Wednesday, September 16, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA ZON SELATAN


Alhamdulilah bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana satu majlis yang amat bermakna dan bererti buat seluruh warga HPA Zon Selatan yang terdiri daripada kakitangan Pejabat Pentadbiran dan staf cawangan seluruh Zon Selatan juga para PJS-PJS dan pemimpin yang tanpa jemu menyumbangkan bakti dan pemikiran bagi memastikan masyarakat senantiasa peka dan mengetahui akan kepentingan memilih sumber rezki yang baik,bersih dan halal.

Bersabda Nabi S.A.W :

Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun.
(HR. Tirmidzi)

Majlis berbuka puasa bersama PJS dan Ahli HPA Zon Selatan yang telah di hadiri para PJS dan pemimpin dari seluruh Zon Selatan dan ahli-ahli HPA yang senantiasa memberikan komitmen yang padu di dalam mana-mana program berkaitan HPA.Di antara PJS yang hadir adalah PJS Mohd Shafei Bin Tasiron bersama isteri PJS Rosjulila Bt Husin,PJS Evi Shoraiya Bt Riduan dan PJS Roslina Bt Hashim dan pemimpin-pemimpin lainya.

Majlis bermula pada jam 6.50 petang dengan ketibaan para PJS dan pemimpin beserta ahli yang mula memenuhi dewan jamuan.Hadirin telah dijamu dengan Nasi Beriyani Gam, daging kambing beriyani dan ayam masak merah dan beberapa sedikit juadah ringan yang lain.

Setelah selesai menjamu selera dan juadah kesemua hadirin menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di Dewan Nuruddin Fahmiey yang di imamkan oleh Ust Noor Ashid Bin Hj Sakib.Beliau yang juga merupakan pemimpin dan agen stok yang amat bergiat aktif terutamanya di HPA Cawangan Simpang Renggam dan di daerah-daerah lain di sekitar Negeri Johor.

Beliau juga turut menyampaikan tazkirah Ramadhan bagi memenuhi ruang waktu di saki baki 10 Ramadhan yang terakhir.Tazkirah beliau banyak menyentuh akan keperibadian dan keikhlasan dalam menunaikan ibadah puasa.Merebut ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada para hamba-hambanya.

Menunaikan solat sunat Terawih secara berjemaah yang turut di imamkan oleh Ust Noor Ashid Bin Hj Sakib dan Ust Mohd Razif Bin Daud (Eksekutif Cawangan Rengit) pula merupakan Bilal di sepanjang solat sunat terawih tersebut berjalan.

Majlis juga turut di serikan lagi dengan ucapan khas dari Bahagian Pentadbiran Zon Selatan yang telah disampaikan oleh Pen.Pengurus Besar Zon Selatan Pn Zaimah Bt Ismail.Ucapan yang banyak menyentuh segala program terkini yang berada di bawah Pentadbiran Zon Selatan,antaranya ialah pembukaan dan perasmian RFC Kluang yang dijangka akan beroperasi pada pertengahan bulan Oktober nanti.

Begitu juga pembukaan RCH yang di jadualkan beroperasi pada penghujung bulan Oktober dan beberapa kilang lagi yang akan di bina seperti Kilang Kola,kilang kopi dan Radix Bakery House.Pentadbiran juga kini telah mengambil inisiatif bagi mengatasi kekurangan bekalan air berkarbonat di seluruh cawangan dengan penambahan pengeluaran melalui kilang sementara yang kini beroperasi setiap hari di Masai.

Majlis yang di akhiri dengan penyampaian saguhati kepada Ust Noor Ashid Bin Hj Sakib selaku Imam jemputan yang telah disampaikan oleh PJS Mohd Shafie Bin Tasiron sambil diiringi oleh Pegawai Operasi Cawangan Zon Selatan En Mohammad Yunus Bin Abd Rasid.

Sehubungan dengan itu Pejabat Pentadbiran Zon Selatan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua pihak yang bertungkus lumus di dalam menjayakan Majlis Berbuka Puasa ini.Bahagian pentadbiran juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.