Diantara sebab-sebab yang membuatkan HPA mahu menubuhkan kedai kek nya sendiri ialah untuk menyahut seruan daripada JAKIM dan PPIM yang mengatakan bahawa lebih daripada 80% kek yang dijual dipasaran sekarang menggunakan berus yang mengandungi bahan haram. Penggunaan jeli dan gelatin juga keju yang berleluasa dalam pembuatan kek ini juga antara faktor-faktornya. Alhamdullillah,keju yang digunakan dalam produk Radix Bakery House ini adalah diperbuat daripada minyak kelapa sawit seperti yang dimaklumkan oleh Tuan Haji semasa perasmian semalam.

Penggunaan mentega dan pewarna juga membimbangkan kita. Tetapi HPA tetap mencuba mencari altenatif lain yang dapat menggantikan bahan ini. Malah ada juga kek yang mengandungi sedikit alcohol untuk membuatkan kek tersebut menjadi gebu dan besar. Semua masalah ini insyaallah HPA berusaha untuk mengadakan altenatif lain.
Semoga perniagaan kek ini dapat didirikan disetiap daerah-daerah di seluruh Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.