Monday, August 31, 2009

STOK AYAM SUDAH ADA DI GUDANG KLUANG

Salam,

Untuk pengetahuan semua cawangan-cawangan Zon Selatan, Coldroom Ayam di Gudang kita sudah mulai dipenuhkan. Tiada alasan lagi stok ayam akan kehabisan di cawangan-cawangan. Semua staf sila pantau ketersediaan stok ayam di cawangan anda jangan sampai kehabisan.

Sebarang laporan kerosakan atau kehabisan stok boleh terus kepada saya dan juga kepada pegawai operasi En.Yunus.

Terima kasih.

Sunday, August 30, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA PJS MALAYSIA

Salam Dengan segala hormatnya pihak pengurusan menjemput para PJS Malaysia bersama Pengarah Urusan & Pengurusan untuk hadir ke majlis berbuka puasa pada :

1. Lokasi : Gudang HQ Tunjang, Kedah
2. Tarikh : 2hb Sept 2009 (rabu)

Sila maklumkan kehadiran tuan-puan kepada En Kamal Ismail (Marketing)
Sekian Wasallam.

Saturday, August 29, 2009

KOPI STAF

Assalamualaikum Warahmatullah

Kepada : SELURUH CAWANGAN ZON SELATAN

Perkara : KOPI STAF

Merujuk perkara di atas .

Selepas meneliti Laporan Stok dan Laporan Pembayaran kopi staf ,didapati stok kopi staf di cawangan dapat dipantau oleh pihak J.A.D.Dengan ini diputuskan bahawa kopi staf dibenarkan beli secara tunai dan potongan gaji berkuatkuasa dari tarikh memo ini dikeluarkan.

Setiap cawangan perlu ada stok kopi staf tidak kurang dari 10 unit dalam satu-satu masa.

Sebarang penggunaan untuk mesyuarat,kelas malam,kelas mingguan dan lain-lain hanya boleh menggunakan produk kopi staf sahaja (tidak dibenarkan menggunakan kopi kecil, kopi jumbo dan kopi papan).

Kerjasama dari pihak di cawangan-cawangan amat diharapkan bagi melancarkan lagi proses pengurusan di Jabatan Audit Dalaman (J.A.D)

Sekian,harap maklum.

KAD VIP HPA

Khamis 20 Ogos, satu sejarah baru bagi HPA apabila kiosk pertama di hotel dapat dibuka dengan rasminya di ruang legar Hotel De Palma Ampang. Majlis perasmian yang dihadiri lebih 150 orang di dewan utama hotel tersebut telah dirasmikan oleh Pengurus Besar AWM En. Mohamad Faisol Abdul Rahman.

Hotel De Palma Ampang mengambil langkah terkehadapan daripada hotel-hotel yang lain bagi mengwujudkan sebuah hotel yang mengamalkan syariah. Kita tidak perlu risau untuk duduk menikmati makanan di kedua restorannya kerana kesemua produk disediakan telah dipastikan halal.

HPA juga mengucapkan terima kasih atas kepercayaan pihak hotel membenarkan pembukaan kiosk produk halal HPA di lobby. HPA juga menawarkan agar pihak hotel mendapatkan sumber halal daripada HPA seperti penggunaan ayam organik dan lain-lain produk HPA yang sangat sesuai bagi melengkapkan tujuan murni hotel De Palma Ampang.


KEISTIMEWAAN KAD VIP HPA

Pemegang kad layak berbelanja di setiap anak syarikat HPA terpilih tanpa mengeluarkan wang tunai

  • Pemegang kad diberi layanan VIP
  • Pemegang kad berpeluang mendapat diskaun 5%.
  • Kaedah bayaran melalui potongan bonus bulanan
  • Pengedar layak mendapat bonus melalui nilai mata seperti biasa dengan setiap perbelanjaan menggunakan HPA VIP CARD.

Kad VIP HPA diperkenalkan untuk keselesaan berbelanja di semua anak syarikat HPA tanpa menggunakan tunai. Antara anak syarikat HPA berikut menerima HPA VIP CARD:-

  • RADIX FRIED CHICKEN SDN BHD
  • RADIX ORIENTAL CUISINE
  • RADIX CHICKEN HOUSE
  • RADIX BAKERY HOUSE
  • EL ZAHRAA HOTEL
  • JAWI HOMESTAY
  • PUSAT PERABUT PJS
  • TOHARAH DOBI
  • HPA ILHAM HOLIDAY
  • HPA MULTIMEDIA SALES & SERVICES
  • JAWI HERB SHOP
  • HPA COLLECTION
  • HPA ORGANICS
  • MUTIARA HIKMAH (KEDAI BUKU & STATIONARY)

