Wednesday, November 25, 2009

TAKLIMAT KERJAYA DAN TEMUDUGA TERBUKA

BERSAMA HPA INDUSTRIES SDN.BHD

TARIKH : 30 NOVEMBER 2009 (ISNIN)

TEMPAT : DEWAN CAWANGAN SUNGAI PETANI , KEDAH DARUL AMAN

MASA : BERMULA JAM 9.00 PAGI

(INSTITUT TEKNOLOGI HPA) DI TALIAN 04-4419094

(U.P : EN. HAMIDI – 0133008154 & PN. SYARIFAH – 0174200998)

Syarat – Syarat lihat http://hpa.com.my/ithpa/kerjaya/kerjaya.htm

HPA HALAL MART

HHM akan mula diwujudkan mulai tahun hadapan bagi mempertengahkan sebanyak mungkin produk halal dipasaran. Semua cawangan baru HPA akan mula diubahsuai berbentuk minimarket dan sudah tentu kita sangat mengharapkan dalam tempoh masa-masa ke hadapan ianya bertukar menjadi supermarket.

Sesuatu yang menarik HHM merupakan minimarket MLM pertama di ujudkan InsyaAllah. SEmua produk kering dan basah akan dijual disini. Moto HHM ialah Halal dan organik lagi baik. Jika prototaip ini siap dan mendapat pemintaan yang tinggi ianya akan dibuka diseluruh negara bagi memudahkan ahli-ahli mmbeli yang halal ditengah-tengah ribuan produk yang tidak jelas hukumnya. Terima kasih atas sokongan semua ahli hingga hari ini. Teruskan perjuangan.

Tuesday, November 24, 2009

Roadshow KOWAHIDA ke Selatan-Sekitar Taklimat KOWAHIDA

Sekitar sesi pendaftaran


Promosi produk HPA dengan memberi minuman Radix Coffe dan Radix Cookies secara percuma

En Hafizan bersungguh-sungguh memberi taklimat kepada peserta yang hadir

Peserta taklimat khusyuk mendengar taklimat daripada En Hafizan

Antara VIP yang hadir bergambar bersama Ahli Lembaga Koperasi

SEKITAR PERAS MIAN RCH KLUANG





AYAM SUDAH MULA DIEDARKAN KE CAWANGAN

Ayam sudah mulai masuk ke cawangan secara berperingkat
Salam satu HPA,
Disini saya ingin maklumkan bahawa ayam segar HPA sudah mulai masuk secara berperingkat ke cawangan dan dijangka dalam masa sebulan stok ayam akan kembali di pasaran.
wasallam

PERKONGSIAN ILMU CEMERLANG (PIC)

19 DAN 20 DISEMBER 2009 di SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN

Yuran : RM200.00
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
Nama : MUTIARA HIKMAH SDN. BHD. No A/C: 02020010058744
No Tel : 04-4419094 (Mutiara Hikmah) No Faks : 04-4419254

Norasyikin Balkhis(019-6330727) Azira Binti Mamat (019-4548727) (Office : 04-4419094 Faks : 04-4419254)

HERBALIS MUDA KE-2



Online Yuran ke: BIMB ATAS NAMA : MUTIARA HIKMAH SDN. BHD. No A/C: 02020010058744

(Note. segala Slip Bayaran Bawa semasa pendaftaran.) Bila bayaran dibuat send sms butiran: Nama / No Id HPA / No.HP / Butiran bayaran kepada Norasyikin Balkhis(+6019-6330727) Azira Binti Mamat (+6019-4548727) +6013-9299944 ( Mahadi ) No Faks : 04-4419254 @ scan slip bayaran email: hpa4online@yahoo.com

+Kepada yang telah buat bayaran ke akaun PU. Sila bawa slip bayaran ke Meja Pendaftaran 1hb Nanti jam 8.00 Pagi)

Friday, November 20, 2009

PJS PERLU ADA KELENGKAPAN-GM AWM Sdn. Bhd.

