Friday, July 31, 2009

KEBERSIHAN DI CAWANGAN-CAWANGAN ZON SELATAN

Salam...
Perhatian kepada seluruh cawangan-cawangan Zon Selatan!

"Kebersihan adalah separuh daripada Iman.."

Dari pemerhatian saya di cawangan-cawangan Zon Selatan, saya dapati masih ada staf yang tidak mengambil berat berkaitan KEBERSIHAN & KEKEMASAN CAWANGAN walaupun ada Jadual yang telah disusun setiap minggu.

Eksekutif harus memandang perkara ini paling utama kerana ia mencerminkan imej ISLAM itu sendiri. Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut :

1) BAHAGIAN JUALAN

- KAUNTER - Tiada dokumen yang berselerak dan tidak tersusun. Pastikan sistem failing wujud dan setiap dokumen ada fail tersendiri mengikut kreativiti masing-masing. Setiap dokumen yang difax atau dipos perlu ada simpanan salinan di cawangan.

- KABINET DISPLAY - Susunan produk adalah kemas dan ruang dalam kabinet tidak berdebu. Produk display harus sentiasa ditukar.

- FREEZER MAKANAN FROZEN & AISKRIM - Susunan produk adalah kemas mengikut jenis. Sentiasa membuat service freezer (cuci) setiap sebulan sekali. Produk frozen tidak dicampur dengan aiskrim. Produk yang rosak (reject) harus segera dibuat pulangan.

- RUANG MENUNGGU DI DEPAN - Sentiasa bersih dan kemas. Cermin pintu sentiasa bersih.

2) BAHAGIAN STOR & BILIK AIR

-Pastikan kotak-kotak yang tidak digunakan dikumpulkan dan dikirimkan kepada pemandu untuk dikumpulkan digudang.
-Pastikan susunan produk dirak mengikut kod dan jenis produk. pastikan tiada produk yang bercampur dengan produk lain.
-Pastikan rak sentiasa bersih dan susunan produk adalah kemas.
-Untuk produk kapsul tidak dikeluarkan dari kotak yang sedia ada.
-Bilik air sentiasa bersih dan tiada barang-barang yang tidak diperlukan berada di dalam tandas.
-Sinki sentiasa bersih.
-Pastikan sampah dibuang setiap hari.
-Lain-lain peralatan disusun dan dikemaskan dengan elok.

PASTIKAN SETIAP HARTA BENDA SYARIKAT DIREKOD DENGAN SEMPURNA DAN SENTIASA DI DALAM KEADAAN BAIK DAN TERJAGA. HARTA BENDA INDIVIDU LAIN TIDAK DIBENARKAN DISIMPAN DI DALAM CAWANGAN, JIKA DIDAPATI AKAN DIRAMPAS.

KEGAGALAN STAF UNTUK MEMATUHI ARAHAN INI SEMASA PEMANTAUAN DIBUAT AKAN DIKENAKAN DENDA SEPERTI BERIKUT :

1- EKSEKUTIF - RM100.00
2- PEMBANTU & PELATIH - RM50.00

JIKA TERDAPAT SEBARANG PERMASALAHAN BERHUBUNG PERKARA INI SILA BERHUBUNG DENGAN SAYA TERUS MELALUI YM@SMS SAHAJA.

Terima kasih.

Thursday, July 30, 2009

MAKLUMAN TERKINI

Assalamualaikum Warahmatullah

Kepada : SELURUH CAWANGAN ZON SELATAN

Perkara: PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN KERJA LEBIH MASA

Merujuk kepada perkara di atas.

Keseluruhan cawangan Zon Selatan di kehendaki meneliti dokumen yang disertakan di bawah ini:-
DOKUMEN (1)

DOKUMEN (2)

DOKUMEN (3)

DOKUMEN (4)

DOKUMEN(5)

*Sila klik paparan tersebut untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas

PANDUAN :
- Sila pastikan dokumen-dokumen seperti contoh di atas tersedia dengan lengkap sebelum di hantar ke Pejabat Pentadbiran Zon Selatan.
- Untuk borang ulasan eksekutif harus tandatangan lengkap dengan nama & cop cawangan.

Wednesday, July 29, 2009

MAJLIS TAHLIL CAWANGAN MUAR 2

Satu majlis tahlil bersempena beroperasinya HPA Cawangan Muar 2 telah berlangsung pada 28 Julai 2009 bertempat di dewan Nasuha HPA Cawangan Muar 2.Majlis yang di mulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah diikuti bacaan zikir dan doa.

Majlis tersebut yang dianjurkan oleh Komuniti HPA Muar telah di hadiri oleh Pengerusi Kelab Al Wahida Selatan(KAS) PJS Rahmat Bin Daim, penceramah undangan Ust Nizam dan juga beberapa pemimpin KAS yang lain antaranya PJ Ishak Bin Ahad dan ahli-ahli HPA yang turut hadir meramaikan majlis tersebut.

Majlis diserikan lagi dengan ceramah perdana yang disampaikan oleh Ust Nizam yang di undang untuk menyampaikan ceramah berkaitan fadilat dan kelebihan bulan Islam iaitu bulan Rejab dan Syaaban.

Penceramah telah menyentuh banyak perkara yang perlu diambil berat antaranya kepentingan menjaga dan menunaikan solat lima waktu.Beliau juga mendedahkan bahawa satu kajian menyatakan seramai satu juta rakyat Malaysia tidak menunaikan solat.

Beliau juga menyentuh akan betapa pentingnya mengutamakan pendidikan agama didalam kita mendidik anak-anak kita, dan sebagai seorang mukmin kita juga perlu menjaga adab dan aurat kita dengan sesama manusia agar segala kehidupan dan rezki yang kita perolehi senantiasa diberkati dan dirahmati.

Ust Nizam juga mengajak para hadirin untuk menghayati fadilat bulan Syaaban agar kita bersungguh-sungguh mencari redha Allah dengan memperbaiki niat hati kita apabila memasuki bulan Syaaban.

Ust menyebutkan sehari berpuasa di dalam bulan Syaaban seseorang itu akan dijauhkan daripada api neraka Allah dan mukmin tersebut akan menemani Nabi Yusuf alaihisalam sewaktu di syurga nanti.Berpuasa sehari juga akan Allah kurniakan seseorang itu pahala sepertimana pahala Nabi Ayub alaihisalam.