KOPERASI TERBAIK NEGERI PERLIS

BIL

NAMA

TURNOVER

1

KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD

9,218,831

2

KOPERASI GULA PERLIS BERHAD

7,388,112

3

KOPERASI PESERTA-PESERTA RANCANGAN FELCRA LUBUK SIREH PERLIS BERHAD

3,353,962

4

KOPERASI ANGGOTA KERAJAAN & SWASTA NEGERI PERLIS BERHAD

2,791,517

5

KOPERASI KAKITANGAN KESIHATAN PERLIS BERHAD

2,648,850

6

KOPERASI PEKEBUN KECIL NEGERI PERLIS BERHAD

1,830,429

7

KOPERASI GURU-GURU MELAYU PERLIS BERHAD

1,420,965

8

KOPERASI KUMPULAN CIMA PERLIS BERHAD

1,355,762

9

KOPERASI PEKEBUN KECIL MUKIM TITI TINGGI NEGERI PERLIS BERHAD

1,162,083

10

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI PERLIS BERHAD

1,131,333

11

KOPERASI PERMODALAN GURU-GURU MELAYU PERLIS BERHAD

878,180

12

KOPERASI PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI PERLIS BEHRAD

876,230

13

KOPERASI PEMBANGUNAN KAMPUNG & LUAR BANDAR TITI TINGGI PERLIS BERHAD

826,277

14

KOPERASI FELDA CHUPING PERLIS BERHAD

536,863

15

KOPERASI KEMAJUAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS BERHAD

531,343

16

KOPERASI PESERTA-PESERTA RANCANGAN FELCRA HULU PAUH PERLIS BERHAD

310,424

17

KOPERASI MAKTAB RENDAH SAINS MARA PERLIS BERHAD

273,610

18

KOPERASI POLITEKNIK PERLIS BERHAD

271,335

19

KOPERASI BAKTI MURNI PERLIS BERHAD

258.518

20

KOPERASI MAKTAB PERGURUAN PERLIS BERHAD

233,897

Koperasi Wahida HPA Berhad telah didaftarkan dengan nombor pendaftaran R-6-0086 (Ruj:JPK.Ps.04/2/87) pada 13hb Nov,2006. Diantara tujuan penubuhannya adalah sebagai pembekal bahan mentah utama kepada HPA Ind. Sdn Bhd dalam menjalankan operasinya sebagai sebuah syarikat pengeluar produk suci lagi halal. Koperasi juga adalah sebagai wadah untuk HPA Ind. Sdn Bhd menyalurkan keuntungan yang diperolehinya kepada pelabur yang terdiri daripada pengedar bertauliah kepada Al Wahida Marketing. Sdn Bhd.

Kepada semua ahli HPA yang berminat untuk menjadi ahli dan pelabur Koperasi HPA, sila daftar di mana-mana cawangan HPA seluruh Malaysia atau Pejabat Koperasi HPA Berhad di Kangar, Perlis.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan Koperasi Wahida HPA Berhad,

Sila hubungi:

Tel:04-9773813/14 (pej);
Fax:04-9773812; atau
Emel kpd kowahida@yahoo.com

Friday, August 28, 2009

PENGGUNAAN KOPI STAF UNTUK KELAS MINGGUAN

Assalamualaikum Warahmatullah

Kepada: Seluruh Cawangan Zon Selatan

Perkara: PENGGUNAAN KOPI STAF UNTUK KELAS MINGGUAN

Merujuk perkara di atas.

Mulai memo ini dikeluarkan setiap cawangan yang mengadakan kelas mingguan mahupun kelas malam dikehendaki menggunakan ' KOPI STAF ' bagi menggantikan ' KOPI MLM '.

Sehubungan dengan itu sebarang penggunaan 'KOPI STAF' bagi tujuan kelas malam atau mingguan perlulah mengisi 'borang penggunaan' dan diisikan pada ' Laporan Kit Niaga ' dalam ruangan ' lain-lain'.

Sebarang pertanyaan dan permasalahan sila hubungi Pegawai Audit Zon Selatan, En Azuansyah Bin Noraidi.Segala kerjasama dari cawangan-cawangan amatlah dialu-alukan.

Jazakumullahu Khairan Jaza,

AZUANSYAH BIN NORAIDI
PEGAWAI AUDIT
PEJABAT PENTADBIRAN ZON SELATAN

Thursday, August 27, 2009

FORMAT LAPORAN JUALAN MELALUI SMS

Assalamualaikum Warahmatullah

Kepada : Seluruh Cawangan Zon Selatan

Perkara : FORMAT LAPORAN JUALAN MELALUI KHIDMAT PESANAN RINGKAS (SMS)

Merujuk kepada perkara di atas.

1) Adalah dimaklumkan kepada semua Pengurus Cawangan HPA Zon Selatan yang menghantar laporan jualan bulanan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada Pengarah Urusan agar menggunakan format yang telah di tetapkan seperti berikut :

(Nama Cawangan)

Jualan (Bulan Lepas)
( RM xxx.xxx.xx)

Jualan ( Bulan Semasa )
( RM xxx.xxx.xx )

Peningkatan/Penurunan
(RM xxx.xxx.xx)

CONTOH SMS 1

Caw Nilai
Jualan JAN 09:
RM 10 000

Jualan FEB 09:
RM 15 000.50

Peningkatan:
RM 5 000.50

CONTOH SMS 2

Caw Nilai
Jualan JAN 09:
RM 100 000.00

Jualan FEB 09:
RM 90 000.00

Penurunan:
RM 10 000.00

Sehubungan dengan itu kerjasama dari seluruh Eksekutif Cawangan amatlah di harapkan.Sebarang permasalahan boleh berhubung dengan Pegawai Audit Zon Selatan, En Azuansyah Bin Noraidi.

