Saturday, February 27, 2010

MASTER RADIX LUMPUH

26hb Feb 2010: Hasil kerjasama ahli HPA, jabatan perundangan HPA dengan kerjsama polis telah berjaya menangkap pemilik dan berserta produk disebuah rumah di taiping. HPA juga menjaya mendapat perintah mahkamah untuk menyita MASTER RADIX yang dirampas dan akan dibawah ke mahkamah tidak lama lagi

Saturday, February 20, 2010

MALAYSIAN ISLAMIC BUSINESS FORUM(MIBF) - GM AWM

Salam

Satu Badan Bebas NGO yang akan di tunjangi oleh HPA (MIBF)akan di ujudkan segera bagi tujuan seperti berikut;

1. Mengumpulkan usahawan-usahawan Muslim di Malaysia.
2. Memasarkan produk-produk Halal dan Toyiban oleh usahawan berikut.
3. Mensasarkan 1000 usahawan.
4. 5000 ke 10,000 produk Halal.
5. 50 buah Halal Mart.

Kini Halal Mart di Kota Sentosa Kuching (telah operasi), Lahad Datu, Serkam, Ayer Keroh, Senawang, Pasir Mas, Jalan Langgar dan beberapa lagi akan beroperasi dalam waktu terdekat.

Sebarang pertanyaan sila hubungi ke email cwahidagm@yahoo.com

PROGRAM MENTOR-MENTEE PPZS-CAWANGAN AWM SELATAN

Memandangkan pengurusan perniagaan Al Wahida Marketing Sdn. Bhd. semakin berkembang dari masa ke masa, peranan dan tanggungjawab turut sama berkembang bagi memenuhi perkembangan perniagaan syarikat ini. Pengejaran jualan dan projek syarikat yang sangat cepat memerlukan pihak pengurusan bekerja dengan pantas bersama dengan kualiti kerja. Ini kerana, individu yang bekerja pantas tanpa kualiti kerja akan menjadikan kerja tersebut sia-sia dan tidak efisien manakala individu yang mempunyai kualiti kerja tetapi perlahan tindakannya akan ketinggalan bersama kualitinya yang mungkin tidak boleh diadaptasikan pada gerak kerja untuk syarikat pada masa akan datang.

Oleh itu, pihak zon turut merasai perkembangan perniagaan tersebut dan memerlukan suatu metodologi atau pendekatan baru dalam mengurus perniagaan cawangan-cawangan naungannya supaya pihak zon tidak menumpukan jualan semata-mata malahan kebajikan dan hal ehwal staf cawangan turut dititikberatkan kerana dua elemen ini dapat mempengaruhi perkembangan syarikat secara major.

Bagi meningkatkan lagi keberkesanan dalam pengurusan kebajikan dan hal ehwal staf, pihak pengurusan zon telah memutuskan program terbaru pada Mesyuarat Bulan Februari 2010. Program seperti yang tertera pada tajuk ruangan ini berkonsepkan give and take in small group. Tujuannya adalah untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi dua hala antara pihak PPZS dan cawangan AWM Zon Selatan di samping merapatkan jalinan ukhuwah bukan sahaja antara mentor-mentee malahan antara mentee dan pengurus.

Perlaksanaan program ini berteraskan kepada terma a small group is better than a big group. Mentor program terdiri daripada pegawai-pegawai PPZS manakala mentee program pula adalah dikalangan cawangan-cawangan yang terpilih. Puratanya, seorang mentor akan memegang antara 4-5 buah cawangan. Keseluruhannya, terdapat 6 mentor bersama 6 kumpulan mentee. Antara kriteria yang diambil kira oleh mentor dalam penjagaan mentee adalah berkenaan dengan sms jualan, pesanan gudang, masalah stok, masalah produk, masalah pelanggan, jadual kebersihan, kelas mingguan, penjagaan aset dan keadaan fizikal cawangan, kebajikan staf serta cadangan penambahbaikkan operasi cawangan. Mentee akan memberi respon kepada kriteria-kriteria tersebut kepada mentor setiap kali berhubung antara satu sama lain. Perjumpaan setiap kumpulan dilakukan sebulan sekali selama 6 hari (1 kumpulan sehari) yang mengambil masa hanya 2 jam.

Diharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi meningkatkan kebajikan dan kualiti operasi cawangan-cawangan AWM bagi Zon Selatan.

