Jika sebelum ini kebanyakan dari umat Islam hanya mendengar dan mengetahui daripada media perdana dan iklan-iklan promosi maka ianya telah terlaksana kini dengan rasminya pada tanggal 24 Oktober 2009 yang lalu.

Dengan perasmian RFC Kluang ini akan memberi satu lagi pilihan alternatif kepada umat Islam yang berada disekitar Kluang khususnya dan seluruh Malaysia amnya.Majlis yang berlangsung dimulakan dengan ucapan pengacara majlis pada jam 9.00 pagi diikuti dengan bacaan ayat suci Al Quran oleh Mohd Shahidatul Naim bagi menambahkan lagi keberkatan majlis.
Majlis perasmian tersebut yang turut dihadiri oleh Pengurus Besar Al Wahida Marketing Sdn Bhd En Mohd Faisol Bin Abd Rahman dan Pengurus Besar RFC Ustaz Ahmad Adnan Bin Ahmad Fadzil.Tidak ketinggalan juga turut hadir bersama AGM Zon Tengah Puan Siti Nurhazliana Bt Mat Hashim, AGM Zon Pantai Timur Tuan Haji Ismail Bin Omar.Turut sama hadir adalah PJS Hafidzan Fauzi dan beberapa PJS yang lain.
Kehadiran yang begitu amat menggalakan ternyata memberi satu nilai tambah kepada para kakitangan HPA itu sendiri agar ianya dapat dimanfaatkan untuk mempertingkatkan usaha dan kebersamaan dalam memartabatkan industri halal di tanah air Malaysia khususnya.
Ucapan perasmian oleh Pengarah Urusan ternyata memberi input dan motivasi yang tinggi.Memartabatkan perusahaan industri halal perlu digembeleng oleh semua pihak agar satu masa nanti umat Islam terhindar daripada segala jua bentuk syubhah dan yang meragukan di dalam mengharungi kehidupan seharian.
Majlis menandatangani plug perasmian telah berjaya dilakukan oleh Pengarah Urusan dengan diiringin oleh Pelabur RFC Kluang, GM Al Wahida Marketing Sdn Bhd, Pengurus RFC Ustaz Ahmad Adnan serta AGM Zon yang lainnya.
Jamuan secara percuma selama satu jam dihidangkan kepada para tetamu yang hadir.Kebanjiran para tetamu yang hadir amat diluar jangka sejak dari awal pagi perasmian sehingga ke waktu malamnya tanpa henti.
Subhanallah begitulah sambutan luar biasa yang telah ditunjukkan oleh masyaraka sekitar dengan berkat usaha semua pihak baik sama ada di bahagian Pentadbiran dan kakitan HPA dan mahupun para pemimpin dan PJS Zon Selatan yang tanpa jemu memberikan sokongan dan bantuan yang penuh jitu sehingga terlaksana dan beroperasinya RFC Kluang ini.Alhamdulillah..
Kita nantikan pula Radix Chicken House (RCH) Kluang dan RFC Mydin Melaka pula selepas ini.Ayuh bersama-sama kita doakan agar usaha murni ini mendapat bantuan dan maghfirah dari Allah S.W.T.
Amin..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.