Dalam era HPA mencapai suatu kejayaan luar biasa, para PJS yang menjadi tonggak utama dalam mengendalikan peranan sebagai pemacu dan pengembang jaringan maka wajarlah semua PJS wajib memiliki kelengkapan asas seperti berikut;

a) Notebook
b) LCD/Infocus
c) Wireless broadband


Dunia kini memerlukan sesiapa yang inginkan kejayaan memiliki kelengkapan asas seperti diatas. Kelengkapan ini bukan lagi di anggap suatu kemewahan, tetapi keperluan wajib. Majlis presentasi memerlukan perkara seperti diatas.
Sehubungan dengan ini GM menyarankan supaya semua PJS segera melengkapkan kelengkapan seperti di atas.

PBC ANJURAN KELAB PEMIMPIN GLOBAL (KPG)

Kelab Pemimpin Global (KPG) akan menganjurkan Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC). Butiran-butiran program tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh :28-29 November 2009 (Sabtu & Ahad)dan 19-20 Disember 2009 (Sabtu & Ahad)

Tempat :Gunung Ledang Resort, Tangkak

Yuran :RM170.00


Jika berminat boleh menghubungi PJS Rosjulila Husin (013-6820068) dan PJE Shuami Nasikin (019-6629897).

Mari beramai-rmai memeriahkan lagi program ini bagi meningkatkan lagi pengetahuan ilmu dan penghayatan Islam.

Thursday, November 19, 2009

Pengumuman Harga Promosi Air Bikarbonat 1.5 liter Sempena Pembukaan RCH


Sempena pembukaan RCH pada Sabtu ini, pihak pentadbiran telah membuat keputusan menetapkan harga promosi bagi air bikarbonat 1.5 liter keluaran Radix berperisa Cola, Sarsi dan Soda. Harga tersebut lebih rendah daripada harga promosi ketika perasmian Radix Fried Chicken (RFC). Tetapi nilai mata tetap sama bagi sebotol harga biasa di cawangan. Harga promosi adalah seperti berikut:

RFC RM3.30 SEBOTOL

LESS 9%

RCH RM3.00 SEBOTOL

DIHARAP PIHAK CAWANGAN MENGHEBAHKAN PROMOSI TERSEBUT KEPADA SEMUA AHLI HPA. TERIMA KASIH.

Sabar menanti Pengumuman Insentif 2010-GM AWM Sdn. Bhd.

Salam seluruh warga HPA, Insyallah kalau tidak ada apa-apa halangan, Insentif 2010 akan bermula awal Dis 2009. Sabar menanti akan pengumumannya setelah mendapat persetujuan dari Pengarah Urusan.

PERGERAKAN GM AWM SDN. BHD

Bersempena dengan Pelancaran RCH Kluang, aktiviti PBC Kluang, Taklimat Koperasi dan Mesyuarat Koperasi

Insyallah GM akan hadir di Kluang dalam beberapa aktiviti yang dianjurkan di Zon Selatan seperti berikut

1. 21hb Nov Jam 9.00 pagi di Perasmian RCH Kluang
2. 21hb Nov Jam 9.00 malam di PBC Kluang di Dewan Nuruddin sebelah RCH Kluang
3. 23hb Nov Jam 9.00 malam Taklimat Kejayaan Koperasi Wahida di Dewan Nuruddin sebelah RCH Kluang.
4. 24hb Nov jam 9.oo pagi Mesyuarat ALK

HADIRLAH RAMAI-RAMAI, BAWA KAWAN,TEMAN,SAHABAT DAN HANDAI KE PERASMIAN RADIX CHICKEN HOUSE KLUANG DAN NIKMATI KELAZATAN AYAM ORGANIK YANG SUNGGUH HEBAT.

