Thursday, June 3, 2010

PROGRAM USAHAWAN CILIK HPA PASIR GUDANG

"Bapa borek, anaknya rintik." Perwatakan anak-anak dibentuk oleh ibu bapanya sendiri. Daripada situasi inilah program yang dianjur khas untuk kanak-kanak berumur anta 7-13 tahun yang ibu bapanya terdiri daripada ahli-ahli HPA. Pengisian yang menekankan konsep Halal Haram, kerohanian dan pelbagai lagi dapat menjana fikiran mereka untuk memahami konsep Halalan Toyyiban di samping melihat peranan mereka dalam komuniti persekitaran.

Program yang dianjurkan oleh KAS ini diharap dapat diperkembangkan lagi penganjuran dan penelitian slot juga dapat membantu ke arah keberkesanan program untuk membentuk keperibadian unggul bagi anak-anak ini di masa depan.

Sebagai hebahan, Program Usahawan Cilik HPA seterusnya diadakan di Dewan Cawangan Kluang 2 pada 16 Jun 2010 (Rabu). Ibu bapa yang kelapangan eloklah menghantar anak mereka menyertai program ini. InsyaAllah.