Wednesday, October 28, 2009

PERTUKARAN EKSEKUTIF...

Salam...

Akhir-akhir ini saya mendapati ada segelintir Eksekutif Cawangan yang tidak 'effective' dan 'passive' dengan arahan-arahan syarikat, khidmat pelanggan di cawangan, gerak kerja laporan (MIS & JAD), kebersihan & keceriaan cawangan dan juga kawalan stok di cawangan. Hal menyebabkan kita menerima banyak komplen dan rungutan dari ahli-ahli dan staf-staf lain berkaitan tingkahlaku Eksekutif Cawangan..

Saya tidak menuding jari kepada mana-mana Eksekutif Cawangan..tetapi siapa yang makan cili akan merasa pedasnya...

Eksekutif Cawangan (Pengurus) hendaklah bertindak more aggresive, active dan creative di dalam memastikan Pengurusan Cawangan adalah di dalam terkawal... Jangan bersikap seperti apabila diketuk baru nak jalan...

Pihak PPZS memandang serious hal ini dan pertukaran Eksekutif atau penurunan jawatan akan berlaku sekiranya perkara-perkara diatas tidak diambil berat.

"The monkey eventually learns that if it refuses to let go of the banana, the fruit will rot and start to stink, yet the monkey still hold on. The same is true for us. If we refuse to let go of the things or people that hold us back, life starts to rot and then stink. The only way to go beyond where you are in your life is by being willing to let go of the things, people, habits, and beliefs that keep you where you are instead of where you want to be..."

Think and action...

Harap maklum.

3 comments:

  1. Izinkan saya berikan pandangan dan teguran ikhlas buat kali ke 2. Hal-hal dalaman sebegini tidak sewajarnya disiarkan untuk tatapan umum. Sekiranya ada masalah keluarga/dalaman syarikat ianya hendaklah diuruskan mengikut prosidur dalaman syarikat. Apabila didedahkan sebegini ianya akan menjejaskan moral , prestasi dan motivasi semua pihak(terutamanya staf) samada yang terbabit secara langsung atau tidak. Apa gunanya diadakan perjumpaan dan motivasi tetapi kemudiannya disiram dengan sebaran sebegini. Manusia dianugerahkan dengan akal fikiran berbanding monyet yang tidak mempunyai semuanya itu.Manusia mempunyai maruah dan moral yang perlu dijaga dan dibaja dengan hikmah.Mengeluarkan kenyataan secara umum dan ditatap oleh semua akan memberikan implikasi yang tidak baik kepada imej syarikat dan pekerja. Oleh yang demikian , sekali lagi saya menyeru agar isu-isu dalaman hendaklah diuruskan mengikut prosedur dan saluran yang betul.Jika tidak percaya , tunggu dan lihat akan prestasi kerja staff selepas ini . Semakin tinggi atau semakin merudum . Wallahualam

    ReplyDelete
  2. Salam,saya sependapat dengan saudara Abd Halim,seperkara begini tidak harus jadi tatapan umum cukup lah sekadar memo dalaman agar kepincangan dalaman tidak dapat diketahui umum.
    kami sebagai ahli HPA tidak akan mengambil kisah masalah dalaman pentadbiran dan bukan kerja kami untuk mengetahui selok belok tatacara pengurusan pihak HPA.
    Adalah lebih baik tuan memasukkan aktikal-aktikal membina,contohnya produk-produk HPA atau sebagainya. Sekurang-kurangnya ada juga info yang boleh memberi maafaat kepada semua.
    Cara tuan seolah-olah ingin menunjukkan kuasa lebih-lebih lagi kearah kekerasan terhadap kakitangan tuan itulah maksud yang saya fahami,
    maaf komen untuk membina sahaja.
    terimakasih.

    ReplyDelete
  3. Salam..mohon en.abdul halim said dan PJ PKHRUL ROMPIN fahami apa yg dimaksudkan dgn ayat-ayat tersebut kerana maksudnya adalah disebaliknya. Hanya dengan menjadi staff sahaja dpt memahami ayat-ayat tersebut. Apapun terima kasih diatas komen yg membina tersebut utk kebaikan dan perjuangan produk2 Halal...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.