Wednesday, August 10, 2011

Jika Anda Ingin Berjaya : Bersolatlah!

Tersentuh hati bila terbaca kata-kata ini. Tujuan akhir seorang Muslim adalah meraih keredhaan Allah dan syurga. Allah berfirman dalam surah Al-Fajr ayat 27 yang bermaksud, "Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada TuhanMu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu untuk ke Syurga."

Walau sebesar manapun kejayaan yang diperolehi di dunia, ia hanyalah jangkamasa yang singkat, mungkin beberapa puluh tahun sahaja. Namun yang jelas, itu bukanlah kejayaan yang kekal. Kejayaan yang kekal abadi ialah menggunakan kejayaan itu sebagai alat bagi mendapatkan keredhaan Allah dan syurga.

Untuk itu, kekayaan potensi diri kurniaan Allah wajiblah dioptimumkan. Semoga kita mentafsir ayat-ayat itu secara membina dan bijaksana. InsyaAllah.