Wednesday, January 27, 2010

PPZS GLOBAL: PAMERAN DAN JUALAN DI UTHM (PAMERAN KESIHATAN)

UTHM kali ini menganjurkan Program Kesihatan bertemakan "Sihat, Ceria dan Relaks" pada 13 Januari 2010 bertempat di Dewan Terbuka UTHM. Program seliaan Pelajar Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) telah diadakan untuk memberi kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dan cara mencegah penyakit.

Kehadiran seramai 1000 orang yang terdiri daripada Jabatan Kesihatan Parit Raja, masyarakat sekeliling Parit Raja dan pelajar sekolah. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah pameran dari syarikat yang mengeluarkan produk berasaskan perubatan, pemeriksaan kesihatan, pergigian demontrasi teknik CPR dan kempen derma darah. Program ini dirasmikan oleh Prof Dr Wahid bin Razzaly, Dekan FPTek, UTHM.

Sehubungan itu, Pihak Pentadbiran Zon Selatan bekerjasama dengan AWM Cawangan Parit Raja dan Ayer Hitam menyertai sesi pameran kesihatan tersebut bagi memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai HPA di samping dapat meningkatkan hasil jualan cawangan masing-masing.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak UTHM atas kesudian mereka menjemput HPA menyertai pameran ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada AWM Cawangan Parit Raja dan Ayer Hitam kerana bekerja keras dalam menjalankan promosi.

Untuk pengetahuan, hamper perasmian kepada perasmi dan VIP TELAH disumbangkan oleh HPA.