperasi boleh menyediakan lebih banyak ruangan kedai bagi tujuan seperti diatas.

Pihak RFC juga akan mencari lebih banyak tempat borpotensi bagi memperbesarkan lagi peniagaan ini. Target tahun 2009 ,RFC memiliki lebih dari 20 buah cawangan diseluruh Malaysia. InsyaAllah. Pada masa kini terdapat 3 buah RFC iaitu 2 di Sungai Petani dan 1 buah di Alor setar. RFC di Melaka,Perlis dan Kluang dijangka siap dalam bulan ini atau awal bulan hadapan. InsyaAllah.

(http://jawiherbshop.blogspot.com/)

Thursday, September 3, 2009

TAKLIMAT ITHPA

TAKLIMAT ITHPA KALI ke 3

Taklimat ITHPA kali ketiga akan diadakan seperti butiran berikut :


Tarikh : 8/9/2009 ( Selasa )

Tempat : Di dewan HPA Cawangan Sungai Petani

Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengahari

(Tertakluk mengikut perubahan semasa)

SIJIL HERBALIS 17

SIJIL HERBALIS 17

Tarikh : 11 Oktober - 31 Oktober 2009

Yuran : RM2500.00,

Tempat : Bandar HPA Sungai Petani

Buat Bayaran Sekarang
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

Nama : Ismail Bin Ahmad (Pengarah Urusan HPA) - No A/C: 02020010052950


Tel : +6 04-4419094 / 0196330727 Fax : +6 04-4419254

((BORANG PENYERTAAN SIJIL HERBALIS 17))


INFO KOWAHIDA

Assalamualaikum Warahmatullah

KEPADA: SELURUH PEMEGANG SAHAM KOPERASI HPA(KO WAHIDA)

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah swt, Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM) dengan resminya meluluskan permohonan Ko Wahida untuk melakukan pembayaran dividen 14% kepada seluruh pemegang saham berakhir Jun 2008.

Sehubungan dengan itu, pihak Koperasi akan menghantar surat penyata saham dan dividen kepada pemegang saham dan akan sampai selewatnya hujung bulan ini. Para pemegang saham yang menerima surat tersebut dikehendaki menjawab surat tersebut bagi menyatakan hasrat untuk menebus dividen atau melabur kembali sebagai saham.

Sebarang pertanyaan sila hubungi HQ koperasi di no tel 04-9773813/049773814 atau email ke copwahida@gmail.com atau kowahida@yahoo.com.

" MARI MELABUR DAN TERUS MELABUR KE KO WAHIDA "

(http://gmalwahida.blogspot.com)

Tuesday, September 1, 2009

FORMAT LAPORAN JUALAN MELALUI SMS

Assalamualaikum,Kepada semua Eksekutif sila ambil perhatian :

Contoh Format SMS :

Caw Nilai
Jualan JULAI 09: RM 10,000.00
Jualan OGOS 09: RM 15,000.50
Peningkatan: RM 5,000.50

Sila ikut format ringkas di atas dan hantar kpd Pengurus Zon dan PU.
terima kasih.