Saturday, August 29, 2009

KOPI STAF

Assalamualaikum Warahmatullah

Kepada : SELURUH CAWANGAN ZON SELATAN

Perkara : KOPI STAF

Merujuk perkara di atas .

Selepas meneliti Laporan Stok dan Laporan Pembayaran kopi staf ,didapati stok kopi staf di cawangan dapat dipantau oleh pihak J.A.D.Dengan ini diputuskan bahawa kopi staf dibenarkan beli secara tunai dan potongan gaji berkuatkuasa dari tarikh memo ini dikeluarkan.

Setiap cawangan perlu ada stok kopi staf tidak kurang dari 10 unit dalam satu-satu masa.

Sebarang penggunaan untuk mesyuarat,kelas malam,kelas mingguan dan lain-lain hanya boleh menggunakan produk kopi staf sahaja (tidak dibenarkan menggunakan kopi kecil, kopi jumbo dan kopi papan).

Kerjasama dari pihak di cawangan-cawangan amat diharapkan bagi melancarkan lagi proses pengurusan di Jabatan Audit Dalaman (J.A.D)

Sekian,harap maklum.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.