Friday, September 25, 2009

TAHLIL RINGKAS DI CAWANGAN ZON SELATAN

Assalamualaikum Warahmatullah

Kepada : SELURUH CAWANGAN ZON SELATAN

Perkara : BACAAN TAHLIL RINGKAS DI CAWANGAN

Merujuk perkara di atas.

Berhubung dengan pemergian PJS Zabedah Bt Abdullah kerahmatullah pada Khamis malam Jumaat 24 September 2009 bersamaan 6 Syawal 1430 Hijriah seluruh cawangan HPA Zon Selatan dituntut untuk melaksanakan satu tahlil ringkas di cawangan masing-masing.

Sukacita juga dimaklumkan kepada semua eksekutif untuk melaksanakan arahan ini bersama-sama dengan kakitangan di cawangan.Semoga dengan perlaksanaan tahlil ringkas ini kita semua dikurniakan akan Allah perlindungan dan ganjaran yang besar.Segala kerjasama dari semua pihak amatlah di harapkan.

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

Sekian,

Jazakumullahu Khairan Jaza

Pejabat Pentadbiran Zon Selatan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.