Jazakumullahu Khairan Jaza,

Yang Benar,

En Azuansyah Bin Noraidi
Pegawai Audit
Pejabat Pentadbiran Zon Selatan

Monday, August 24, 2009

TUNTUTAN HADIAH ANUGERAH KONVEK' 09


Sila klik untuk paparan lebih jelas

MAJLIS BERBUKA PUASA PJS MALAYSIA

Salam

Dengan segala hormatnya pihak pengurusan menjemput para PJS Malaysia berasama Pengarah Urusan & Pengurusan untuk hadir ke majlis berbuka puasa pada seperti berikut;

1. Lokasi: Gudang HQ Tunjang, Kedah
2. Tarikh: 2 hb Sept 2009 (Rabu)

Sila maklumkan kehadiran tuan-puan ke En Kamal Ismail (Marketing.
Sekian Wasallam

(http://gmalwahida.blogspot.com)

Friday, August 21, 2009

WAKTU OPERASI CAWANGAN BULAN RAMADHAN

Kepada: SEMUA STAF CAWANGAN

Perkara: WAKTU KERJA BULAN RAMADHAN

Merujuk kepada perkara di atas.

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini,waktu kerja akan dipinda untuk membolehkan semua staf pulang lebih awal daripada biasa.Walau bagaimanapun, jumlah jam bekerja adalah sama.Berikut adalah jadual bekerja bagi bulan Ramadhan :

  • SHIF PERTAMA
    8.00 PAGI-4.00 PETANG
  • SHIF KEDUA
    9.30 PAGI- 5.30 PETANG
Adalah diharapkan semua staf dapat memberikan kerjasama di dalam mematuhi arahan dan pekeliling semasa yang diberikan.Pihak Pengurusan mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Menunaikan Ibadah di bulan Ramadhan kepada semua staf.

Sekian, terima kasih.

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

Yang Benar,

NORHUSNI BT OMAR
PENGURUS SUMBER MANUSIA/PENTADBIRAN

WAKTU OPERASI CAWANGAN 21 OGOS 2009

Kepada: SEMUA STAF CAWANGAN

Perkara: WAKTU OPERASI CAWANGAN PADA 21 OGOS 2009

Merujuk kepada perkara di atas.

Sempena ketibaan 1 Ramadhan 1430 Hijrah,Pengarah Urusan Tn Hj Ismail Bin Hj Ahmad,telah memberi kelulusan kepada semua cawangan beroperasi pada jam 9.00 pagi hingga 7.00 petang (1 shif) pada 21 Ogos 2009.Hal ini adalah memudahkan staf di cawangan menunai solat sunat Tarawih.

Adalah diharapkan semua staf dapat memberi kerjasama di dalam mematuhi arahan dan pekeliling semasa yang diberikan.Pihak Pengurusan ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa di bulan yang penuh barkah ini.

Jazakumullahu Khairan Jaza,

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

Zaimah Bt Ismail
Pen.Pengurus Besar
Pentadbiran HPA Zon Selatan

Wednesday, August 19, 2009

B.I.C SIRI 2

Assalamualaikum Warahmatullah

Kepada: Kakitangan Cawangan Yang Terlibat

Perkara: Bengkel Interpretasi Cawangan (BIC) Siri 2

Merujuk kepada perkara di atas.

Berikut adalah senarai nama bagi kakitangan cawangan yang terlibat:

  1. ABDUL RASHID BIN MANSOR (CAWANGAN JOHOR BAHRU)
  2. MARYAM NORATIKAH BT HARUN (CAWANGAN MUAR 1)
  3. SALINA BT MD SAUFI (CAWANGAN PARIT RAJA)
  4. HAZLINIZAH BT HAMZAH (CAWANGAN TANGKAK)
  5. RIDHUAN BIN ABDULLAH (CAWANGAN BATU PAHAT)
Kesemua nama yang tersenarai di atas dikehendaki hadir mengikut butiran berikut:

Tarikh : 21 Ogos 2009

Tempat : BILIK MESYUARAT PENTADBIRAN ZON SELATAN

Masa : 10.00 Pagi-12.30 tghri

Segala kerjasama dari semua pihak amatlah di harapkan agar program tersebut dapat berjalan dengan lancar.

Jazakumullahu Khairan Jaza,

Bahagian Latihan Dan Promosi
Pentadbiran Zon Selatan

CAWANGAN: PRINT DAN TAMPAL

Assalamualaikum Warahmatullah..

Kepada: Seluruh cawangan Zon Selatan

Perkara: CETAK DAN TAMPAL DI PINTU MASUK CAWANGAN
SILA KLIK UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS

(Petikan dari:http://gmalwahida.blogspot.com)

Tuesday, August 18, 2009

AMARAN TERAKHIR

Assalamualaikum Warahmatullah

Kepada: SELURUH CAWANGAN ZON SELATAN

Perkara: PEMBELIAN ATAS NAMA AGEN STOK

Merujuk kepada perkara di atas.

Bahagian Pentadbiran masih lagi mendapati berlakunya pembelian menggunakan atas nama agen stok.Biarpun memo larangan dan tegahan telah dikeluarkan berulang kali namun ianya gagal dipatuhi.

Sehubungan dengan itu tindakan keras dengan menamatkan perkhidmatan akan di ambil kepada mana-mana staf yang didapati terlibat dalam urusan jual beli tersebut.

