Thursday, June 24, 2010

PPZS GLOBAL:PERASMIAN MELAKA HUB DAN HPA HALAL MART OLEH KETUA MENTERI MELAKA

Alhamdulillah,

Sebuah lagi sejarah tercipta di memori HPA pada 21 Jun 2010 menyaksikan Ketua Menteri Melaka, Yang Amat Berhormat Dat0' Ali Bin Rustam menurunkan tandatangan beliau di plak perasmian Melaka Halal Hub menandakan bangunan tersebut beroperasi secara rasmi. Sebelah tengahari pula kita menyaksikan YAB sekali lagi memotong reben merasmikan HPA Halal Mart, Serkam. Majlis gilang gemilang ini dihadiri oleh Pengarah Urusan, GM-GM, AGM-AGM dan ahli-ahli HPA yang setia.

Sekalung penghargaan diberi kepada YAB Dato' Ali Rustam kerana merasmikan dua mercu kebanggaan HPA di persada dunia perniagaan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pihak AWM Zon Selatan, MHH, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) dan individu yang menyumbangkan segala tenaga fizikal dan mental dalam menjayakan majlis ini. Wasalam.