RCH Your Halal Choice

Wednesday, November 18, 2009

HEBAHAN KULIAH PERUBATAN JAWI (KPJ) MELAKA



KULIAH PERUBATAN JAWI (KPJ) MELAKA

Tarikh :30 November 2009
Tempat :Auditorium MITC, Ayer Keroh
Masa : 8.30 malam sehingga 11.00 malam

TENTATIF KPJ MELAKA

08.30 malam Pendaftaran
09.30 malam Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
Bacaan doa
Kuliah dimulakan oleh penceramah
Pertunjukan testimonial pengguna
11.00 malam Bersurai

Jemputan kepada semua PJS Melaka, Johor dan Negeri Sembilan, Eksekutif HPA Cawangan Zon Selatan, ahli-ahli dan stokis supaya dapat bersama-sama ke majlis ilmu untuk kepentingan kehidupan Islam.

HEBAHAN PRODUK TERBARU HPA (KURMA MARIAMI)

Monday, November 16, 2009

RADIX CHICKEN HOUSE OPENING SOON..

Roadshow KOWAHIDA ke Selatan

Berita baik buat semua anggota KOWAHIDA di zon Selatan. Koperasi akan mengadakan roadshow ke zon Selatan. Bagi semua anggota yang tinggal di negeri Johor dan sekitarnya dijemput untuk hadir bagi mendengar taklimat berkenaan KOWAHIDA nanti. Semua ahli HPA yang belum mendaftar sebagai anggota koperasi juga di jemput bagi mendapat kefahaman tentang koperasi.

Maklumat adalah seperti berikut:

Tarikh:
23 November 2009M / 06 Zulhijah 1430H

Masa:
9.00 mlm – 11.00 ml

Tempat:
Dewan Nuruddin Fahmi,

No 54 Jalan Ciku,
86000 Kluang, Johor

TINTA PENGARAH URUSAN BAGI NOVEMBER 09/SIRI 4 (Ralat: Siri 4 bukan Siri 1)

Kesilapan Pencetak Ubat Gigi Miswak

Ada kesilapan ejaan pada kotak ubat gigi Miswak di catit HAP Industries Sdn. Bhd., sebenarnya HPA Industries Sdn. Bhd. dan Kayu Suci sebenarnya Kayu Sugi.

Maaf di atas kesilapan tersebut.

Salam Satu Simpati Pada MUHAMAD KAMAL ISMAIL

Salam semua sekali

Mungkin ada yang sudah menerima kabar ini dan mungkin juga ada yang belum. Muhammad Kamal Ismail adalah staff saya di bahagian pemasaran. Musibah yang tidak di jangka menimpa anak perempuan beliau Najihah (5 tahun) yang kini terlantar di Hospital Besar, Kangar akibat pendarahan otak dah hampir sebulan. Baru-baru ini Najihah telah menjalani pembedahan di bahagian tengkorak kepala bagi membuang pendarahan beku. Namun masih belum berhasil dan akan di pindahkan ke Hospital Besar Penang dalam waktu terdekat.
Hulurkan sumbangan sebagai tanda simpati dan mohon doakan kesejahteraan mereka.
Sumbangan boleh di online terus ke akaun beliau

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD CAWANGAN KANGAR
09 010 02 0116634
MUHAMAD KAMAL ISMAIL

Sumber: Blog GM)

Saturday, November 14, 2009

PROGRAM HERBALIS MUDA KALI KE-2 (Ting.1- Ting.4)

PADA :1HB – 11HB DIS 2009

BAYARAN :RM750.00 SAHAJA

CARA BAYARAN
BANK IN YURAN KEPADA BIMB A/C NAMA: Ismail Bin Ahmad (Pengarah Urusan HPA)– No A/C: 09010010002734

MAKLUM BAYARAN KEPADA
hpa4online@yahoo.com atau 0139299944(hotline hpa)

Mereka yang mendaftar dan membuat bayaran awal akan diberikan keutamaan. Kos bayaran tersebut sebanyak RM750.00 Peserta akan diajar bagaimana membuat perawatan dan cadangan herba yang tepat.

