
Majlis diserikan lagi dengan ceramah perdana yang disampaikan oleh Ust Nizam yang di undang untuk menyampaikan ceramah berkaitan fadilat dan kelebihan bulan Islam iaitu bulan Rejab dan Syaaban.
Penceramah telah menyentuh banyak perkara yang perlu diambil berat antaranya kepentingan menjaga dan menunaikan solat lima waktu.Beliau juga mendedahkan bahawa satu kajian menyatakan seramai satu juta rakyat Malaysia tidak menunaikan solat.
Beliau juga menyentuh akan betapa pentingnya mengutamakan pendidikan agama didalam kita mendidik anak-anak kita, dan sebagai seorang mukmin kita juga perlu menjaga adab dan aurat kita dengan sesama manusia agar segala kehidupan dan rezki yang kita perolehi senantiasa diberkati dan dirahmati.

Ust Nizam juga mengajak para hadirin untuk menghayati fadilat bulan Syaaban agar kita bersungguh-sungguh mencari redha Allah dengan memperbaiki niat hati kita apabila memasuki bulan Syaaban.
Ust menyebutkan sehari berpuasa di dalam bulan Syaaban seseorang itu akan dijauhkan daripada api neraka Allah dan mukmin tersebut akan menemani Nabi Yusuf alaihisalam sewaktu di syurga nanti.Berpuasa sehari juga akan Allah kurniakan seseorang itu pahala sepertimana pahala Nabi Ayub alaihisalam.
Allah S.W.T tidak akan mengampunkan 6 golongan pada malam nisfu syaaban :-
1-Peminum arak
2-Anak yang menderhakai kedua ibu bapa
3-Mereka yang berkekalan dengan zina
4-Mereka yang berselisih faham
5-Mereka yang menipu di dalam jual beli
6-Mereka yang mengadu domba

Tahniah diucapkan kepada KAS di atas majlis seumpama ini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.