Satu Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri bersama Pengarah Urusan HPA Industri Sdn Bhd yang berbahgia Tuan Haji Ismail Bin Hj Ahmad telah berlangsung pada 26 September 2009 dengan penuh meriah.
Rasa syukur dan amat terharu di atas kesudian Tuan Pengarah kita yang sanggup meluangkan masa bersama-sama dengan para PJS,Pemimpin, Staf dan ahli HPA Zon Selatan.Majlis yang berlangsung dengan penuh meriah itu telah bermula pada jam 11 pagi-3.00 petang.Namun begitu masa dilanjutkan sehingga jam 4.00 petang kerana masih ada lagi tetamu dan para ahli yang hadir dari jauh semata-mata ingin bersama dengan Pengarah Urusan.

Kehadiran yang semakin menggalakan sekitar jam 12 tengahari ternyata memeriahkan lagi suasana kebersamaan dan ukhuwah di antara kakitangan HPA dan para tetamu.Tampak kelihatan juga tetamu dari pelbagai bangsa antaranya adalah dari bangsa Cina Tiong Hua turut sama hadir.
Tuan Pengarah juga sudi meluangkan masa bertemu dan berbual bicara bersama-sama PJS dan para tetamu yang hadir.Kehadiran para pemimpin dan PJS Zon Selatan yang telah memberikan kerjasama yang baik tatkala apa jua bentuk program yang dianjurkan ternyata memberikan kesan yang amat baik di antara para pemimpin dan kakitangan HPA.
Turut tidak ketinggalan juga kehadiran beberapa kakitangan HPA Zon Selatan antaranya Kakitangan Pejabat Pentadbiran Zon Selatan, Kakitangan Gudang Kluang, Eksekutif Cawangan Segamat, Cawangan Mersing, Cawangan Muar 1 dan Muar 2, Cawangan Pontian, Cawangan Nilai, Cawangan Parit Raja, Cawangan Tangkak, Cawangan Simpang Renggam, Cawangan Semabok Melaka, Cawangan Renggit, Cawangan Pasir Gudang, Cawangan Kluang 1 dan Cawangan Kulai.Kesemua mereka ini juga turut berpeluang bersama-sama dengan Pengarah Urusan untuk beramah mesra dan bermaaf-maafan.

Sehubungan dengan itu sekalung ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada Kelab-kelab HPA Zon Selatan yang bersama-sama menjayakan apa jua bentuk program yang di anjurkan,antaranya adalah Kelab Al Wahida Zon Selatan (KAS),Kelab Pemimpin Global,Kelab Siti Khadijah,Kelab Comitte Radix Centre dan Kelab Komiti HPA Nilai.Semoga segala usahasama dan kerjasama antara Bahagian Pentadbiran HPA Zon Selatan khususnya dan kelab-kelab Pemimpin Zon Selatan dapat dipertingkatkan dan dipermajukan di masa mendatang.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.