Wednesday, November 11, 2009

BERITA HPA MELALUI SMS

Perkhidmatan : HPA-SMS
Cara terpantas mendapatkan berita dan maklumat HPA yang tepat! Langgani khidmat berita ringkas

RM5.00 sebulan atau RM14.00 untuk 3 bulan

Cara: Langgani Masukkan yuran kepada akaun : Ismail Bin Ahmad (Pengarah Urusan HPA) – Bank Islam – No A/C: 09010010002734

Hantar butiran: Nama / No.Ahli HPA / No.Telefon / butiran bayaran

Tel : 0139299944 (Setiausaha) Fax : +6 096175172 @ scan slip bayaran email: hpa4online@yahoo.com

INSENTIF PELANCONGAN

Tarikh Insentif Pelancongan

BIL TARIKH CADANGAN DESTINASI
1 29 JAN - 02 FEB 2010 JAKARTA PUNCAK BANDUNG
2 20 MAR - 03 APR 2010 UMRAH(GROUP1)
3 13 MAR - 18 MAR 2010 SPAIN
4 03 JUN - 17 JUN 2010 UMRAH(GROUP2)
5 25 APR - 30 APR 2010 BEIJING
6 25 APR - 30 APR 2010 AUSTRALIA

Ingatan Pada Staff Cawangan - Dari Blog GM

Pihak Koperasi telah pun sebelum ini memaklumkan pada semua cawangan, bahawa semua pelabur yang ingin melabur dikehendaki melakukan tranksasi online ke akaun bank Koperasi manakala urusan cash/tunai tidak di benarkan melainkan di HQ Koperasi. Ini adalah untuk mengelakan berlaku kes yang tidak di ingini.
Jangan jadi macam kes di cawangan Johor Baru 2 hari yang lepas. Ini menyusahkan semua pihak.

Berikut adalah no akaun Koperasi Wahida HPA Berhad :

1. CIMB ISLAMIC 09010000110108
2. MAYBAN ISLAMIC 559012306051
3. BIMB 09010010046316

Thursday, November 5, 2009

MEMO : PRODUK BARU

Kepada: SELURUH CAWANGAN ZON SELATAN

Perkara : PRODUK BARU

Sila Klik Untuk Paparan Lebih Jelas

Sekian untuk makluman ,

Jazakumullahu Khairan Jaza

Pejabat Pentadbiran Zon Selatan

KENYATAAN RASMI GM AL WAHIDA

Berikut adalah kenyataan resmi mengenai penarikan ayam organik HPA:
Pihak pengurusan mengambil keputusan menarik semua stok ayam organik di pasaran kerana beberapa faktor seperti berikut:

1. Memastikan ujud sisitem Standard Operation Prosedure mengenai pengurusan stok ayam di cawangan bagi memastikan kualiti ayam terjamin.

2. Memastikan selepas ini akan di catitkan tarikh ayam di sembelih bagi kepuasan pengguna.

3. Mengemaskini pengurusan pusat penyembelihan supaya lebih bersistematik.

Namun disini saya ingin menegaskan penarikan ayam organik tidak ada kaitan dengan berita di KOSMO dan METRO tempoh hari dan saya telah pun membuat penjelasan.

Operasi RFC dan RCH tetap berjalan seperti biasa kerana telah wujud SOP pengurusan ayam.
Insyallah ayam akan kembali memenuhi pasaran dalam tempoh selewat-lewatnya 45 hari.

Wednesday, November 4, 2009

SIJIL HERBALIS 17



31hb Okt 2009: Sijil Herbalis 17 anjuran HPA telah pun menutup tirainya. Bermula 11hb Okt 2009 – 31hb Okt 2009. Seramai 70 org peserta dari 5 buah negara mengambil bahagian didalam kursus ini yang pertama kali menghimpunkan ahli2 dan staf dari pelbagai negara.Negara tersebut ialah Indonesia,Thailand,Cambodia,Hungray dan juga Malaysia yang menjadi tulang belakang kepada kursus sijil Herbalis kali ke 17 ini.

