Friday, June 25, 2010

HEBAHAN PROGRAM PERKONGSIAN ILMU CEMERLANG (PIC) BERSAMA PENGARAH URUSAN


Pihak cawangan dipohon mencetak dan menampal disekeliling cawangan anda di samping hebahan melalui lisan.

PROSEDUR PENDAFTARAN P.I.C UNTUK PANDUAN CAWANGAN






Salam.
Diharap pihak cawangan memberi kerjasama sepenuhnya dalam membantu pihak zon menjayakan program ini. Sila cetak dan fahami. Sebarang masalah ihubungi En. Mohd Taufik bin Sahrudin 017-5963151.

ANDA TAHU APA ITU FLOURIDA?




MIHAS 2010 - Day 1 -23 Jun 2010

23 Jun 2010 -Pada tahun ini, HPA Industries Sdn. Bhd. akan diwakili oleh HPA-Melaka Halal Hub dalam Pameran Halal Terbesar di Dunia - MIHAS 2010. Booth HPA Melaka Halal Hub yang terletak di Dewan G, (Berhampiran Pintu Gerbang MECC), bernombor 153 & 154 telah menarik perhatian ramai pengunjung sama ada di dalam mahupun luar Negara.

Jam 3.00 petang pula telah berlangsung Majlis Perasmian MIHAS 2010 dan Perasmian World Halal Research 2010 oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak. Selesai Majlis tersebut, YAB Perdana Menteri melawat ke Booth - Booth pameran

UMRAH AWAL RAMADHAN

Pakej umrah awal Ramadhan HPA ILHAM HOLIDAYS .

Dari 11 Ogos hingga 25 ogos (16hari 14 malam.)

Harga dari RM7500.00 Sahaja untuk bilik berempat dengan Penerbangan MAS, tempat terhad.

Insyallah Tn HJ PU Ikut Serta. Pendaftaran dibuka sekarang.CALL/SMS 0195595306

Thursday, June 24, 2010

PPZS GLOBAL:PERASMIAN MELAKA HUB DAN HPA HALAL MART OLEH KETUA MENTERI MELAKA

Alhamdulillah,

Sebuah lagi sejarah tercipta di memori HPA pada 21 Jun 2010 menyaksikan Ketua Menteri Melaka, Yang Amat Berhormat Dat0' Ali Bin Rustam menurunkan tandatangan beliau di plak perasmian Melaka Halal Hub menandakan bangunan tersebut beroperasi secara rasmi. Sebelah tengahari pula kita menyaksikan YAB sekali lagi memotong reben merasmikan HPA Halal Mart, Serkam. Majlis gilang gemilang ini dihadiri oleh Pengarah Urusan, GM-GM, AGM-AGM dan ahli-ahli HPA yang setia.

Sekalung penghargaan diberi kepada YAB Dato' Ali Rustam kerana merasmikan dua mercu kebanggaan HPA di persada dunia perniagaan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pihak AWM Zon Selatan, MHH, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) dan individu yang menyumbangkan segala tenaga fizikal dan mental dalam menjayakan majlis ini. Wasalam.

PPZS GLOBAL: KPJ ZON SELATAN BULAN JUN 2010

Alhamdulillah,

Selesai sudah pusingan KPJ di Zon Selatan pada bulan Jun 2010. Penghargaan dikalungkan kepada Tuan Haji Ismail bin Ahmad memberi kuliah di Melaka Halal Hub dan wakil-wakil yang dilantik oleh Tn Haji iaitu Ustaz Muhammad (KPJ Pasir Gudang), Tuan Haji Zakaria (KPJ Kluang, Nilai) kerana sudi menerima kunjungan jemputan Zon Selatan untuk memberi kuliah perubatan JAWI ini.

Setinggi tahniah diberi kepada PJS-PSJ, Stokis-stokis, Leader dan ahli-ahli HPA yang berjaya menghadirkan diri untuk ke majlis ilmu ini. Tidak lupa juga kepada Jawatankuasa kuliah yang terdiri daripada Staf Operasi Zon Selatan, Staf Melaka Halal Hub dan Staf Cawangan dan Halal Mart yang turut membantu sepenuhnya dalam mengurus kuliah ini.

KPJ Pasir Gudang pada 15 Jun 2010 di TS Hotel (Scientex) oleh Ustaz Mad



KPJ Kuang pada 16 Jun 2010 di Dewan Nuruddin Fahmey, Kluang oleh Herbalis Tuan Haji Zakaria dan para herbalis pengiringnya.



KPJ Melaka di Dewan Melaka Halal Hub, Serkam pada 18 Jun 2010 oleh Tuan Haji Ismail Bin Ahmad



KPJ Nilai di Dewan Permata 1 Allson Klana Hotel, Nilai pada 22 Jun 2010 oleh Herbalis Haji Zakaria dan pegawai pengiringnya.

