Saturday, December 19, 2009

HEBAHAN PERASMIAN & MAJLIS KESYUKURAN BERSAMA PJS SEMPENA PEMBUKAAN RADIX FRIED CHICKEN (RFC), AYER KEROH, MELAKA DAN 6 CAWANGAN BARU ZON SELATAN


Salam HPA,

Alhamdulillah, usaha-usaha yang diberkati oleh Allah telah diizin oleh-Nya HPA terus berkembang maju diiringi dengan potensi perniagaan yang lebih global dan terbuka. Radix Fried Chicken Sdn. Bhd. terus mengembangkan jaringan perniagaannya dengan membuka sebuah lagi outletnya di Pasaraya Mydin, Ayer Keroh Melaka.

Lokasinya yang strategik di corner lot pasaraya berkenaan menambahkan lagi pakej strategik restoran berkenaan untuk terus berkembang maju.

Sehubungan dengan itu, majlis perasmian RFC tersebut akan dilaksanakan pada
24 Disember 2009 yang dihadiri oleh PJS-PJS dan leader. Antara aturcaranya adalah:

10.00 pagi
Ketibaan tetamu jemputan
Ketibaan Tuan Haji Fisal Bin Ahmad Tajuddin (Pengarah Urusan 2 HPA Industries Sdn. Bhd.)

11.00 pag
i
Aluan Pengerusi Majlis

11.15 pagi
Bacaan Ayat-ayat Suci Al Quran

11.30 pagi
Ucapan dan Perasmian Tuan Haji Fisal Bin Ahmad Tajuddin (Pengarah Urusan 2 HPA Industries Sdn. Bhd.)

12.00 t/hari
Penyerahan Plug Perasmian Cawangan Baru kepada Eksekutif
Penyampaian Cenderamata kepada Mydin Mall & Pelabur

12.30 pagi
Bacaan Doa Selamat dan Kesyukuran

12.45 tengah hari
Majlis Perasmian Radix Fried Chicken, Mydin Mall Ayer Keorh, Melaka

01.00 t/hari
Jamuan makan dan bersurai

02.00 petang

Buka untuk jualan

Semua PJS-PJS dan Leader-leader dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.