Allah S.W.T tidak akan mengampunkan 6 golongan pada malam nisfu syaaban :-
1-Peminum arak
2-Anak yang menderhakai kedua ibu bapa
3-Mereka yang berkekalan dengan zina
4-Mereka yang berselisih faham
5-Mereka yang menipu di dalam jual beli
6-Mereka yang mengadu domba
Pihak komuniti Muar juga telah mengumumkan bahawa program tazkirah mahupun program-program berbentuk ilmiah akan diteruskan bermula pada minggu hadapan dan pihak komuniti berharap jumlah ahli yang hadir akan terus bertambah pada masa akan datang bagi meramaikan lagi setiap aktiviti yang dijalankan.

Tahniah diucapkan kepada KAS di atas majlis seumpama ini.

MAKLUMAN TERKINI

Assalamualaikum Warahmatullah

PERKARA : FORUM PEMAKANAN HALAL 2009 - (DITUNDA KE TARIK LAIN)

Merujuk kepada perkara di atas.Satu forum pemakanan halal akan di adakan dan seluruh muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Forum tersebut akan mengupas isu-isu makanan yang halal dimakan.Butiran program tersebut adalah seperti berikut:-

TARIKH : 08 OGOS 2009

MASA : 8.30 PAGI HINGGA 12.00 TGHRI

TEMPAT: DEWAN DATO' ONN, MRSM MUAR.

Antara isu-isu yang akan di kupas adalah :
1)Pendedahan bukti-bukti terkini tentang makanan halal.

2)Adakah makanan yang dibeli itu halal?


3)Perlukan kepastian?

Ahli panel :

- Dr Mohd Zainol Bin Ahmad Haja

- Tuan Hj Yosree Bin Ikhsan (MAIJ)

Anjuran bersama :

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

KELAB AL WAHIDA SELATAN (KAS)

MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR (MARA)

Tuesday, July 28, 2009

PROGRAM PJS DI SG PETANI

Berikut adalah info terkini mengenai program "MENGENGGAM HARAPAN UMMAH" bersama Pengarah Urusan.Disebabkan jumlah PJS terkini adalah 143, maka program ini akan di bahagikan kepada 3 peringkat kumpulan. Disini saya listkan senarai PJS yang perlu hadir pada 4hb dan 5hb Ogos ini. PJS yang lain akan saya infokan pada tarikh yang akan saya umumkan nanti.

266185.MY01 ASAH BT IBRAHIM
266663.MY01 MUZLINA BT ABDUL RAHIM
267421.MY01 RADIYATI BT ABD RAHMAN
267703.MY01 ZANBLI BIN ABDUL RASHID
268874.MY01 NIK MOOD BIN NIK WAN MEGAT
269256.MY01 NOOR HYZAD BIN MOHAMAD KASIM
269346.MY01 ABD RAZAK BIN IBRAHIM
269601.MY01 ROZMI BIN YUSOF
270659.MY01 JUITA BT HJ TAHA
270842.MY01 DAYANG SURINAH BT MOHAMAD SUPERI
270993.MY01 ABD RAZAK BIN MUSA
271304.MY01 MOHD ALI BIN ISMAIL
271703.MY01 MOHAMAD HELMI BIN ABD KADIR
272256.MY01 MUNIRAH BT SHAFIE
275018.MY01 FADZILAH BT YAHAYA
275152.MY01 MOHMAD BAKAR BIN AWANG
279002.MY01 NOR JERIAH BT LOKOMAN
279009.MY01 MOHD JOHARI SHAH BIN ARIFFIN
280041.MY01 NOR ZAIMI BIN CHE ME
281569.MY01 AHMAD ZAKI BIN HJ MOHD NOR
281680.MY01 SYED AGEEL BIN SYED MOHD MAHAYADIN
283958.MY01 ZAHIRAH BT MOHAMAD
284485.MY01 CIK MAT SUKRI BIN KHALID
284586.MY01 ROSLINA BT HASSIM
284610.MY01 ROHANI BT MOHD NOOR
285495.MY01 KHADI BIN SAARI
285501.MY01 MOHD BUSTAMAN BIN SALLEH
287738.MY01 NASIMAH BT MUSA
287742.MY01 FAUZIAH BT ABU SAMAH
287904.MY01 SUHAIZA BT RUSLI
288781.MY01 KHALILAH WONG BT ABDULLAH
288816.MY01 ABDUL JALIL BIN ZAINOL
290976.MY01 ZAINUDDIN BIN ABDUL
292666.MY01 SHOHIMI BIN AHMAD
293653.MY01 ABD RAZAK BIN MOHD ARIF @ RAHMAT
300223.MY01 ROZAIDA BT AHMAD
302892.MY01 MOHAMAD ASRI BIN ZAKARIA
303310.MY01 AMIRUDDIN BIN ABU BAKAR
303858.MY01 ABDULLAH BIN ABU HASAN
317562.MY01 ZAINAL ABIDIN BIN MOHD ALI
317980.MY01 MOHD RADZI BIN SHUIB
330408.MY01 AZNIN BIN UJANG
333060.MY01 MOHD FAIZAL BIN AZMI
418332.MY01 NOLIAH BT AHMAD

KEPADA PRESIDEN KELAB, SILA PASTIKAN PJS DIBAWAH NAUNGAN ANDA HADIR KE PROGRAM TERSEBUT.
(Dipetik daripada blog GM Al Wahida)

MAJLIS TAHLIL DAN CERAMAH

Assalamualaikum Warahmatullah

Perkara : Jemputan Majlis Tahlil Pembukaan Cawangan Muar 2 dan Ceramah Fadilat Bulan Syaaban

Merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dengan ini satu majlis tahlil bersempena pembukaan HPA cawangan Muar 2 dan ceramah sempena bulan Syaaban akan di adakan pada:

Tarikh : 28 JULAI 2009

Hari : SELASA

Masa : Solat Maghrib dan Isyak berjemaah

Tempat : Dewan Nasuha Muar 2

Anjuran: : Komuniti HPA Muar

Jamuan disediakan

Hadirin hadirat di persilakan hadir.Mohon dapat di hebah-hebahkan di cawangan-cawangan seluruh Zon Selatan.

Sekian Terima Kasih.

MAKLUMAN TERKINI

Assalamualaikum Warahmatullah

Kepada: SEMUA STAFF

Perkara: ALBUM NASYID HPA

Merujuk kepada perkara di atas.

Pihak Pengurusan syarikah HPA Industries Sdn Bhd telah melantik kumpulan Nasyid TAQWA sebagai duta HPA.Kumpulan nasyid ini telahpun menghasilkan album sulung mereka yang bertajuk Nazam HPA dan kini berada dipasaran.

Kepada yang berminat boleh mendapatkan album nasyid ini di Cawangan HPA yang berhampiran.Staf HPA juga digalakan bagi mendapatkan album nasyid ini sebagai koleksi peribadi.

Perhatian dan tindakan semua staf amatlah diharapkan dan diucapkan terima kasih.

