Wednesday, January 27, 2010

KEMERIAHAN HARI WARGA STAF 2009..

Pada 24 Januari 2010, pihak pengurusan HPA telah menganjurkan Hari Warga Staf HPA 2009 bertempat di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah. Bertemakan "Bersama Membina Ukhuwah", program ini dianjurkan bertujuan untuk meraikan staf-staf HPA yang telah bekerja keras membantu memajukan perniagaan HPA, di samping merapatkan ukhuwah silaturrahim antara staf-staf HPA yang hadir terdiri daripada dinamika dan variasi pentadbiran di seluruh negara dan luar negara seperti Indonesia, Cambodia Brunei dan Filipina. Dirasmikan oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad, program ini dihadiri lebih 100o staf HPA.

Berkonsepkan 'majlis meja bulat', aktiviti yang dilaksanakan adalah ucapan GM AWM, Pengarah Urusan II dan ucapan Perasmian oleh Penagarah Urusan. Majlis diserikan lagi dengan persembahan alunan Nasyid Raihan dan Kumpulan TAQWA, Dikir Barat dan Penyampaian 10 Kategori Anugerah Khas.

AWM Zon Selatan dijemput untuk menyertai program tersebut. Seramai 38 orang staf dijemput untuk menghadiri program tersebut diketuai oleh Pengurus Zon Selatan, Puan Zaimah.

Terima kasih diucapkan kepada HPA kerana sudi menjemput AWM zon selatan menghadiri program tersebut. Tahniah diucapkan kepada Puan Zaimah kerana dianugerahkan Kepimpinan Wanita Terbaik, Anugerah Cawangan AWM Selatan Terbaik disandang oleh AWM Cawangan Semabok dan Cik Hafizah Bt Daim dianugerahkan Staf Cawangan Terbaik bagi Zon Selatan.