HPA DI PAMERAN MIHAS 2010


Salam.
Untuk Info Tuan dan Puan sekalian.
HPA akan menyertai Pameran HALAL EXPO MIHAS pada seperti berikut

Tarikh: 23hb hingga 27hb Jun 2010

Lokasi: Ruangan Pameran MATRADE, Jalan Duta Kuala Lumpur

Booth: G153 dan G154

Tuan/Puan dijemput hadir bersama-sama memeriahkan aktiviti pameran HPA di sana.

Thursday, June 17, 2010

KPJ MELAKA HALAL HUB BERSAMA PENGARAH URUSAN


Salam,

Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) bersama Pengarah Urusan akan diadakan di Dewan Anchor Melaka Halal Hub, Serkam pada 18 Jun 2010 (Jumaat).

Dijemput hadirin hadirat beramai-ramai menyertai kuliah tersebut untuk mengutip ilmu perubatan jawi daripada pengasas HPA sendiri. Wasalam.

KENAIKAN HARGA PENGEDAR BARU KOPI RADIX


Salam semua warga HPA,


Pengurusan telah memutuskan untuk menaikan harga Kopi Radix disebabkan oleh beberapa faktor kenaikan bahan mentah yang tidak stabil kebelakangan ini khususnya gula. Namun kenaikan ini hanya melibatkan di Semenanjung Malaysia sahaja dan tidak melibatkan Sabah dan Serawak.


Berikut adalah Harga Pengedar Baru Semenanjung Malaysia (Harga Pengguna dan NM tidak berubah)

1. Kopi Radix kecil (15 sachet) Harga Pengedar RM 14.00

2. Kopi Jumbo (32 sachet) Harga Pengedar RM 28.00

3. Kopi Papan (20 sachet) Harga Pengedar RM 18.00


Tarikh kuat kuasa adalah 17hb Jun 2010Semua pengurus zon dan pengurus cawanngan serta agen stok sila ambil perhatian.Wasalam.

Tuesday, June 15, 2010

PPZS GLOBAL: SEKITAR MESYUARAT EKSEKUTIF, TAKLIMAT PENAPIS AIR DEW & KURSUS FROZEN DAN TELL THRU

Pada 8 dan 9 Jun 2010 telah diadakan 3 aktiviti /program berterusan di Dewan Nuruddin Fahmey Kluang yang melibatkan semua eksekutif AWM cawangan/kiosk/halal mart Zon Selatan. Program dimulakan dengan Taklimat Penapis Air Dew oleh En Mohd Fozi bin Zaidin diikuti oleh Mesyuarat Eksekutif bersama AGM dan disambung keesokan hari dengan Kursus Pengendalian Stok Produk Beku dan Tell Thru.

Alhamdulillah, kesemua program berjalan lancar atas kerjasa semua pihak. Terima kasih.

Thursday, June 10, 2010

PERASMIAN MELAKA HALAL HUB

Salam...

Dimaklumkan Y.A.B Ketua Menteri Melaka telah sudi untuk merasmikan HPA Melaka Halal Hub seperti berikut :

Tarikh : 21 Jun 2010
Hari : Isnin
Jam : 11.00 pagi

Semua PJS dan ahli-ahli dijemput untuk hadir khususnya bagi mereka yg berada di Negeri Melaka dan Kelab Pemimpin Selatan.

HEBAHAN PERUBAHAN TARIKH DAN PENCERAMAH BAGI KPJ PASIR GUDANG DAN KLUANG JUN 2010


Thursday, June 3, 2010

PROGRAM USAHAWAN CILIK HPA PASIR GUDANG

"Bapa borek, anaknya rintik." Perwatakan anak-anak dibentuk oleh ibu bapanya sendiri. Daripada situasi inilah program yang dianjur khas untuk kanak-kanak berumur anta 7-13 tahun yang ibu bapanya terdiri daripada ahli-ahli HPA. Pengisian yang menekankan konsep Halal Haram, kerohanian dan pelbagai lagi dapat menjana fikiran mereka untuk memahami konsep Halalan Toyyiban di samping melihat peranan mereka dalam komuniti persekitaran.

Program yang dianjurkan oleh KAS ini diharap dapat diperkembangkan lagi penganjuran dan penelitian slot juga dapat membantu ke arah keberkesanan program untuk membentuk keperibadian unggul bagi anak-anak ini di masa depan.

Sebagai hebahan, Program Usahawan Cilik HPA seterusnya diadakan di Dewan Cawangan Kluang 2 pada 16 Jun 2010 (Rabu). Ibu bapa yang kelapangan eloklah menghantar anak mereka menyertai program ini. InsyaAllah.

MEMO WEB HPA DISERANG VIRUS


Wednesday, June 2, 2010

PERNYATAAN GM AL WAHIDA MARKETING

Penajaan menggunakan nama Syarikat:

Kebelakangan ini HQ mendapati ada kegiatan yang tidak sihat dan bertentangan dengan tektik mencuri rangkaian dengan menggunakan nama syarikat. Perlu GM ingatkan di sini bahawa tindakan ini amat bertentangan sama sekali dengan etika MLMS HPA dan sesiapa yang di dapati melakukan tindakan sedemikian akan di ambil tindakan.