Sila laporkan juga kepada pihak Zon jika ada mana-mana individu yang tetap berkeras untuk melakukan pembelian atas nama agen stok.

Sebarang permasalahan dan pertanyaan boleh diajukan kepada bahagian pentadbiran.Segala kerjasama dari semua pihak amatlah diharapkan.

Jazakumullahu Khairan Jaza,

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"


Monday, August 17, 2009

PELANCARAN KAD VIP DAN PERASMIAN KIOSK DE PALMA

SALAM SEMUA SEKALI UNTUK PERHATIAN DI JEMPUT HADIR KE PROGRAM SEPERTI BERIKUT

TARIKH: 20HB AUG 2009
JAM: 2.00PM HINGGA 7.00 PM
LOKASI: DE PALMA AMPANG

TENTATIF LENGKAP

2.30 - 3.00 PETANG : PENDAFTARAN
3.00 - 4.30 PETANG : SEMINAR OLEH TUAN PENGARAH URUSAN
4.30 - 5.00 PETANG : SOLAT ASAR
5.30 - 7.00 PETANG : PELANCARAN KADI VIP DAN PERASMIAN KIOSK

SEMUA PJS, WARGA HPA SILA HADIR MEMENUHI DE PALMA AMPANG

WABAK H1N1

Jangan lupa IMT" dos yang diambil perlu tinggi . Kalau 2 kapsul perlu diambil selang/jarak 2 jam. Habiskan satu botol dalam masa 2 hari dan jika diambil selang/jarak 4 jam perlu 4 kapsul sekali pengambilan.

Anak-anak kecil dibuka 1 kapsul digoncang dan cairkan larutan dalam air masak diberi minum dalam keadaan kurangkan pahitnya. beri minum terus hingga sembuh. Kita percaya dengan kaedah kita. Demam ini akan memperkenalkan pengubatan Jawi sebagai satu pilihan. InsyaAllah.

(Petikan dari:http://jawiherbshop.blogspot.com/)

CAWANGAN BARU ZON SELATAN

Walaupun ekonomi dunia merudum tetapi peniagaan produk halal menjadi pilihan masakini. Zon Selatan juga merancang pembukaan 10 lagi cawanganya dalam tempoh sebulan dari sekarang iaitu :
  • 1. Senawang
  • 2. Kuala Pilah
  • 3. Tampin
  • 4. Jasin
  • 5. Air Hitam
  • 6. Larkin
  • 7. Nusajaya
  • 8. Bandar Tenggara
  • 9. Yong Peng
  • 10. Ulu Tiram
Dengan penambahan ini jumlah cawangan di zon selatan akan berjumlah 32 cawangan. InsyaAllah. Tahniah juga kerana zon selatan menunjukan peningkatan jualan hampir sejuta ringgit. Kepada semua Ahli dan leader teruskan perjuangan dan luruskan niat.Amin.
(http://jawiherbshop.blogspot.com/)

Friday, August 14, 2009

SARDIN HPA

InsyaAllah tidak lama lagi kita akan mempunyai produk sardin dalam tin . Ini sebagai pilihan kepada umat Islam yang mahukan sardin yang halal dan dibuat oleh syarikat bumiputra. Hari ini status halal yang digunakan oleh HPA bergantung kepada kelulusan halal jakim. Saya menjangkakan hujung bulan ini dah boleh dipasarkan. InsyaAllah.Dengan ujudnya pengetingan sardin,ia akan membuka jalan bagi produk pengetingan yang lain. Amin.

Thursday, August 13, 2009

B.I.C

Assalamualaikum Warahmatullah

Kepada: SELURUH CAWANGAN ZON SELATAN

Perkara: BENGKEL INTERPRETASI CAWANGAN (B.I.C)

Merujuk kepada perkara di atas

Pejabat Pentadbiran Zon Selatan akan mengadakan satu Bengkel Interpretasi Cawangan (B.I.C).Tujuan bengkel tersebut di adakan adalah untuk memastikan keseluruhan staf di cawangan dapat menguasai dan memahami segala tugas di cawangan dengan baik.

Bengkel akan di adakan pada :
  • Tarikh: 15 Ogos 2009
  • Hari: Sabtu
  • Jam: 10 Pagi
  • Tempat: Dewan HPA Cawangan Kluang 2

Berikut adalah nama staf yang terlibat untuk bengkel tersebut :
  1. MOHD SHAZZALIE BIN MOHD ROSZALAN ( MUAR 1)
  2. SALINA BT MD SAUFI ( PARIT RAJA )
  3. SITI ZUBAIDAH BT MOHD FAZIR ( KLUANG 1)
  4. IZHARI BIN ISMAIL (KLUANG 2)
  5. KHAIRUL AZHARIZAN BIN JAMIL (MUAR2)
  6. ROSMALINI BT MALIKI (SEMABOK)
Sehubungan dengan itu nama-nama yang telah di paparkan diminta ambil perhatian untuk tindakan bersama.Bahagian Latihan dan Promosi Selatan ingin mengajukan permohonan maaf di atas kelewatan menyiarkan hebahan ini.