Sekian,Harap Maklum.

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

Yang Benar,

En Mohd Hafidz Bin Ismail
Penolong Pengurus Besar
Bahagian Pentadbiran

MAKLUMAN TERKINI

Assalamualaikum Warahmatullah

Kepada: SEMUA STAFF

Perkara: SEMAKAN PENERIMAAN BARANG ATAU BELIAN

Merujuk kepada perkara di atas.

Adalah di ingatkan kepada semua staf agar tidak menerima barang tanpa semakan Purchase Order(PO) yang telah dikeluarkan.Hanya bahagian berkaitan yang membuat belian dengan mendapat kelulusan dari Pengarah Urusan sahaja yang layak menerima Delivery Order(DO) dari mana-mana pihak pembekal.

Sebarang penerimaan atau belian tanpa kelulusan dari Pengarah Urusan atau sebelum PO dikeluarkan akan dipertanggungjawabkan kepada pengurus atau penerima berkenaan.

Perhatian dan tindakan semua staf amatlah diharapkan dan diucapkan terima kasih.

Sekian Harap Maklum

"Produk Halal Tanggungjawab Bersama"

Yang Benar,

En Mohd Hafidz Bin Ismail
Penolong Pengurus Besar
Pentadbiran El Zahraa

Monday, July 27, 2009

PRODUK BARU YANG AKAN BERADA DI PASARAN

-Sila klik paparan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

TAHNIAH DI UCAPKAN

Bersesuian dengan berakhirnya KONVEK 2009 yang di adakan di MAEPS Serdang baru-baru ini Pejabat Pentadbiran Zon Selatan ingin mengucapkan tahniah kepada:

1- Seluruh penerima-penerima anugerah yang berjaya.
2- Seluruh kakitangan dan staf HPA Zon Selatan yang senantiasa bertungkus lumus menjayakan KONVEK 2009.
3- Seluruh tetamu yang hadir bagi menjayakan KONVEK 2009.

Moga rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T mencurah-curah kepada kita hasil limpahan barakah bulan Syaaban yang mulia.

FADILAT BULAN SYAABAN

Sabda Rasulullah SAW :

" Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal selepas Ramadhan ialah Syaaban "

" Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu terhadapNya kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan itu seperti kelebihanku atas kamu "

" Syaaban bulanku, Ramadhan bulan umatku. Syaaban menghapuskan dosa dan Ramadhan menyucikan dosa (jasmani & rohani) "

" Bahawa puasa bulan Syaaban kerana memperbesarkan Ramadhan, Sesiapa berpuasa 3 hari di bulan Syaaban kemudian dia berselawat ke atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan Allah dosanya yang telah lalu dan diberkati segala rezekinya ".

" Allah membukakan pada bulan Syaaban itu 300 pintu rahmat "

" Puasa sehari di bulan Syaaban diharamkan tubuhnya dari api neraka dan akan menjadi kawan nabi Yusuf di Syurga dan mendapat pahala seperti pahala nabi Ayub dan nabi Daud "

" Puasa 3 hari permulaan Syaaban, 3 hari pertengahannya dan 3 hari di akhirnya, maka Allah akan mencatatkan pahalanya seperti pahala 70 nabi serta seperti orang yang beribadah kepada Allah 70 tahun. Jika dia mati pada tahun itu bagaikan mati Syahid ".

" Sesiapa yang berpuasa pada hari Khamis pertama dan Khamis terakhir bulan Syaaban, akan dimasukkan dia ke dalam Syurga "

PRODUK BARU YANG AKAN BERADA DI PASARAN

Banyak produk baru yang akan berada dipasaran seperti:-
1. Aiskrim dari pelbagai jenis
2. produk daripada ayam seperti nugget,sossej,budger dll
3. Sardin
4. produk kosmatik
5. pelbagai jenis pencuci
6. choklat dari pelbagai jenis
7. kuih daripada kacang bermadu
8. album nasyid 1
9. mee kering dll.

produk yang baru dijual seperti ikan kering tanpa pengawit juga mendapat pemintaan yang tinggi. Kalau mampu kita akan pastikan produk dari yang paling kecil sampailah kereta kita mampu keluarkan. Amin.
(Sumber berita di petik dari http://jawiherbshop.blogspot.com/)

Thursday, July 23, 2009

RADIX KOKO (1 KG)

290620092095

290620092096

290620092099

Produk ini berbentuk serbuk tidak seperti produk terdahulu yang berbentuk sachet (paket) namun kandungannya (serbuk koko dan ekstrak barli) tetap sama. Cara menyediakan minuman Radix Koko ini ada disediakan pada label produk. Beralihlah segera kepada Radix Koko. Jadikan ia minuman coklat utama anda dan keluarga anda.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 22
Sabah & Sarawak: RM 26

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 18
Sabah & Sarawak: RM 22

Nilai Mata (NM): 5

Berita Berkaitan:

1. Radix koko ternyata lebih sedap daripada produk koko yang lain, itulah sebahagian komentar yang saya terima dari pengguna. Mungkin perlu saya jelaskan bahawa radix koko telah dimasukan ekstrak tunas barli yang mula bercambah. Kalau anda pernah melihat taugeh daripada kacang hijau tentu anda akan faham tentang tunas yang baru bercambah pada biji barli. Oleh sebab itu rasanya bagitu lemak dan berkhasiat.

Koko memang terkenal untuk afrodisiak namun bagitu Radix koko HPA ekstrak barli mempunyai kesan serat yang tinggi untuk berfungsi sebagai pelawas dan koko sendiri boleh mendatangkan ketenangan pada penggunanya.

Oleh sebab itulah radix koko dijangka akan mendapat tempat dipasaran terbuka secara meluas InsyaAllah.

2. Alhamdulilah kita telah mula memasarkan MILO kita sendiri yang dikenali sebagai RADIX KOKO. Semua pengedar akan menjadi penilai kepada RADIX KOKO yang dikatakan akan menjadi persaing terdekat MILO. RADIX KOKO di rumus khas supaya mempunyai rasa yang dapat diterima oleh masyarakat di negara ini.

Apakah HPA memasukkan herba dalam RADIX KOKO? Jawapannya tidak, kerana koko mempunyai rasa yang sangat sensitif kepada perubahan. Radix koko lebih mensasarkan pasaran kanak-kanak dan produk halal daripada HPA. Selepas ini HPA akan mengeluarkan RADIX MOCHA dimana Kopi Radix dicampur dengan RADIX KOKO. InsyaAllah.

Apa pun keluaran HPA yang akan datang, ulasan yang kita terima daripada pengurus zon utara, Ust Samad beliau berpendapat RADIX KOKO lebih sedap daripada MILO dan akan berjaya mengambil pasaran dinegara ini. Gempur Radix Koko!

