Tuesday, December 8, 2009

Jom bawa anak anak ke RCH Jelempok-GM Al Wahida

SALAM.

SATU PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA MUSIM CUTI SEKOLAH INI AKAN DIADAKAN DI RCH JELEMPOK PERLIS.HADIAH MENARIK DISEDIAKAN.

TARIKH: 27hb DISEMBER 2009
TEMPAT: RCH JELEMPOK,PERLIS
MASA : 8.30 PAGI-11.00 PAGI

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:

Peraduan ini terbuka kepada Kanak-Kanak Lelaki dan Perempuan yang berumur 7 hingga 12 tahun.

Peraduan terbahagi kepada dua kategori umur iaitu 7-9 tahun dan 10-12 tahun.

Peraduan ini terhad kepada 100 penyertaan terawal sahaja.

Peserta dikenakan bayaran penyertaan RM10.00 seorang.

Borang penyertaan hendaklah dikembalikan kepada cawangan RCH(Alor setar,Kangar atau Jelempok)selewat-lewatnya pada 22 hb Disember 2009.

Setiap peserta akan diberikan set alatan peraduan,iaitu sekeping lukisan dan alatan mewarna. Meja melukis dan alatan sendiri adalah dibenarkan.

Peserta dikehendaki melaporkan diri di kaunter pendaftaran semasa Hari Peraduan Mewarna tersebut.

Hadiah tidak boleh dituntut dengan wang tunai,dan hendaklah dituntut pada waktu yang telah ditetapkan.Hadiah yang tidak dituntut pada waktu yang ditetapkan akan dianggap lupus.

Penganjur berhak untuk menggunakan nama atau gambar para peserta untuk tujuan publisiti tanpa apa-apa pampasan atau pembayaran.

Penganjur berhak untuk menukar syarat-syarat dan terma peraduan tanpa perlu memberi notis kepada para peserta.

Pemenang akan di tentukan berdasarkan keputusan para juri.