Friday, February 19, 2010

PROMOSI BARU UBAT GIGI HERBA DAN UBAT GIGI AMAL



KOD
KH37

NAMA PRODUK
Ubat Gigi Herba (2 unit) + Ubat Gigi Amal (1 unit)

NM
4

HARGA
Pengedar S/M (RM11.00)
Pengedar S/S (RM 12.00)

HEBAHAN PEMASANGAN DEW WATER FILTER KEPADA PARA EKSEKUTIF AWM ZON SELATAN

Peningkatan jualan.Tahniah buat semua. (dari PU)

Kita kian mara membawa obor yang menyalakan jalan peniagaan dengan sesuatu yang halal. Aduhai...bagaimana hendak aku katakan ,entah dari mana,anda semua berada,dikampungkah atau di kota tetapi yang pasti jualan terus meningkat. Tahniah pada semua upline yang menggerakkan pasar kita menjadi ramai dan meriah.

Dari wang masuk setiap hari,sudah boleh kita jangkakan peningkatan jualan akan melebihi sejuta dari bulan lepas dan ini bermakna kemungkinan jualan mencecah 17 juta lebih. Kita memerlukan 3 bulan untuk menghantar jualan keparas target 20 juta. Insentif taawun menanti sebanyak 4 juta untuk dimiliki bersama.

Apakah jualan akan terus naik kerana masa kemuncak ialah pada bulan jun hingga bulan 12. Apakah penapis air dew dan produk moments akan "killer product"pada masa kini ? Mungkin....apapun pasaran herba ubatan yang lain tetap gagah dengan kaedah sinergi yang berkesan. Semuanya ini nikmat Allah pada kita untuk menguji sejauhmana kita mensykurinya.

Pengumuman Berita Duka - GM AWM

Dengan rasa sedih AHMAD JAZMI ZUHRI SHAHAR MURSID(pengedar HPA) adik ipar kepada PJS Ismail Othman telah kembali ke rahmatullah petang kelmarin 17hb Feb 2010.Seluruh warga HPA mengucapkan salam takziah kepada keluarga beliau. Marilah kita semua menghadiahkan Al Fatihah kepada roh beliau. Moga beliau berada bersama dengan golongan mukmin yang dirahmati Allah swt.

Tuesday, February 16, 2010

DVD PROFIL HPA

Akan Terbit DVD – Tunggu kemunculannya

POSTER KONSERT RAIHAN MALAM SATU MIMPI


Edarkan kepada orang awam di kawasan tumpuan :
1. Masjid
2. Surau
3. Sekolah
4. Pasaraya
5. Kenderaan

Harap cawangan memberi kerjasama sepenuhnya dalam mempromosikan tiket ini. Terima kasih.

Saturday, February 13, 2010

HEBAHAN KULIAH PERUBATAN JAWI (KPJ FEBRUARI 2010)

HEBAHAN PEMBUKAAN SEMULA RFC MYDIN MALL MELAKA


Setelah penutupan sementara RFC tersebut untuk penyelenggaraan, pihak RFC akan membuka semula outlet tersebut pada 15 Februari 2010. Hebahkan kepada warga HPA yang mahukan produk Suci, Halal lagi Bersih.

POSTER DEW WATER FILTER

Sebarkan poster ini kepada pelanggan di cawangan-cawangan anda. (print, fotostat)

Sumber: Blog Zon Timur

Friday, February 12, 2010

DEW WATER FILTERATION SYSTEM

Kod
AH05

Nama Produk
Dew Water Filteration System

NM
100

Harga
Pengedar S/M (RM1600.00), S/S (RM1800.00)
Pengguna S/M (RM1800.00), S/S (RM2000.00)

KENYATAAN RESMI GM ISU "JUTAWAN KHALWAT"

SALAM SEMUA SEKALI.

Hari ini GM menerima terlalu banyak panggilan dan sms bertanyakan mengenai lapuran Akhbar Harian METRO ( Khamis 11 Feb 2010). Disini GM ingin maklumkan bahawa kes ini tidak ada kaitan dengan mana-mana staf HPA dan kumpulannya.

Sekian.