Berita dipetik dari blog JawiHerbShop.blogspot.com

El ZAHRA KINI BEROPERASI

Hotel El-Zahraa telah beroperasi secara rasminya.tepat jam 11.00 pg td Hotel El-Zahraa telah di rasmikan oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Hj Ismail b Ahmad.Sebelum itu diadakan bacaan Yasin dan Al-Mathurat dan disusuri dengan solat dhuha di Dewan Hotel.Hotel El-Zahraa merupakan sebuah hotel bajet bercirikan Islamik yang berkonsepkan Timur Tengah.El-Zahraa juga menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh umat Islam seperti sejadah di dalam bilik, laungan azan serta bacaan ayat suci Al-Quran.

El-Zahraa Inn juga dirangkaikan dengan penginapan secara Homestay sebagai penginapan alternatif bagi menampung keperluan sekiranya hotel penuh. Penginapan ini disediakan di Jawi Homestay, di Bandar Laguna Merbok.Hotel ini juga menyediakan sejumlah 29 bilik untuk dinikmati oleh oleh para pelanggan. Bilik Superior (single) sesuai bagi pelanggan yang memerlukan ruang tidur dan rehat yang ekonomi. Manakala bilik superior (Double) bagi pelanggan yang berpasangan. Bagi mereka yang berkeluarga boleh memilih bilik jenis Deluxe manakala bagi pelanggan yang mementingkan keselesaan dan ketenangan bolehla memilih Executive yang dihiasi fabrik serta hiasan dalaman serba mewah.


Kemudahan dalam bilik
  1. Bilik berhawa dingin
  2. LCD TV
  3. Siaran Astro
  4. Wifi
  5. Telefon
  6. Bar mini / Peti sejuk
  7. Cerek
  8. Air panas/ sejuk
  9. Seterika / papan
  10. Sejadah, Al-Quran dan arah kibalat
  11. Produk HPA
  12. Bantal dan selimut tambahan
  13. Kain batik dan kain pelikat
Terletak di tengah kepesatan pertumbuhan bandar Sungai Petani bahagian Utara, iaitu di Lagenda Height, El-Zahraa Inn boleh dikunjungi dari plaza tol Sungai Petani utara oleh pelanggan yang menggunakan lebuhraya utara-selatan.Hotel ini juga dikelililngi oleh rangkaian perniagaan HPA yang lain seperti Restoran Radix Fried Chicken, ROR, ROC dan Radix Bakery House.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila hubungi:
Tel : 04-4259144/150
Fax: 04-4259131
Email: elzahraa_inn@yahoo.com
http://www.hpa.com.my/elzahraa

PERHATIAN SELURUH PJS MALAYSIA

PROGRAM MENGENGGAM HARAPAN UMMAH BERSAMA TUAN PENGARAH URUSAN

Sehubungan dengan tajuk di atas, seluruh PJS Malaysia di wajibkan hadir pada seperti berikut:

1. Tarikh: 4hb Ogos 2009 bermula jam 8.00 pagi hingga 5hb Ogos2009 jam 6.00 petang
2. Lokasi Dewan Amir Mukhtar RFC Sungai Petani
3. Pakaian: Blazer, Jaket HPA, Pakaian Sukan & Pakaian Solat
Jadual Aturcara akan di beritahu kelak.

Sila ambil perhatian.

(Petikan dari laman blog GM)

Wednesday, July 22, 2009

KONVEK' 2009

Assalamualaikum warahmatullah...

Perhatian kepada seluruh Eksekutif cawangan Zon Selatan

Sepertimana yang telah dimaklumkan kepada semua cawangan bahawa Eksekutif Cawangan di wajibkan menghadiri KONVEK' 2009 pada 25 Julai 2009.Kesemua eksekutif digalakkan untuk berkongsi kenderaan untuk ke majlis tersebut.

Jadual dan tentatif di sepanjang majlis tersebut berlangsung telah di hebahkan kepada seluruh cawangan.Sebarang pertanyaan dan permasalahan sila berhubung ke Bahagian Latihan dan Promosi Pejabat Pentadbiran Zon Selatan.

Sekian Untuk Makluman.

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

TEGURAN DAN AMARAN

Assalamualaikum warahmatullah

Merujuk kepada perkara di atas pihak pengurusan syarikat telah mendapati kebanyakan daripada arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak syarikat tidak dilaksanakan dengan sebaiknya bahkan ada yang memandang remeh dengan etika kerja dan etika berpakaian yang ditetapkan.

Oleh demikian pihak pengurusan telah membuat keputusan untuk mengeluarkan semula peringatan terakhir dan tindakan disiplin akan di ambil ke atas staf-staf yang gagal mematuhi etika ini mulai 1 Ogos 2009.Antara tindakan disiplin tersebut yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran adalah seperti berikut:-

TINDAKAN KE ATAS STAFF
1-Surat tunjuk sebab bagi masaalah-masaalah berkaitan.
2-Menukarkan staf kemana-mana bahagian atau diluar kawasan(bagi kes-kes tertentu).
3-Tidak menyambung kontrak perkhidmatan.
4-Diberhentikan serta merta dan disenarai hitamkan dari semua badan-badan syarikat HPA Industries Sdn Bhd.(Bagi kes-kes tertentu)

ETIKA KERJA DAN PENAMPILAN STAF HPA
1-Tidak mengambil apa-apa hak milik syarikat tanpa kebenaran dan pengetahuan pihak pengurusan.
2-Menjaga batas-batas pergaulan antara staf lelaki dan perempuan.
3-Tidak meminta atau menerima sebarang imbuhan atau hadiah berkaitan urusan syarikat daripada mana-mana pihak atau pembekal tanpa kebenaran Pengarah Urusan.
4-Mematuhi arahan yang dikeluarkan dari masa ke semasa.
5-Boleh bekerja di mana-mana bahagian dan di luar bidang tugas sekiranya tenaga kerja diperlukan.
6-Menghadiri program-program anjuran syarikat :
*Bacaan Al Quran
*Bacaan Al Mathurat
*Tazkirah
*Solat Sunat Dhuha
*Kelas Fardu Ain
*Kelas Pengajian Al Quran
*Perhimpunan Staf
*Kuliah Perubatan Jawi (diwajibkan kepada semua eksekutif)

7-Mematuhi etika penampilan dan berpakaian di dalam HPA Industries:
LELAKI
*Rambut pendek/kemas
*Tidak merokok
*Kuku pendek dan bersih
*Memakai kasut yang sesuai
*Memakai baju yang dibenarkan oleh pihak Pengurusan sahaja.
- T-Shirt ' Radix ' berlengan panjang
- Jaket berlogo HPA
- Baju korporat HPA
- Seluar slack dan kemeja berlengan panjang


WANITA
*Melabuhkan tudung sehingga ke paras bawah dada
*Memakai sarung kaki dan sarung lengan
*Berpakaian tidak menjolok mata serta ketat/ sendat
-Berjubah / baju kurung yang bewarna gelap (Hitam, Hijau, Biru)
-T-Shirt ' Radix ' labuh berlengan panjang
*Tidak memakai alat solek serta wangi-wangian yang menarik perhatian.