Jazakumullahu Khairan Jaza,

Mohd Sahril Bin Haji Surib
Pegawai Latihan Dan Promosi Selatan

PRODUK BARU YANG AKAN BERADA DI PASARAN

Assalamualaikum Warahmatullah

Kepada: Gudang Zon,Cawangan Zon Selatan,Agen Stok,Pengedar,Pengguna.

Perkara: PRODUK BARU


SILA KLIK UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS

Sekian ,harap maklum.

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"




Tuesday, August 11, 2009

MAKLUMAN TERKINI

Assalamualaikum warahmatullah

Kepada: Semua Eksekutif Cawangan Zon Selatan

Perkara: ARAHAN SEMASA

Merujuk perkara di atas.

Kesemua Eksekutif Cawangan Zon Selatan perlu mematuhi arahan di bawah ini tanpa gagal.Seluruh Eksekutif Cawangan di kehendaki menghantar :-

EMAIL

1) Stok fizikal dan SAB setiap 7 hari (selewat-lewatnya 2 hari selepas tutup laporan) kepada :
  • JAD_LSF@yahoo.com
2)Laporan Pengurusan Kewangan setiap hari sebelum jam 12.00 tengahari:
  • audit_selatan@yahoo.com
3)Baki stok setiap hari :
  • operasicaw_zonselatan@yahoo.com

FAKS
  1. LAPORAN SEMAKAN STAF 15 hb tiap-tiap bulan.
  2. Jumlah Jualan dan Jualan Produk sebulan setiap bulan
  3. Jadual Tugasan untuk sebulan-Perubahan cuti Pengurus Cawangan sila maklumkan pada Pegawai Pentadbiran Zon Selatan.

SMS

1) Tuan Haji Ismail Bin Ahmad (hujung bulan)- 012 405 9717
  • Nama cawangan anda
  • Jualan bulan lepas
  • Jualan bulan terkini
  • Perbandingan harga (turun atau meningkat)
  • Nama eksekutif
2)Pn Zaimah Bt Ismail (hujung bulan)- 013 428 4717
  • Nama cawangan anda
  • Jualan bulan lepas
  • Jualan bulan terkini
  • Perbandingan harga (turun atau meningkat)
  • Nama eksekutif

Hantar laporan melalui POS ( 7 hari)
  • Jabatan Audit Dalaman (JAD HQ)
*MAKLUMAN TAMBAHAN
Butiran yang perlu dihantar kepada Pegawai Operasi Cawangan Zon Selatan:
  • Harian- Laporan Stok Fizikal (LSF)
  • Mingguan- Baki stok dan jumlah penjualan
  • Bulanan- Forecast
*Sila emailkan kepada Pegawai Operasi Cawangan En Muhammad Yunus Bin Abdul Rasid

Kerjasama dari kesemua eksekutif-eksekutif cawangan Zon Selatan amatlah digarapkan agar segala perjalan pengurusan kita berjalan lancar.

Jazakumullahu Khairan Jaza,

Pejabat Pentadbiran Zon Selatan

ALBUM NAZAM HPA

Dapatkan CD Kumpulan Nasyid HPA "TaQwa" kini dijual dengan harga
RM10.00
(hargapromosi).

Fax kan slip bayaran ke 04-4419254.

Letakkan Nama/ Alamat / No.Telefon / Slip BIMB bayaran kepada:

ISMAIL BIN AHMAD (PENGARAH URUSAN)
NO AKAUN: 026 200 1005 2950

Sila kepilkan di atas kertas A4
faxkan ke nombor : 04-441 9254

Sebarang pertanyaan sila hubungi
Tel : +604-4419094 / 0196330727 Fax : +6 04-4419254

Monday, August 10, 2009

MENGENGGAM HARAPAN UMMAH :BATCH 2

Berikut adalah batch ke dua
Tarikh: 17 & 18hb August 2009
Lokasi: Sungai Patani

NOREDA BT HAMID
MEOR JOHAIDI BIN HAMID
ROSHADAH BT ABDUL RAZAK
KHALID BIN ISKRI
ROSJULILA BT HUSIN
NORSHIDAH BT MOHD DAUD
SHAMSURI BIN MUAT
AHMAD AZAM BIN JAAFAR
ZAILEHAN BT AB MANAP
ABDUL YADI BIN MOHD SAID
SAFUAN BIN PAMIDI
AZIZAN BIN AHMAD
JAFFAR BIN ABDUL GHANI
MOHD RAMIZU BIN ABDULLAH @ ZAKARIA
NOOR HANI BT KONTING
EVI SHORAIYA BT RIDUAN YAMANI
JAMALUDDIN BIN HJ YEOP MAJLIS
RUGAYAH BT MOHD ZIN
JALALUDDIN BIN HJ YEOP MAJLIS
JAMALIAH BT OMAR
SIHAM BT MOHD HASHIM
ZAINI BT A BAKAR
HABSHAH BT HJ MOHD ARIFFIN
Z.AZNAN @ AHMAD BIN ADRINE
MOHD ZAMRI BIN BAKAR
ROMLI BIN HJ ABU BAKAR
ABDULLAH BIN ABDUL RAHIM
MASLIZAR BT MAT SEMAN
ANUAR BIN ABD LAIB @ ABDUL LATIB
JABURAH BT DOGION @ DAGLION
DESMIATI BT ZUBIR
SALIMI BIN ADNI
ASNAH BT PK MUSTAFA
NORAHINI BT HARUN
MOHD BOKHARI BIN SALEH
JAMALUDIN BIN JUSOH
SUGING BT ROBUYUT
SITI ABIDAH BT ABDUL RAHMAN
SAIFURAIN BIN ABDULLAH
AHMAD KAMAL BIN ALI
NAIMAH BT ISHAK
NOR HAIDA BT RAMELI
MUDZAFAR BIN ALIYASAK
JEFFRI BIN ARMANDO
ZAMRI BIN IBERAHIM
SITI NORWANDA BT MOHD YUSOFF
ABDULLAH BIN KADIR
NORIAH BT HUSSAIN
ZAMRI BIN HJ JUSOH
SYED SALAHUDDIN B SYED MAHAYADIN
MAZNAH BT DERANI

