Wednesday, October 12, 2011

Talian Ibupejabat (HQ) HPA Telah Pulih Sepenuhya

PERHATIAN !!!

Adalah dimaklumkan bahawa semua no telefon di Ibupejabat HPA di Jejawi Kangar PERLIS iaitu 04-9777993, 04-9776804, 04-9776805, dan 04-9774749 telah pulih sepenuhnya. Perkara tersebut telah dilaporkan ke pihak berwajib dan telah memperbaikinya dengan segera. Pihak syarikat memohon maaf diatas kesulitan yang dialami sebelum ini. Sekian harap maklum.

Borang Pendaftaran PKLP pada 29/10/2011

Friday, October 7, 2011

Talian Ibu Pejabat HPA Tergendala Buat Sementara Waktu

PERHATIAN !!!

Adalah dimaklumkan bahawa semua no telefon di Ibupejabat HPA di Jejawi Kangar PERLIS iaitu 04-9777993, 04-9776804, 04-9776805, dan 04-9774749 mengalami gangguan sementara. Semua nombor yang tertera TIDAK dapat dihubungi buat sementara waktu. Perkara tersebut telah dilaporkan ke pihak berwajib dan mengambil masa untuk diperbaiki. Pihak syarikat memohon maaf diatas kesulitan yang dialami. Sekian harap maklum.

Harga Staf bagi Pueraria, Vigor & Moringga

Thursday, October 6, 2011

Wednesday, October 5, 2011

Roadshow PKLP

Bersempena Program Khas Laluan ke Puncakjaya (PKLP) yang akan diadakan di Dewan Melaka Halal Hub Serkam, Melaka (29 Oktober 2011), kelab-kelab & komuniti sekitarnya akan mengadakan Roadshow PKLP bermula jam 8.30 malam, bertempat di lokasi-lokasi berikut:

5 Oktober 2011 - Dewan HPA Halal Mart Ayer Keroh, Melaka.
11 Oktober 2011 - Dewan HPA Cawangan Johor Bahru, Johor (BBU)
14 Oktober 2011 - Dewan HPA Cawangan Pasir Gudang, Johor
Ayuh kita ramaikan program ini. Mai Secawan..!

UNIC di Saluran Al-Hijrah

UNIC akan menyampaikan lagu 'Hijrah', salah sebuah lagu yang dimuatkan dalam album keluaran HPA iaitu Hijrah. Lagu ini akan disampaikan di dalam rancangan 'Solehah', di Saluran TV Al-Hijrah pada hari Jumaat jam 8.30 malam. Mari sama-sama kita saksikan!

Tuesday, October 4, 2011

Ranking Cawangan bagi Bulan September

Sekalung tahniah ke atas cawangan-cawangan berikut kerana telah mendapatkan jualan tertinggi bagi bulan september

1 Nilai
2 Johor Bharu
3 Serkam
4 Pasir Gudang
5 Muar 2
6 Ayer Keroh
7 Senawang
8 Batu Pahat
9 Skudai
10 Tangkak
11 Semabok
12 Mersing
13 Masjid Tanah
14 Kulai
15 Kluang 2
16 Pontian
17 Kuala Pilah
18 Tampin
19 Port Dickson
20 Kota Tinggi
21 Parit Raja
22 Rengit
23 Simpang Renggam
24 Yong Peng
25 Johor Jaya
26 Bahau
27 Segamat

Pada Jualan yang terendah janganlah berputus asa kerana anda juga aset penting bagi syarikat sekian.

KPJ Zon Selatan Oktober 2011

Tiada Harga Staf untuk Puraria & Vigor

Program Mingguan KSS

Salam. Dijemput staf HPA yang berminat untuk beriadah bersama KSS, anda diminta hadir ke program & lokasi yang berikut:

Program : Sukan Badminton
Lokasi : Gelanggang Sukan Reble Sport, Kluang
Tarikh : 05 Oktober 2011
Masa : 8.30 malam
Pakaian : Sopan & Menutup Aurat.

Anda semua dialu-alukan hadir. Ayuh!

"Sihat. Semangat. Silaturrahim."

Program Akujanji dan Taklimat Plan Strategi 2025 DITUNDA

Perhatian kepada semua PJS, Program Akujanji dan Taklimat Plan Strategi 2025 yang dijadualkan pada 8 hingga 9 Okt ini telah DITUNDA ke suatu masa yang akan di beritahu kelak. Diharap semua kelab zon menghebahkan kepada semua PJS. Sekian harap maklum.

Monday, October 3, 2011

Tujuh Perkara Ganjil (Pengalaman Pencuri Kain Kapan)


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”

YANG PERTAMA, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.

” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, ” Golongan YANG KEDUA, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”

Pemuda itu menyambung lagi, ” Wahai tuan guru, golongan YANG KETIGA yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”

” Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.

” Golongan YANG KEEMPAT, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadah itu, ” Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”

” Golongan YANG KELIMA pula Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu.

” Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.

” Wahai guru, golongan YANG KEENAM yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,”
” Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.

” Wahai guru, golongan YANG TERAKHIR yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.”

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua’lam.

Tentatif Program Khas Laluan ke Puncakjaya (PKLP)

Sekretariat ESP Malaysia (SKEMA) telah mengadakan mesyuarat bersama Para PJS Zon Selatan baru-baru ini di Dewan Nuruddin Fahmey Kluang. Justeru itu, beberapa perkara telah diputuskan termasuklah menetapkan tarikh-tarikh Program Khas Laluan ke Puncakjaya (PKLP) pada bulan Oktober iaitu:

1 Okt 2011 (Sabtu) - Kota Kinabalu, Sabah
9 Okt 2011 (Ahad) - Hotel de Palma, Ampang
16 Okt 2011 (Ahad) - Hotel Amanpura, Sungai Petani
22 Okt 2011 (Sabtu) - Hotel Seri Malaysia, Kuantan
29 Okt 2011 (Sabtu) - Melaka Halal Hub, Serkam, Melaka
13 Nov 2011 (Ahad)-Dewan Nuruddin Fahmey,Kluang

Terhad kepada 200 peserta sahaja..!!

Sila daftar melalui cawangan-cawangan berhampiran anda sekarang!


Saturday, October 1, 2011

Pengharaman Edaran Brosur Skash di Cawangan

Perhatian! Brosur berkaitan produk Skash yang dikaitkan secara langsung dengan Radix semakin hangat diperkatakan. Brosur ini telah diedarkan di kalangan cawangan-cawangan HPA. Terdapat beberapa cawangan di Terengganu yang telah diedarkan dengan brosur-brosur ini. Mohon kepada staf-staf cawangan dan sesiapa yang terbabit supaya menghentikan perbuatan ini kerana dikhuatiri mencemarkan imej HPA. Mohon kerjasama dan tindakan dari semua. Gempur Radix...InsyaAllah!

Bank-in Wang Jualan ke Akaun Zon Selatan