Staf di cawangan perlu mengisi borang maklum balas yang akan difaxkan ke cawangan-cawangan sebagai tanda telah memahami dan bersetuju untuk mematuhi arahan yang telah dikeluarkan.Kegagalan staf mengisi borang maklum balas ini sebelum 7 Ogos 2009 akan dianggap tidak lagi berminat untuk menyambung kontrak perkhidmatan bersama-sama dengan pihak syarikat.Borang maklum balas yang siap diisi boleh dihantarkan ke Bahagian Pentadbiran El Zahra melalui faks : 04 4484715.

Kesemua eksekutif cawangan di amanahkan untuk memantau serta memastikan etika ini dilaksanakan oleh semua staff .Perhatian dan tindakan semua Eksekutif amatlah diharapkan.

Sekian, Harap Maklum.

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

Yang Benar,

En Mohd Hafidz Bin Ismail
Penolong Pengurus Besar
Bahagian Pentadbiran
S/K Pengarah Urusan

Tuesday, July 21, 2009

KOPI PAPAN BARU

MEMO

KOPI PAPAN " BARU "

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA PRODUK KOPI PAPAN (PAPAN DESIGN BARU) AKAN BERADA DI CAWANGAN-CAWANGAN ZON SELATAN DALAM MASA TERDEKAT INI...

SEKIAN UNTUK MAKLUMAN..

KONVEK' 2009

Kini tiba saat-saat yang ditunggu iaitu hari penganugrahan dan penghargaan kepada semua ahli-ahli HPA Malaysia yang telah bertungkus lumus berjuang bersama HPA hingga kedetik ini. Kita berjumpa di Dewan MAHA,Mardi Serdang ,Selangor iaitu lokasi dimana HPA menerima anugerah Perdana daripada Perdana Menteri tahun 2008.



Himpunan 5000 orang nanti insyaAllah sebagai himpunan terbesar MLMS yang berjaya mempertahankan usia peniagaan sampai tahun ke 12. Perjumpaan kali ini akan dihadiri oleh duta-duta dari negara-negara luar yang bekerja di Malaysia sebagai tetamu jemputan. Sesuatu yang istimewa pada kali ini ialah banyak produk-produk baru akan diperkenalkan sebagai jualan pada hari tersebut. Antaranya ialah buku Jawi Med Herb siri 2, album nashid TQA,produk kosmetik,coklat Radix,produk-produk dari el zahraa ini,HPA collection,produk baru dari aiskrim dan lain-lain. Metro HPA juga dijangka dikeluarkan pada hari tersebut.

Pastikan anda datang lebih awal bagi mengisi tempat duduk dihadapan kerana dewan ini jauh memanjang kebelakang. Kami menanti anda di Konvek 2009. InsyaAllah.
(Sumber petikan dari:http://jawiherbshop.blogspot.com)

SEMUANYA BUKAN PERANCANGAN KITA

Ketika kerajaan negeri Kedah memutuskan untuk mengadakan festival perdagangan dan hari Peladang,penternak dan Nelayan peringkat negeri di Bandar Laguna Sungai petani, tidak ada langsung maklumat itu kepada HPA. Cumanya kita pada ketika itu bergelut menyiapkan sebuah prototaip "RFC padu lalu"di tempat yang sama. Jika anda berpeluang datanglah ke festival yang dijangka akan menghimpunkan lebih 2 juta pengunjung ini untuk melihat sendiri bagaimana RFC bagaikan sebutir permata ditengah-tengah gerai-gerai pameran dan jualan.

RFC Bandar Laguna Merbuk

Semoga festival perdagangan ini menjadi media iklan RFC keseluruh ceruk rantau dinegara ini. Jika anda bercadang untuk menginap di homestay kita,saya rasa perlu confirm terlebih dahulu kerana kemungkinan telah pun habis dibuat tempahan oleh agensi-agensi kerajaan mulai 22hb sampai 28 hb ini.

HPA juga terlibat dalam gerai Jualan mempertengahkan syarikat Mutiara Hikmah (penjualan buku-buku HPA dan semua produk termasuk makanan dan minuman. Selain daripada itu kumpulan Nashid HPA dijangka akan mengadakan persembahan pada malamnya bersama dengan persembahan pentas yang lain. Tahniah kepada kumpulan TaQwA(TQA) yang telah siap album pertamanya sebagai hiburan altenatif untuk semua ahli. Teruskan perjuangan dimana sahaja kita berada. Amin.
( Petikan dari http://jawiherbshop.blogspot.com)

EL ZAHRA INN TELAH SIAP

El Zahraa Inn telah siap dan akan beroperasi pada 23hb ini. Selamat datang kepada semua pencinta-pencinta HPA,selamat datang kepada semua PJS dan saya masih lagi memegang janji kita yang lama. PJS mendapat penginapan percuma 1 malam dengan syarat wajib iaitu : membuat tempahan 1 minggu dari hari yang diperlukan.
Disamping ini ahli-ahli juga dapat menginap dengan NM yang telah ditentukan. Pagi esoknya boleh menikmati sarapan enak dari ROR (Radix Organic Resepi) . Di atas ROR juga disediakan dewan kuliah untuk PBC (dewan Kuliah Jawi 1) jika diperlukan dengan sewa sehari hanya RM250 sahaja. Anda juga boleh mendapatkan barang-barang cenderahati yang sangat cantik di hotel dan hampir kesemua keperluan yang disediakan adalah daripada produk HPA.

Selamat Datang dan bermalamlah di kediaman hasil dari usaha anda sendiri. Kami sangat-sangat berbangga menanti kunjungan anda kesini.Amin.

(Sumber petikan dari :http://jawiherbshop.blogspot.com)

HPA menuju ke Putrajaya

Sudah sampai masanya segenap kekuatan HPA digembling untuk operasi "gempur Radix" di Lembah Kelang. Bermula pejabat di Jejawi Perlis ,kemudian menumpukan kekuatan di sekitar Sungai Petani untuk menguasai zon utara kini....HPA akan mula berpengkalan di Lembah Kelang bagi menguasai pasaran zon tengah.

