Wednesday, January 27, 2010

LAWATAN HPA ZON SELATAN

Keterlanjuran Staf HPA Selatan berada di Utara Tanah Air mengikuti Hari Warga Staf 2009, sesi lawatan telah diatur untuk memberi pendedahan kepada staf mengenai operasi anak-anak syarikat lain. Antara destinasi kumpulan adalah Ibu Pejabat HPA (HQ) di Jejawi Perlis dan HPA Industries Sdn. Bhd.

Ketika di HQ, selesai solat dhuha, Ustaz Zulkarnain telah membawa kumpulan melawat ke Jabatan Audit Stok, MIS (ahli, bonus, cawangan), PBC dan Bahagian Pentadbiran manakala ketika kumpulan melawat HPA Industries Sdn. Bhd. pula, En. Zakaria (Pengurus) telah mengiringi staf ke kilang kapsul, kilang kopi dan kilang sos.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada pegawai pengiring ketika sesi melawat diadakan. Harapan agar sesi lawatan ini dianjurkan ke anak-anak syarikat lain untuk pengetahuan dan pendedahan operasi HPA dengan lebih luas.