Wednesday, February 10, 2010

PROMOSI BARU UBAT GIGI HERBA DAN UBAT GIGI AMAL (ZON BORNEO)


Kod
KH37

Nama Produk
Ubat Gigi Herba (2 unit) + Ubat Gigi Amal (1 unit)

NM
4

Harga
Pengedar S/S (RM12.00), Pengguna S/S (RM14.00)

KATALOG BARU BERADA DI PASARAN



Kod
SL29

Nama Produk
Katalog Produk Baru

Harga
S/M (RM1.50), S/S (RM1.50)

Tuesday, February 9, 2010

PPZS GLOBAL: PERJUMPAAN PJS2 & LEADER2 BERSAMA GM AWM



Alhamdulillah,

Tanggal 09 Februari 2010 bertempat di Dewan Permata 1 & 2 Ballroom, Hotel Puteri Pasific, Johor Bahru telah diadakan perjumpaan 'orang-orang kuat AWM' selama 3 jam. Perjumpaan yang julung kali diadakan bertujuan meningkatkan pengetahuan mengenai sistem AWM selain mengetahui perkembangan mengenai HPA di seluruh negara.

Antara pengisian yang dibincangkan oleh Encik Faisol adalah meliputi kemusykilan Ta'awun 2010, penerangan Dew Filter dan soal jawab selepas sesi penerangan. Kehadiran seramai 200 orang adalah menggalakkan.

Sekalung penghargaan kepada En Faisol, PJS-PJS dan Leader-leader Komuniti HPA Zon Selatan kerana sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan lagi perjumpaan tersebut. Setinggi tahniah juga diucapkan kepada semua pelaksana program (pegawai PPZS) kerana berjaya menganjurkan program ini. Wasalam.

TINTA PENGARAH URUSAN BAGI FEBRUARI 2010 SIRI 2


Monday, February 8, 2010

"KEPUTUSAN INSENTIF KE 3 BULAN DIS 2009" - GM AWM

Tahniah kepada Pengarah Jati yang berjaya membina Pengarah Jati berkualiti dalam bulan Insentif bagi bulan Dis 2009. Kelayakan ini tertakluk kepada memnuhi semua syarat yang telah ditetapkan dalam Insentif Taawun

MALAYSIA
NO AHLI PENGARAH JATI LAYAK INSENTIF KE 3 & No Ahli PENGARAH JATI YANG TELAH DI BINA
(yang tulisan BOLD/GELAP adalah Pengarah Jati yang berjaya membina Pengarah Jati & yang font biasa adalah Pengarah Jati yang telah dibina)

Sila klik untuk melihat senarai nama.

Friday, February 5, 2010

INFO jualan HPA-GM AWM

Ini adalah info Jualan Terkini MALAYSIA
DIS 2009 RM 13,530,183.70
JAN 2010 RM 14,692,412.20

Kepada semua sekali khususnya yang ingin mencapai Insentif Taawun kategori Top 60. Sila pastikan dan gempur besar-besaran bagi mencapai RM 20 juta secepat mungkin sebelum bulan Sept 2010. Paling baik adalah pada bulan Julai 2010, kerana kita akan berpuasa pada bulan Ogos 2010.

Thursday, February 4, 2010

Perawatan Ilahiah

Penyembuhan itu merangkumi perawatan fizikal,emosi,mental dan spiritual. 90% kekuatan penyembuhan itu ada pada spiritual di mana ada beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh pesakit.

1. Perbanyakan istigfar terutama istigfar nabi yunus ketika berada dalam perut ikan.

2. Perbanyakan doa khusus untuk penyembuhan penyakit yang sedang dialami.

3. Perbanyakan membaca surah al- fatihah atau apa jua surah dalam al Quran

4. Bangun qiamulail

5. Perbanyakan bersalawat kepada Rasulullah saw

6. Perbanyakan sadaqah

Kepada ahli-ahli HPA bolehlah mendapatkan buku doa yang di edarkan oleh Jawi Herb Shop untuk tujuan pengubatan . Banyak penyembuhan yang telah berlaku hasil dari banyaknya berdoa kepada Allah SWT disamping mengambil ubatan yang halal lagi toyib.

Tuesday, February 2, 2010

Perasmian Kilang botol kordial HPA

Kita telah menurunkan harga kordial baru-baru ini. Ini adalah disebabkan kos pengeluaran juga berjaya kita tutunkan dan salah satunya ialah kos botol. Bersebelahan kilang kola Radix di Sungai Petani kita sudah siap bangunkan kilang membuat botol. Kilang ini akan dirasmikan secara kecil- kecilan pada 4/2/10 .

Pada semua ahli HPA dijemput hadir untuk sama-sama kita merasmikan industri huluan kita yang kian bertambah. Acara bermula jam 9 pagi.T kasih atas semua pehak terutama pada en Rashid dari syarikat Alive yang memberikan "technical know how" pada HPA.