Team kerja,plan pemasaran,logistik dan stategi kita sudah siap dan dijangka penempatan baru akan bermula pada awal bulan hadapan. Beberapa cadangan tempat telah diberikan seperti Shah Alam,Bangi,Ampang dan lain-lain lagi namun bagitu kemungkinan besar lokasi yang akan diputuskan pada mesyuarat GM &AGM ialah di Putrajaya.

Rancangan ini pernah dirancang 5 tahun dahulu tetapi tertangguh kerana pembangunan HPA City Sungai Petani. Semoga KPA terus memberikan sokongan kuat sehingga projek ini berjaya.Mereka yang akan bersama bergerak ke pentadbiran di Putrajaya ialah GM Fisol Abdul Rahman, GM Rashidah (MIS), GM Rosli (Acc) dan Puan Husni (pengurus Pentadbiran). Sehubungan dengan itu HPA akan mengadakan temuduga terbuka bagi melengkapkan semua pengurusan di sana.

HPA akan memindahkan "prototaip SP" ke Lembah kelang dengan melengkap pelbagai kemudahan disana. InsyaAllah.


( Sumber petikan dari :http://jawiherbshop.blogspot.com)

Saturday, July 18, 2009

KONVEK 2009 : PJ Layak

Assalamulaikum warahmatullah...

Makluman untuk kesemua cawangan-cawangan Zon Selatan sila rujuk blog MIS untuk memperolehi makluman terkini berkenaan dengan senarai nama penerima anugerah KONVEK' 2009...

SILA LAYARI LAMAN BLOG:http://departmentinformationsystem.blogspot.com

Friday, July 17, 2009

HPA DAN PMRAM

PMRAM JAYAKAN SEMINAR KEUSAHAWANAN BERSAMA HPA

KAHERAH, 11 JulaiPersekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) berjaya mengadakan Seminar Keusahawanan PMRAM 2009 anjuran bersama HPA Industries Sdn. Bhd. bertempat di Dewan Soleh Abdullah Kamil, Universiti Al-Azhar, Madinah Nasr, Kaherah.

Program dimulakan dengan ucapan perasmian yang telah disampaikan oleh Saudara Abdul Mu’izz bin Muhammad, selaku Presiden PMRAM.

Peserta Seminar Keusahawanan PMRAM 2009 ini telah didedahkan dengan tiga slot pembentangan iaitu Pengenalan HPA oleh Encik Jafri bin Abu Bakar selaku Pengarah Pembangunan Perniagaan HPA, diikuti oleh kertas kerja ‘Produk Halal Tanggungjawab Bersama’ oleh Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil selaku Setiausaha Panel Syariah HPA dan ucaptama oleh Pengarah Urusan HPA Industries Sdn. Bhd, Tuan Haji Ismail bin Ahmad.

Pembentangan kertas kerja yang pertama adalah menjurus kepada pengenalan asas kepada perniagaan HPA dan bagaimana HPA sebagai salah satu rangkaian perniagaan Melayu-Muslim yang bergerak secara aktif pada hari ini di Malaysia.

Encik Jafri mengulas bahawa kejayaan jatuh bangun HPA semenjak lebih sepuluh tahun lalu dirasai oleh Tuan Haji Ismail selaku Pengarah Urusan HPA sehingga mampu berdiri kukuh pada hari ini dengan bantuan lebih 1,600 orang staf pekerja.

Selain itu, beliau telah memperkenalkan anak-anak syarikat kepada HPA iaitu antaranya, Al-Wahida Marketing Sdn. Bhd., Radix Industries Sdn. Bhd., HPA Ilham Holidays, HPA Food Sdn. Bhd., Radix Fried Chicken Sdn. Bhd. dan ada beberapa lagi anak syarikat yang bernaung di bawah HPA Industries Sdn. Bhd.

Selaku pembentang kedua, Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil yang pernah memimpin Keluarga Pelajar-Pelajar Perlis (KPP) ketika menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir , mendedahkan berkenaan peluang kerjaya yang boleh diusahakan oleh peserta seminar. Para peserta diberi peluang sama ada menceburkan diri di dalam bidang perniagaan melalui usahawan menurut Multi Level Marketing Syariah (MLMS) ataupun sebagai tenaga pekerja (staf) di HPA Industries Sdn. Bhd.Selain daripada itu, beliau turut menyentuh berkenaan ekonomi Islam melalui pemakanan halal yang sepatutnya diusahakan oleh generasi Muslim pada hari ini.

Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail yang mengisi slot ketiga telah menyampaikan beberapa kalam motivasi semangat kepada para peserta agar sentiasa mampu ke hadapan sebagai seorang agamawan yang bukan sahaja berfikir untuk kepentingan diri tetapi masyarakat amnya.

Beliau juga telah memberikan peluang kepada para peserta untuk mengisi borang ahli HPA secara percuma tanpa membayar RM30 sebagaimana urusan keahlian di Malaysia.Program yang dihadiri oleh 250 orang peserta ini berjaya memberikan input asas kepada para peserta berkenaan HPA Industries Sdn. Bhd. dan peluang-peluang mahasiswa Al-Azhar untuk menceburkan diri di dalam bidang keusahawanan.

Program sebegini akan diteruskan pada siri-siri mendatang agar golongan agamawan diberikan suntikan semangat untuk tidak meninggalkan sunnah Rasulullah s.a.w untuk berniaga.

(Sumber berita dari PMRAM.org)

Thursday, July 16, 2009

MAKLUMAN TERKINI

14 Julai 2009M

----------------------

21 Rejab 1430H

Kepada;

AWM Sdn. Bhd.

MIS

JAD

Cawangan-cawangan HPA

Tuan,

PENAMATAN PROMOSI PRODUK CENTELLA WHITE

Merujuk perkara di atas.

2. Untuk makluman, jualan promosi produk Centella White akan berakhir pada hujung bulan ini, 31 Julai 2009.

Segala kerjasama pihak tuan didahului ucapan terima kasih.

“PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA”TM



Sekian, terima kasih.


Yang benar,


………………………………………..

CHE RUS ZAITON BINTI ZAKARIA

Bahagian Pemasaran Kosmetik


SENARAI NAMA PENERIMA ANUGERAH

Assalamualaikum Warahmatullah.....

Kesemua kakitangan di cawangan Zon Selatan dikehendaki memaparkan senarai nama penerima anugerah Konvek' 2009 di papan kenyataan di cawangan-cawangan.

Sila lawati laman blog Pengurus Besar Al Wahida Marketing Sdn Bhd, En Mohd Faisol Bin Abd Rahman untuk makluman lanjut.

http://gmalwahida.blogspot.com/......sila klik di sini.

