Wednesday, September 16, 2009

MESYUARAT EKSEKUTIF ZON SELATAN


Satu mesyuarat Eksekutif Zon Selatan bersama Pejabat Pentadbiran Zon Selatan telah berlangsung pada 15 September 2009 di Dewan Nuruddin Fahmiey Kluang,Johor.Majlis tersebut yang dihadiri oleh seluruh eksekutif Zon Selatan kecuali Eksekutif Masjid Tanah yang tidak dapat hadir kerana kini bercuti akibat nahas jalan raya.

Mesyuarat yang dimulai seawal jam 8.00 pagi telah dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab sebagai pembuka majlis dan diikuti bacaan al mathurat dan solat sunat Dhuha secara berjemaah.

Mesyuarat yang di adakan turut dihadiri oleh seluruh kakitangan Pejabat Pentadbiran Zon Selatan iaitu AGM Zon Selatan Pn Zaimah Bt Ismail,Pegawai Admin& HR Cik Norhanim Bt Yaa'cob,Pegawai Projek dan Pembangunan Pn Shahriza Bt Razizat,Pegawai Akaun dan Belian Cik Siti Fadilah Bt Sarti ,Pegawai Audit En Azuansyah Bin Noraidi,Pegawai Operasi Cawangan En Mohammad Yunus Bin Abd Rasid,Pegawai Gudang En Mohd Faizul Bin Abdul Latif,Pegawai Penternakan En Mohd Izzat Izuddin Bin On dan Pegawai Latihan dan Promosi En Mohd Sahril Bin Hj Surib.

Tujuan perjumpaan dan mesyuarat ini di adakan adalah untuk memperbincangkan segala apa jua permasalahan yang berlaku di cawangan-cawangan.Eksekutif juga dikehendaki menyediakan pembentangan berkaitan prestasi cawangan masing-masing di sepanjang bulan Januari hingga Ogos 2009.Eksekutif juga dikehendaki menyertakan sebab-sebab kenaikan dan penurunan jualan setiap bulan.

Kekurangan dan kelemahan-kelemahan dalam produk di cawangan turut diminta untuk dibentangkan agar ianya dapat dibawa segala aduan berkenaan kecacatan dan kelemahan produk-produk HPA ke mesyuarat bersama bahagian pengurusan nanti.

Pembentangan yang dimulai oleh Eksekutif Cawangan Rengit dan disusuli oleh Eksekutif Cawangan Kota Tinggi dan diakhiri oleh Eksekutif Cawangan Parit Raja.Pembentangan yang disampaikan sambil pelbagai pertanyaan boleh diajukan turut merancakkan suasana mesyuarat.

Pegawai di setiap bahagian juga dikehendaki membentangkan pembentangan masing-masing dan membuka sebarang pertanyaan dan kemusykilan yang timbul di cawangan.Ucapan serta nasihat sebagai kesimpulan yang telah disempurnakan oleh AGM Zon Selatan Pn Zaimah Bt Ismail.

Beberapa isi penting ucapan tersebut adalah pripentingnya kesemua bahagian sama ada di peringkat pentadbiran dan cawangan peka dan mengambil berat akan kesemua arahan dan makluman terkini dan perlunya cawangan mengekalkan amalan dan aktiviti wajib syarikat iaitu amalan membaca al mathurat dan solat sunat Dhuha di kesemua peringkat.

Semoga dengan berlangsungya perjumpaan dan mesyuarat kesemua bahagian dan jabatan di Zon Selatan ini mampu mengatasi segala permasalahan yang berlaku di dalam usaha penambahbaikan mutu dan hasil kerja Zon Selatan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.