TAKLIMAT ITHPA DAN PELUANG KERJAYA SECARA TERBUKA


Taklimat ITHPA & Peluang Kerjaya secara terbuka (pengambilan kedua)

Tarikh: 12hb Ogos 2009

Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Omar Mukhtar,di atas RFC Sungai Petani, Kedah.

Temuduga: Secara Terbuka


Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada sesiapa yang berminat untuk berkhidmat di dalam HPA.Ini adalah kerana pengambilan staf-staf baru perlu melalui Kursus Asas Kerjaya ITHPA sahaja.Kursus ini akan berlangsung selama sebulan di Sungai Petani yang wajib diikuti oleh peserta. Hingga kini sebanyak 500 kekosongan yang perlu diisi.Sesiapa yang berminat boleh menghubungi 0194650155 (fahzan).
sumber dari ITHPA

Friday, August 7, 2009

RADIX BAKERY HOUSE

Radix Bakery House HPA yg terletak bersebelahan dengan Radix Oriental Cuisine (ROC) memulakan perniagaannya semalam selepas dirasmikan oleh Tuan Haji Ismail Ahmad.Radix Bakery House ini menggunakan produk-produk HPA seperti olive oil, madu, kismis, kopi radix, koko radix, jem nenas, jem roselle dalam pembuatan kek dan roti yang dijamin HALAL.

Disamping itu juga produk-produk Radix Bakery House ini mempunyai keunikan tersendiri kerana mengandungi herba-herba HPA. Diantara produk-produknya ialah cup cake, muffin, aising cake, pizza, cream puff, roti, butter cake, biskut dan lain-lain.

Diantara sebab-sebab yang membuatkan HPA mahu menubuhkan kedai kek nya sendiri ialah untuk menyahut seruan daripada JAKIM dan PPIM yang mengatakan bahawa lebih daripada 80% kek yang dijual dipasaran sekarang menggunakan berus yang mengandungi bahan haram.

Penggunaan jeli dan gelatin juga keju yang berleluasa dalam pembuatan kek ini juga antara faktor-faktornya. Alhamdullillah,keju yang digunakan dalam produk Radix Bakery House ini adalah diperbuat daripada minyak kelapa sawit seperti yang dimaklumkan oleh Tuan Haji semasa perasmian semalam.


Penggunaan mentega dan pewarna juga membimbangkan kita. Tetapi HPA tetap mencuba mencari altenatif lain yang dapat menggantikan bahan ini. Malah ada juga kek yang mengandungi sedikit alcohol untuk membuatkan kek tersebut menjadi gebu dan besar. Semua masalah ini insyaallah HPA berusaha untuk mengadakan altenatif lain.


Semoga perniagaan kek ini dapat didirikan disetiap daerah-daerah di seluruh Malaysia.

MAKLUMAN

Assalamualaikum Warahmatullah

Adalah dengan ini Pihak Pentabiran Zon Selatan amat mengalu-alukan segala apa jua bentuk perkongsian maklumat berkaitan program dan majlis HPA yang akan di lakukan oleh mana-mana pihak di seluruh bahagian Zon Selatan.

Apa juga bentuk program sama ada Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC), Kelas Mingguan dan sebagainya boleh di maklumkan kepada Pejabat Pentabiran Zon Selatan ataupun Bahagian Latihan dan Promosi Zon Selatan Sdr Mohd Sahril Bin Hj Surib.

Perkongsian segala program-program adalah amat penting agar ia mampu dikongsi bersama-sama dan akan dihebah-hebahkan di seluruh cawangan-cawangan HPA Zon Selatan.Pemberitahuan tersebut seelok-eloknya dilakukan satu minggu dari tarikh berlangsungnya program agar ianya dapat dihebahkan.

Jazakumullahu Khairan Jaza,

Mohd Sahril Bin Hj Surib
Bahagian Latihan Dan Promosi
Pejabat Pentadbiran Zon Selatan

PEMBUKAAN 45 CAWANGAN MENJELANG 2010

HPA kini menggiatkan lagi usaha bagi mennggenapkan 200 cawangan dan kios di seluruh negara sebelum berakhirnya tahun 2009. Setiap zon di mestikan membuka 10 cawangan baru dan 5 cawangan di Malaysia Timur.

