Tuesday, August 18, 2009

AMARAN TERAKHIR

Assalamualaikum Warahmatullah

Kepada: SELURUH CAWANGAN ZON SELATAN

Perkara: PEMBELIAN ATAS NAMA AGEN STOK

Merujuk kepada perkara di atas.

Bahagian Pentadbiran masih lagi mendapati berlakunya pembelian menggunakan atas nama agen stok.Biarpun memo larangan dan tegahan telah dikeluarkan berulang kali namun ianya gagal dipatuhi.

Sehubungan dengan itu tindakan keras dengan menamatkan perkhidmatan akan di ambil kepada mana-mana staf yang didapati terlibat dalam urusan jual beli tersebut.

Sila laporkan juga kepada pihak Zon jika ada mana-mana individu yang tetap berkeras untuk melakukan pembelian atas nama agen stok.

Sebarang permasalahan dan pertanyaan boleh diajukan kepada bahagian pentadbiran.Segala kerjasama dari semua pihak amatlah diharapkan.

Jazakumullahu Khairan Jaza,

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.