Sekian Terima Kasih


Wednesday, July 15, 2009

MAKLUMAN TERKINI

Assalamualaikum warahmatullah

PENURUNAN HARGA
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
Berikut adalah penurunan harga bagi produk IKAN KERING :-

Harga bagi semenanjung Malaysia :-

KOD MK 37 NM 1
PRODUK IKAN KERING (GELAMA TENGKERONG)

HARGA PENGEDAR: RM 6.50
HARGA PENGGUNA: RM 7.50

KOD MK 38 NM 1
PRODUK IKAN KERING ( GELAMA PISANG)

HARGA PENGEDAR: RM 5.50
HARGA PENGGUNA: RM 6.50

KOD MK 39 NM 1
PRODUK IKAN KERING ( GELAMA PAPAN )

HARGA PENGEDAR : RM 6.00
HARGA PENGGUNA: RM 7.00

Berikut adalah harga bagi semenanjung Sabah dan Sarawak :-

KOD MK 37 NM 1
PRODUK IKAN KERING (GELAMA TENGKERONG)

HARGA PENGEDAR: RM 7.50
HARGA PENGGUNA: RM 8.50

KOD MK 38 NM 1
PRODUK IKAN KERING ( GELAMA PISANG)

HARGA PENGEDAR: RM 6.50
HARGA PENGGUNA: RM 7.00

KOD MK 39 NM 1
PRODUK IKAN KERING ( GELAMA PAPAN )

HARGA PENGEDAR : RM 7.00
HARGA PENGGUNA: RM 8.00

Sekian untuk makluman

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

MAKLUMAN TERKINI

Assalamualaikum warahmatullah

PRODUK BARU

Adalah dimaklumkan bahawa AL WAHIDA MARKETING SDN BHD akan memasarkan produk baru mulai sekarang.Produk tersebut di jual berdasarkan maklumat berikut :-

Harga semenanjung Malaysia harga adalah seperti berikut :-

KOD MK 41 NM 2
PRODUK AIS KRIM TOYYIBAH PERISA KELADI (1.5L)

HARGA PENGEDAR : RM 8.00
HARGA PENGGUNA : RM 10.00

KOD MK 42 NM 1
PRODUK AISKRIM TOYYIBAH
PERISA KELADI (500ML)

HARGA PENGEDAR : RM 4.00
HARGA PENGGUNA : RM 5.00

KOD MK40 NM 1
PRODUK IKAN KERING
( GELAMA PAYANG )

HARGA PENGGUNA : RM 5.00
HARGA PENGEDAR : RM 6.00


Bagi semenanjung Sabah dan Sarawak harga adalah seperti berikut:-

KOD MK 40 NM 1
PRODUK IKAN KERING (GELAMA PAYANG)
HARGA PENGEDAR : RM 6.00
HARGA PENGGUNA : RM 7.00


Sekian Untuk Makluman

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

KOPI RADIX DIET

Kopi diet untuk pesakit kencing manis memang pahit. Disamping itu ia juga menggunakan daun stevia sebagai bahan pengganti gula. Sebenarnya kopi diet ini ialah kopi untuk mereka yang bermasalah dengan kesihatan seperti kencing manis, gout , darah tinggi , gastrik dan obesiti. Mereka yang ingin mengambil kopi diet mestilah berfikir minuman ini merupakan adunan ubatan pahit yang perlu di minum untuk mengekalkan kesihatan.

Kopi diet juga merupakan adunan yang sangat baik untuk orang lelaki dan ia juga boleh digunakan untuk masalah impotensi. Kopi diet boleh diambil bersama madu lebah bagi mengurangi kepahitannya dan jangan sekali-kali memasukkan gula kerana ia akan menghilangkan fungsi sebenar kopi diet.

Kelebihan kopi diet boleh diukur selepas tiga hari meminumnya dengan dos minima 2 cawan sehari iaitu pagi dan petang. Tubuh akan terangsang menjadi bertenaga dan sangat sesuai bagi mereka yang bekerja yang melibatkan tenaga fizikal. Ada sedikit gula digunakan bagi mendapatkan imbangan tenaga dalam sinergi kopi diet. Kopi ini dijangka akan menjadi minuman nombor satu khususnya bagi mereka yang mementingkan kesihatan. InsyaAllah.

Tuesday, July 14, 2009

KERJA LEBIH MASA

Salam,

Perhatian kepada seluruh cawangan Zon Selatan, Sila patuhi panduan untuk TUNTUTAN KERJA LEBIH MASA (OT) di cawangan (Kelas Malam) seperti berikut :

1) Borang Kerja Lebih Masa diisi dengan LENGKAP sebelum dihantar ke Zon
- Detailkan Jenis Kerja yang dilakukan semasa OT.
- Tandatangan pekerja adalah Wajib.
- Pengesahan Disokong Oleh Eksekutif dan cop cawangan.

2) Setiap Tuntutan Bayaran Kerja Lebih Masa hendaklah dilampirkan bersama Cover Sheet Kerja Lebih Masa diisi bersama Ulasan dari Eksekutif.

3) Dilampirkan bersama Laporan Kelas Malam untuk Setiap Tuntutan.

4) Tuntutan Kerja Lebih Masa hanya boleh dituntut untuk bulan selepas sahaja (lagi cepat lagi mudah proses) Untuk yang terlewat menghantar tuntutan hanya akan dibayar mengikut budi bicara Zon setelah menghantar Surat Tunjuk Sebab Lewat.

Pihak Zon Mohon kerjasama dari semua cawangan agar mengikut garis panduan ini bagi memudahkan proses pembayaran kerja lebih masa. Bagi yang tidak mengikut arahan ini adalah dibawah tanggungjawab sendiri sekiranya tuntutan dibayar lewat atau tidak dibayar.

Setelah pembayaran dibuat, minta disemak di akaun masing-masing dengan kadar segera, sekiranya terdapat kesilapan atau kekurangan minta dimaklumkan kepada Bahagian Akaun Zon untuk disemak semula.


Terima kasih.

Pengurus Zon Selatan.