Cawangan yang banyak akan memudahkan ahli-ahli bagi mendapat produk halal terutamanya produk-produk yang sukar disimpan dengan banyaknya di stokis-stokis. Penambahan stokis juga akan berlaku mengikut jumlah penambahan PJS, dimana setiap PJS perlu mewujudkan 5 stokis sebulan. Dengan peningkatan jumlah stokis dan cawangan dijangka ahli-ahli yang aktif boleh dipertingkatkan. Amin.
(http://jawiherbshop.blogspot.com)

Thursday, August 6, 2009

PEKELILING PERLANTIKAN PJS 2009

Kepada :
PRESIDEN KELAB ZON
SEMUA PENGARAH JATI SETIA( PJS )

Pihak syarikat telah menetapkan satu pekeliling baru bagi lantikan Pengarah Jati Setia(PJS ). Maklumat lantikan adalah seperti dinyatakan di bawah:

1. Lantikan Mutlak Pengarah Jati Setia ( PJS ) dilantik oleh Pengarah Urusan HPA Industri Sdn.Bhd,Tn Hj Ismail Bin Hj Ahmad.

2. Kelayakan Lantikan PJS hendaklah mencapai bonus bulanan Ringgit Malaysia Lima Ribu Ke atas ( RM5,000).

3. Lantikan PJS juga dilihat dari persepsi keperibadian seseorang itu ( cth : Seorang yang bertanggungjawab, berhemah tinggi, boleh menyelesaikan masalah, berdisiplin, kemas, berketerampilan, mempunyai jiwa yang sanggup berkorban demi melihat HPA terus dipertahankan dan lain lain lagi ).

4. SYARAT PENILAIAN DI PERINGKAT KELAB ATAU ZON.

4.1) SILA NYATAKAN TIGA ( 3 ) NAMA PJS YANG MENYOKONG ANDA.

4.2) PJS TERSEBUT HENDAKLAH SUDAH MEMPUNYAI STATUS AHLI TIGA TAHUN DARI TARIKH LANTIKAN.

4.3) KELULUSAN LANTIKAN PJS TERSEBUT HENDAKLAH DARIPADA TIGA( 3 )ZON (CTH:DARI ZON TIMUR, ZON UTARA DAN ZON TENGAH).

4.4) PJS TERSEBUT HENDAKLAH BUKAN DARIPADA KUMPULAN SI PEMOHON (BUKAN DARI GROUP SENDIRI).

4.5) SEKIRANYA ANDA BERSETUJU, SILA LENGKAPKAN BORANG SEPERTI YANG DI LAMPIRKAN.

4.6) KEPUTUSAN LANTIKAN HENDAKLAH DI BUAT OLEH AHLI LEMBAGA TRIBUNAL MENGIKUT ZON MASING – MASING.

4.7) BORANG INI HENDAKLAH DI COP SECARA RASMI OLEH MAJLIS TRIBUNAL ZON MASING – MASING.

Yang benar,

EN.MOHD FAISOL BIN ABD RAHMAN
PENGURUS BESAR
AL WAHIDA MARKETING SDN.BHD

(Sumber petikan: http://kpa2u.wordpress.com)

TERKINI DARI GM

1. KOOP akan membuka RFC di Shah Alam dan di jangka beroperasi selewat-lewatnya hujung tahun ini.

2. Perjumpaan ukhwah PJS akan diadakan pada setiap bulan dan bermula pada Ramadhan ini. Tarikh akan di maklumkan nanti.

3. Kepada warga HPA Indonesia khususnya para pemimpin dan distributor HPA supaya terus bersama dengan HPA. Insyallah suatu pengumuman yang resmi akan di umumkan oleh Pengarah Urusan Tuan Haji Ismail Ahmad dalam waktu terdekat. Hubungi Bapak Agung Yulianto untuk info lanjut.

4. GM menyarankan agar kita semua amalkan produk IMT bagi langkah pencegahan H1N1 yang semakin serius sekarang.

5. GM dan team akan ke Shah Alam dalam waktu terdekat bagi melaksanakan projek HPA City. Doakan ini menjadi kenyataan.

Sekian Wasallam

Wednesday, August 5, 2009

PERINGATAN

Assalamualaikum Warahmatullah

Daripada Abi Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w:

"Apabila amanah dipersia-siakan, tunggulah berlakunya Qiamat". Abu Hurairah bertanya: "Bagaimanakah amanah yang dipersia-siakan? Jawab baginda: "Apabila sesuatu urusan diserahkan mandat kepada bukan yang berkelayakan, tunggulah berlakunya Qiamat".


Kepada : Cawangan, Agen Stok, Pengedar, Pengguna

Perkara : PERINGATAN DARI PIHAK PENTABIRAN ZON SELATAN

Merujuk perkara di atas.

Adalah dengan ini dukacitanya pihak Pentadbiran Zon Selatan masih lagi menerima aduan berkenaan dengan pembelian atas nama agen stok dari cawangan-cawangan.

Sepertimana yang telah sedia maklum larangan pembelian di atas nama agen stok amatlah di larang oleh pihak syarikat.

Sehubungan dengan itu pihak Pentadbiran Zon Selatan disini ingin menegaskan sekali lagi
segala urusniaga tersebut amatlah di larang sama sekali.

Eksekutif-eksekutif cawangan dikehendaki melaporkan terus kepada AGM Zon Selatan Pn Zaimah Bt Ismail untuk tindakan selanjutnya jika terdapat mana-mana individu berkeras untuk meneruskan tegahan dan larangan ini.

