Friday, September 9, 2011

HPA KSS (Kelab Sukan Selatan)


17 Julai - HPA Kelab Sukan Selatan (KSS) telah menganjurkan aktiviti bermain paintball di Tasek Manong, Kluang. Aktiviti ini disertai oleh staf-staf HPA Selatan. Program ini adalah kerjasama Majlis Perbandaran Kluang (selaku Tenaga Pakar bertauliah) yang mengemudi program ini.

08 September - KSS telah menganjurkan satu lagi program iaitu Riadah Badminton bersama Staf yang dihadiri seramai 8 orang, semalam.

Antara aktiviti akan datang:
  • Riadah Badminton Mingguan
  • Riadah Futsal Mingguan
  • Pertandingan Boling antara Staf Cawangan, Zon, Gudang & RFC
  • Perkelahan, Memancing & Menunggang kuda
  • Hari Sukaneka Staf
  • Riadah Bergotong-royong
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai, sila berhubung dengan En. Yazid (Unit Latihan). Diharapkan dengan kehadiran program-program ini dapat memangkinkan program-program KSS seterusnya serta lebih mengeratkan silaturrahim antara staf. InsyaAllah!