Friday, July 10, 2009

PANDUAN PAKAIAN KONVEK' 2009

KEPADA:
PRESIDENT KELAB ZON
SEMUA PENGARAH JATI SETIA (PJS)

Tuan / Puan

PANDUAN BERPAKAIAN PENGARAH JATI SETIA (PJS) SEMPENA KONVEK' 09

Perkara diatas adalah dirujuk.
Dengan segala hormatnya, ingin dimaklumkan bahawa pihak Al Wahida Marketing Sdn. Bhd. telah menetapkan panduan berpakaian Pengarah Jati Setia (PJS) sempena KONVEK' 09. Semua
Pengarah Jati Setia (PJS) dikehendaki berpakaian seperti yang telah ditetapkan iaitu:

KATEGORIPANDUAN BERPAKAIAN
1. PJS Lelaki i. Blazer Blue Black (3 butang)
ii. Baju Kemeja Tangan Panjang berkolar/
Cekak Musang (berwarna putih)
iii. Sluar Slack (berwarna hitam)
iv) Kasut Hitam Bertutup
2. PJS Perempuan i. Blazer Blue Black (3 butang)
ii. Baju Kurung
iii. Tudung berwarna putih
iv. Kasut Hitam Bertutup

Diharap agar semua PJS dapat mematuhi panduan berpakaian yang telah ditetapkan dalam
memastikan perjalanan KONVEK' 09 berjalan dengan lancar. Kerjasama dari semua pihak
amatlah kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian.

(Petikan dari blog KPA)

Thursday, July 9, 2009

TEMUDUGA TERBUKA

PENGAMBILAN PELAJAR KE CHINA

TAJAAN HPA ( PERINGKAT IJAZAH )



HPA MENAWARKAN KURSUS PENGAJIAN KE CHINA

Peringkat ijazah bagi yang berkelayakan : -

1 - Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya SPM

2- Berumur di antara 18-22 tahun.

Butiran temuduga adalah seperti berikut :

Tarikh : 13 JULAI 2009

MASA : 2.00 PETANG

TEMPAT : HPA CAWANGAN SG PETANI
NO 20 LENGKOK CHEMPAKA 1
PERSIARAN CHEMPAKA,
BANDAR AMAN JAYA,
08000 SUNGAI PETANI,
KEDAH.



JIHAD MEMBASMI KOPI PALSU MASTER RADIX

Ada berita pembohongan mengatakan bahawa MASTER RADIX adalah hasil dari perpecahan dalam HPA. Kononya dia pengasas awal formula RADIX. Malangnya ada umat Islam yang mudah terpedaya, tergoda dan akhirnya ternoda.

Disini GM telah mendapat bukti kukuh Master Radix adalah keluaran ciplak dari seorang taukeh cina. Sehubungan dengan ini beberapa langkah akan di ambil segera.

1. Tindakan undang-undang (tindakan saudara Abd Ghani)

2. Edaran poster memperingatkan Kopi Palsu Master Radix ( tindakan Suadara Saif)

3. Hebahan segera dari mulut ke mulut. PBC, Program Mingguan, Kedai Kopi, Surau, Masjid dan sebagainya. Sampaikan hebahan ini sebagai suatu jihad menentang kejahatan kerana Master Radix sememangnya tidak Halal dan diragui mengandungi bahan berbahaya. (tindakan seluruh warga HPA). Lakukan juga penyebaran dalan mana-mana YM grup.

4. Kenyataan dalam akhbar. (tindakan GM)
(Petikan dari Blog GM)

Wednesday, July 8, 2009

MINI KONVEK MELAKA-KOMUNITI SEMABOK PERDANA

Pada 5 Julai 2009, Pihak Zon Selatan telah dijemput untuk merasmikan MINI KONVEK' MELAKA 2009 yang diadakan di HPA Cawangan Semabok anjuran Komuniti HPA Semabok Perdana dibawah naungan PJS Fauziah. Acara diadakan begitu meriah sekali walaupun ianya diadakan secara kecil-kecilan.

Saya lihat kesungguhan semua AJK-AJK dalam menjayakan MINI KONVEK' MELAKA ini. InsyaAllah di masa akan datang, kita akan bersama-sama untuk mengadakannya di tempat yang lebih luas dan lebih banyak anugerah yang akan diberikan.

Antara anugerah yang disampaikan adalah pemberian sijil & hadiah kepada yang berpangkat PRX, PJX, PR dan PJ. Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya.

Saya juga terharu dengan ucapan PJS Fauziah yang bersulam airmata kegembiraan dimana beliau menyarankan lebih ramai lagi para usahawan muda yang akan timbul berjuang bersama HPA menyebarkan produk-produk Halal diseluruh dunia.

Tidak dilupakan Tahniah juga kepada semua AJK Komuniti Semabok Perdana dalam usaha menjayakan program ini iaitu Ustaz Razali Abdul Hamid selaku Pengerusi dan En.Hasan Selaku Timbalan Pengerusi.

Terima kasih di atas jemputan dan mudah-mudahan akan ada pertemuan lagi selepas ini.amin.

MINI KONVEK JOHOR 2009-KAS

Alhamdulillah, selesai sudah MINI KONVEK JOHOR 2009 dibawah anjuran Kelab Al-Wahida Selatan (KAS) pada 4 Julai 2009 baru-baru ini di Dewan UTHM.

Sambutan yang begitu menggalakkan dari ahli-ahli di mana kehadiran adalah 600 orang lebih. Atucara yang disusun begitu menarik dan anugerah penghargaan yang diberi juga memberi peluang dan harapan kepada Orang Kurang Upaya untuk berjaya di dalam bidang ini.

Antara Anugerah yang disampaikan pada hari tersebut adalah :
  • 40 Cabutan Bertuah
  • Sijil & Hadiah kepada ahli KAS berpangkat PJX-PR (Jan-Mei 2009)
  • Sijil/Lencana & Hadiah kepada Pengarah Jati (PJ) KAS 2008/09
  • Hadiah kepada OKU KAS
  • Sijil & Hadiah kepada Pemimpin & Pemantau PBC KAS 08/09

Cenderahati juga diberikan kepada Pengarah Urusan dan AGM Zon Selatan, terima kasih diucapkan di atas penghargaan tersebut.

MINI KONVEK JOHOR 2009 ini juga diserikan dengan kehadiran Presiden Kelab Pemimpin Alwahida PJS Hafidzan Fauzi, juga AGM dari ZOn Timur dan Zon Tengah.

Kepada semua AJK KAS, Tahniah diucapkan kerana berjaya pertama kalinya menganjurkan program sebegini, InsyaAllah pada masa akan datang kami juga berharap MINI KONVEK JOHOR akan lebih meriah dan berjaya, InsyaAllah.

Antara Pemimpin KAS :

PJS Rahmat / PJS Ahmad Syafiq / PJS Alimah / PJS Maslizar / PJS Evi Soraya / PJS Roslina / PJ Mohd Khalid / PJ Ishak / PJ Hisham / PJ Zamri / PJ Rahim / PJ Mokhlas / Pj Ahmad Rofiki / PJ Mohamad / PJ Ustaz Noor Ashid / PJ Pn.Pon / PJ Norlinawati / PJ Norziah /PJ Mastura / PJ Samiah / PJ Zaiton / PJ Jamaliah & PJ Zaileha.

Syabas diucapkan di atas kejayaan anda semua.