Thursday, June 24, 2010

PPZS GLOBAL: KPJ ZON SELATAN BULAN JUN 2010

Alhamdulillah,

Selesai sudah pusingan KPJ di Zon Selatan pada bulan Jun 2010. Penghargaan dikalungkan kepada Tuan Haji Ismail bin Ahmad memberi kuliah di Melaka Halal Hub dan wakil-wakil yang dilantik oleh Tn Haji iaitu Ustaz Muhammad (KPJ Pasir Gudang), Tuan Haji Zakaria (KPJ Kluang, Nilai) kerana sudi menerima kunjungan jemputan Zon Selatan untuk memberi kuliah perubatan JAWI ini.

Setinggi tahniah diberi kepada PJS-PSJ, Stokis-stokis, Leader dan ahli-ahli HPA yang berjaya menghadirkan diri untuk ke majlis ilmu ini. Tidak lupa juga kepada Jawatankuasa kuliah yang terdiri daripada Staf Operasi Zon Selatan, Staf Melaka Halal Hub dan Staf Cawangan dan Halal Mart yang turut membantu sepenuhnya dalam mengurus kuliah ini.

KPJ Pasir Gudang pada 15 Jun 2010 di TS Hotel (Scientex) oleh Ustaz Mad



KPJ Kuang pada 16 Jun 2010 di Dewan Nuruddin Fahmey, Kluang oleh Herbalis Tuan Haji Zakaria dan para herbalis pengiringnya.



KPJ Melaka di Dewan Melaka Halal Hub, Serkam pada 18 Jun 2010 oleh Tuan Haji Ismail Bin Ahmad



KPJ Nilai di Dewan Permata 1 Allson Klana Hotel, Nilai pada 22 Jun 2010 oleh Herbalis Haji Zakaria dan pegawai pengiringnya.