Wednesday, August 5, 2009

PERINGATAN

Assalamualaikum Warahmatullah

Daripada Abi Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w:

"Apabila amanah dipersia-siakan, tunggulah berlakunya Qiamat". Abu Hurairah bertanya: "Bagaimanakah amanah yang dipersia-siakan? Jawab baginda: "Apabila sesuatu urusan diserahkan mandat kepada bukan yang berkelayakan, tunggulah berlakunya Qiamat".


Kepada : Cawangan, Agen Stok, Pengedar, Pengguna

Perkara : PERINGATAN DARI PIHAK PENTABIRAN ZON SELATAN

Merujuk perkara di atas.

Adalah dengan ini dukacitanya pihak Pentadbiran Zon Selatan masih lagi menerima aduan berkenaan dengan pembelian atas nama agen stok dari cawangan-cawangan.

Sepertimana yang telah sedia maklum larangan pembelian di atas nama agen stok amatlah di larang oleh pihak syarikat.

Sehubungan dengan itu pihak Pentadbiran Zon Selatan disini ingin menegaskan sekali lagi
segala urusniaga tersebut amatlah di larang sama sekali.

Eksekutif-eksekutif cawangan dikehendaki melaporkan terus kepada AGM Zon Selatan Pn Zaimah Bt Ismail untuk tindakan selanjutnya jika terdapat mana-mana individu berkeras untuk meneruskan tegahan dan larangan ini.

Segala kerjasama dari kesemua pihak amatlah di harapkan.Moga Allah S.W.T mengurniakan kepada kita semua sifat amanah kepada kita semua.amin.

Jazakumullahu Khairan Jaza,

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA "

Yang Benar ,

Pejabat Pentadbiran Zon Selatan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.