Majlis penyampaian sijil tamat kursus dilakukan oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Bin Ahmad pada 31hb Okt 2009 di Dewan Omar Mukhtar

Selamat Berjuang kepada semua peserta Herblis 17 yang telah berjaya bergelar perawat herbalis yang akan berjuang demi memartabatkan perubatan Thibbun nabawi ke seluruh dunia.Insyaallah.

KAPSUL UBAT : GELATIN KHINZIR DI COP HALAL

Kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari khinzir.

Dekan Pusat Pengajian berkenaan Prof Madya Dr Syed Azhar Syed Sulaiman (foto, kanan) berkata kesemua produk yang diuji sejak setahun lepas itu dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk bagi mengenal pasti sumber gelatin yang mereka gunakan.

"Daripada 100 produk yang kita uji, sebanyak 30 peratus tidak halal dan menggunakan gelatin dari khinzir kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu.


"Bagaimanapun ini bukanlah menggambarkan keseluruhan pasaran gelatin kapsul di Malaysia kerana ada pengeluar yang terlibat bertindak menukar gelatin yang mereka gunakan kepada yang halal seperti gelatin lembu selepas dimaklumkan perkara berkenaan," katanya selepas satu sidang akhbar di USM di Pulau Pinang hari ini.

Gelatin adalah suatu campuran protein diekstrak daripada kulit binatang.

Syed Azhar berkata produk kesihatan yang diuji tidak halal itu memang terdapat di pasaran dan ia dijual sejak beberapa tahun lepas.

"Ini yang kita bimbangkan kerana gelatin kapsulnya tidak halal dan produk berkenaan dikeluarkan sijil halal yang sah ekoran bahan utamanya halal," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap Kementerian Kesihatan mewajibkan pengeluar produk kesihatan menggunakan gelatin kapsul dari sumber yang halal.

Sementara itu, sekumpulan penyelidik USM yang diketuai Prof Madya Dr Gam Lay Harn (foto, kiri) berjaya menghasilkan kaedah yang pertama di Malaysia bagi mengenal pasti sumber bahan untuk gelatin kapsul ubat.

Dr Gam berkata dengan menggunakan teknik-teknik pengekstrakan dan pengasingan protein yang sesuai, pihaknya berjaya membangunkan satu kaedah pengenalpastian sumber gelatin sama ada daripada lembu atau khinzir.

Penyelidikan itu dibantu Zuraidah Mohd Zobir, Yap Beow Keat dan Lim Chu Ai.

Dr Gam berkata pada campuran yang mengandung 20 peratus gelatin khinzir atau lebih bagi setiap kapsul ubat, pihaknya 100 peratus yakin dapat mengesan kandungan gelatin tersebut.

Beliau menjangkakan kaedah yang telah memenangi beberapa anugerah di Malaysia dan luar negara itu mampu diterima di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam kerana ia melibatkan produk halal dan haram. BERNAMA

Tuesday, November 3, 2009

MAKLUMAN TERKINI

Kepada : SELURUH CAWANGAN ZON SELATAN

Perkara : MAKLUMAN NOMBOR AKAUN KOPERASI AL WAHIDA


SILA KLIK UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS

Sekian ,

Jazakumullahu Khairan Jaza

Monday, November 2, 2009

PERASMIAN RFC KLUANG

Alhamdulillah Radix Fried Chicken (RFC) Kluang telah berjaya dirasmikan oleh Pengarah Urusan HPA Industri Sdn Bhd Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad.Majlis yang dihadiri oleh para ahli dan pendukung HPA yang dianggarkan seramai 2500 tetamu yang ingin melihat dan menikmati sendiri makanan segera yang dikeluarkan oleh Syarikat bumiputera Islam 100 %.