Segala kerjasama dari kesemua pihak amatlah di harapkan.Moga Allah S.W.T mengurniakan kepada kita semua sifat amanah kepada kita semua.amin.

Jazakumullahu Khairan Jaza,

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA "

Yang Benar ,

Pejabat Pentadbiran Zon Selatan

RALAT

Assalamualaikum Warahmatullah

FORUM PEMAKANAN HALAL 2009 yang akan diadakan pada 08 OGOS 2009 bertempat di DEWAN DATO' ONN, MRSM MUAR DITUNDA KEPADA TARIKH YANG AKAN DITENTUKAN KEMUDIAN.

Anjuran bersama : MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR KELAB AL WAHIDA SELATAN (KAS) MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR (MARA)

Tuesday, August 4, 2009

MAKLUMAN TERKINI

Assalamualaikum Warahmatullah

Kepada: SEMUA CAWANGAN

PERKARA: PENGGUNAAN PRODUK UNTUK PROGRAM

Merujuk kepada perkara di atas.

Setelah meneliti laporan-laporan dan dokumen-dokumen yang dihantar,didapati ada cawangan-cawangan yang membuat penggunaan produk agak keterlaluan untuk setiap program syarikat yang dijalankan di cawangan.

Berkuatkuasa dari tarikh surat ini dikeluarkan, semua cawangan perlu menyertakan senarai nama kehadiran (beserta tandatangan peserta) pada setiap kali program dijalankan.Sila kepilkan bersama Borang Penggunaan.Setiap produk yang mempunyai kod adalah produk yang dipantau oleh pihak syarikat.

Kerjasama daripada semua cawangan adalah diharapkan bagi melancarkan lagi proses pengurusan syarikat.

Sekian, harap maklum.

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

AL WAHIDA MARKETING SDN BHD

PN NOR BEE BT RAMLI
PENGURUS
JABATAN AUDIT DALAMAN


Saturday, August 1, 2009

TAMBAHAN 10 CAWANGAN LAGI DI ZON SELATAN

Pentadbiran Zon Selatan telah mendapat arahan dari Pengarah Urusan hari ini untuk membuka 10 cawangan lagi di Zon Selatan (Negeri Sembilan, Melaka & Johor) berikutan peningkatan jualan dan sambutan yang hebat dari ahli-ahli Zon Selatan. Kepada PJS-PJS dan Leader-Leader teruskan perjuangan anda. Kita pastikan jualan Zon Selatan akan mengatasi jualan di Zon Utara. InsyaAllah...

UCAPAN TAHNIAH...

Tahniah diucapkan kepada Cawangan-Cawangan yang telah membuat peningkatan jualan julai 2009. Teruskan usaha anda dalam perjuangan ini. Mantapkan lagi Khidmat Pelanggan di cawangan anda. Insentif anda akan di online secepat mungkin.
Terima kasih.

SMS JUALAN BULANAN

Salam..

Perhatian kepada semua EKSEKUTIF cawangan-cawangan Zon Selatan..

Sila SMS Jualan Sebenar Cawangan anda Setiap Bulan selepas penutupan laporan kepada Pengarah Urusan & saya di 013-4284717 seperti FORMAT BERIKUT :

1. Nama Cawangan
2. Jualan Bulan Lepas :
3. Jualan Bulan Ini :
4. Nama Eksekutif Cawangan

Diharap EKSEKUTIF dapat memahami & mengikuti arahan ini dengan sebaik mungkin. Bagi EKSEKUTIF yang gagal mengikuti arahan ini surat tunjuk sebab dari HQ akan dikeluarkan.

DEMAM

Kebiasaanya terapi herba untuk kes demam adalah seperti dibawah. Saya kerap juga ditanya tentang H1N1 ,apakah ubat yang herba yang perlu dicadangkan. Penyakit ini merupakan jangkitan akut yang perlu segera dirawat di hospital jika tidak ,boleh menyebabkan kematian. Persediaan herba dibawah merupakan keedah tradisi pengubatan jawi untuk jangkitan Virus namun bagitu kepada penyakit H1N1 perlukan nasihat dari doktor.

1. IMT - 3 kapsul selang 2 jam ( 3 x 6)
2. Teh roselle - (minum terus menerus) - hingga habis sekotak.
3. spirulina - 2 kapsul selang 2 jam sehingga habis 1 botol.
4. eq minda - minum hingga sembuh.
5. sewaktu kepanasan mendadak tinggi,jaram dengan daun bunga cina.

HPA - Harapan Paling Akhir.
(Dipetik dari http://jawiherbshop.blogspot.com)

H1N1

Semoga Allah menghilangkan ujian ini daripada kita semua. Kepada seluruh warga HPA kita mengamalkan kaedah "pencegahan itu lebih baik daripada pengubatan" . Herba kita yang mempunyai kekuatan bagi tujuan anti virus ialah seperti:-
1. IMT - 3 x 3
2. Roselle - 5 x 3 dan teh roselle - 2 x3
3. Madu corcinium - 2 x 3
4. kopi Radix
5. Malac - 2 x 3
6. Teh herba

Amalkan terus herba-herba HPA sebagai amalan harian. InsyaAllah .

Walau apapun mudah-mudahan Allah memunculkan pengubatan kita dalam situasi ini .Amin.