Jika sebelum ini kebanyakan dari umat Islam hanya mendengar dan mengetahui daripada media perdana dan iklan-iklan promosi maka ianya telah terlaksana kini dengan rasminya pada tanggal 24 Oktober 2009 yang lalu.

Dengan perasmian RFC Kluang ini akan memberi satu lagi pilihan alternatif kepada umat Islam yang berada disekitar Kluang khususnya dan seluruh Malaysia amnya.Majlis yang berlangsung dimulakan dengan ucapan pengacara majlis pada jam 9.00 pagi diikuti dengan bacaan ayat suci Al Quran oleh Mohd Shahidatul Naim bagi menambahkan lagi keberkatan majlis.

Majlis perasmian tersebut yang turut dihadiri oleh Pengurus Besar Al Wahida Marketing Sdn Bhd En Mohd Faisol Bin Abd Rahman dan Pengurus Besar RFC Ustaz Ahmad Adnan Bin Ahmad Fadzil.Tidak ketinggalan juga turut hadir bersama AGM Zon Tengah Puan Siti Nurhazliana Bt Mat Hashim, AGM Zon Pantai Timur Tuan Haji Ismail Bin Omar.Turut sama hadir adalah PJS Hafidzan Fauzi dan beberapa PJS yang lain.

Kehadiran yang begitu amat menggalakan ternyata memberi satu nilai tambah kepada para kakitangan HPA itu sendiri agar ianya dapat dimanfaatkan untuk mempertingkatkan usaha dan kebersamaan dalam memartabatkan industri halal di tanah air Malaysia khususnya.



Ucapan perasmian oleh Pengarah Urusan ternyata memberi input dan motivasi yang tinggi.Memartabatkan perusahaan industri halal perlu digembeleng oleh semua pihak agar satu masa nanti umat Islam terhindar daripada segala jua bentuk syubhah dan yang meragukan di dalam mengharungi kehidupan seharian.


Tuan Pengarah juga mengumumkan akan bergabungnya kumpulan Nasyid terkenal tanah air iaitu kumpulan Nasyid RAIHAN.Kumpulan nasyid terkenal tersebut telah bergabung dengan HPA secara penuhnya.Dengan kehadiran salah seorang daripada anggota kumpulan terbabit menguatkan lagi semangat para ahli HPA yang sememangya meminati hiburan-hiburan berbentuk rohani yang pernah satu ketika dahulu terkenal dengan lagu PUJI-PUJIAN dan IMAN MUTIARA ini.Kumpulan Raihan yang kini berada di Tribidah & Tobago kerana melakukan persembahan di sana dan insyaAllah akan bersama-sama HPA di Sarawak nanti pada 13 dan 14 November nanti bagi melakukan persembahan di sana.InsyaAllah.



Majlis menandatangani plug perasmian telah berjaya dilakukan oleh Pengarah Urusan dengan diiringin oleh Pelabur RFC Kluang, GM Al Wahida Marketing Sdn Bhd, Pengurus RFC Ustaz Ahmad Adnan serta AGM Zon yang lainnya.

Jamuan secara percuma selama satu jam dihidangkan kepada para tetamu yang hadir.Kebanjiran para tetamu yang hadir amat diluar jangka sejak dari awal pagi perasmian sehingga ke waktu malamnya tanpa henti.



Subhanallah begitulah sambutan luar biasa yang telah ditunjukkan oleh masyaraka sekitar dengan berkat usaha semua pihak baik sama ada di bahagian Pentadbiran dan kakitan HPA dan mahupun para pemimpin dan PJS Zon Selatan yang tanpa jemu memberikan sokongan dan bantuan yang penuh jitu sehingga terlaksana dan beroperasinya RFC Kluang ini.Alhamdulillah..

Kita nantikan pula Radix Chicken House (RCH) Kluang dan RFC Mydin Melaka pula selepas ini.Ayuh bersama-sama kita doakan agar usaha murni ini mendapat bantuan dan maghfirah dari Allah S.W.T.

Amin..