Wednesday, July 22, 2009

TEGURAN DAN AMARAN

Assalamualaikum warahmatullah

Merujuk kepada perkara di atas pihak pengurusan syarikat telah mendapati kebanyakan daripada arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak syarikat tidak dilaksanakan dengan sebaiknya bahkan ada yang memandang remeh dengan etika kerja dan etika berpakaian yang ditetapkan.

Oleh demikian pihak pengurusan telah membuat keputusan untuk mengeluarkan semula peringatan terakhir dan tindakan disiplin akan di ambil ke atas staf-staf yang gagal mematuhi etika ini mulai 1 Ogos 2009.Antara tindakan disiplin tersebut yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran adalah seperti berikut:-

TINDAKAN KE ATAS STAFF
1-Surat tunjuk sebab bagi masaalah-masaalah berkaitan.
2-Menukarkan staf kemana-mana bahagian atau diluar kawasan(bagi kes-kes tertentu).
3-Tidak menyambung kontrak perkhidmatan.
4-Diberhentikan serta merta dan disenarai hitamkan dari semua badan-badan syarikat HPA Industries Sdn Bhd.(Bagi kes-kes tertentu)

ETIKA KERJA DAN PENAMPILAN STAF HPA
1-Tidak mengambil apa-apa hak milik syarikat tanpa kebenaran dan pengetahuan pihak pengurusan.
2-Menjaga batas-batas pergaulan antara staf lelaki dan perempuan.
3-Tidak meminta atau menerima sebarang imbuhan atau hadiah berkaitan urusan syarikat daripada mana-mana pihak atau pembekal tanpa kebenaran Pengarah Urusan.
4-Mematuhi arahan yang dikeluarkan dari masa ke semasa.
5-Boleh bekerja di mana-mana bahagian dan di luar bidang tugas sekiranya tenaga kerja diperlukan.
6-Menghadiri program-program anjuran syarikat :
*Bacaan Al Quran
*Bacaan Al Mathurat
*Tazkirah
*Solat Sunat Dhuha
*Kelas Fardu Ain
*Kelas Pengajian Al Quran
*Perhimpunan Staf
*Kuliah Perubatan Jawi (diwajibkan kepada semua eksekutif)

7-Mematuhi etika penampilan dan berpakaian di dalam HPA Industries:
LELAKI
*Rambut pendek/kemas
*Tidak merokok
*Kuku pendek dan bersih
*Memakai kasut yang sesuai
*Memakai baju yang dibenarkan oleh pihak Pengurusan sahaja.
- T-Shirt ' Radix ' berlengan panjang
- Jaket berlogo HPA
- Baju korporat HPA
- Seluar slack dan kemeja berlengan panjang


WANITA
*Melabuhkan tudung sehingga ke paras bawah dada
*Memakai sarung kaki dan sarung lengan
*Berpakaian tidak menjolok mata serta ketat/ sendat
-Berjubah / baju kurung yang bewarna gelap (Hitam, Hijau, Biru)
-T-Shirt ' Radix ' labuh berlengan panjang
*Tidak memakai alat solek serta wangi-wangian yang menarik perhatian.

Staf di cawangan perlu mengisi borang maklum balas yang akan difaxkan ke cawangan-cawangan sebagai tanda telah memahami dan bersetuju untuk mematuhi arahan yang telah dikeluarkan.Kegagalan staf mengisi borang maklum balas ini sebelum 7 Ogos 2009 akan dianggap tidak lagi berminat untuk menyambung kontrak perkhidmatan bersama-sama dengan pihak syarikat.Borang maklum balas yang siap diisi boleh dihantarkan ke Bahagian Pentadbiran El Zahra melalui faks : 04 4484715.

Kesemua eksekutif cawangan di amanahkan untuk memantau serta memastikan etika ini dilaksanakan oleh semua staff .Perhatian dan tindakan semua Eksekutif amatlah diharapkan.

Sekian, Harap Maklum.

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

Yang Benar,

En Mohd Hafidz Bin Ismail
Penolong Pengurus Besar
Bahagian Pentadbiran
S/K Pengarah Urusan

1 comment:

  1. Saja nak bagi pandangan. Sebagai sebuah organisasi segala pekeliling dalaman syarikat tidak sewajarnya didedahkan secara umum. Ianya dikhuatiri memberikan imej dan salah tanggapan yang negatif kecuali blog ini hanya boleh diakses oleh staff sahaja. Sewajarnya pekeliling ini dihtr melalui emel atau seumpamanya terus kecawangan-cawangan sahaja. Adalah lebih bermanfaat blog ini digunakan untuk mewar-warkan perkembangan syarikat kepada ahli atau sebaran maklumat yang diperlukan oleh semua ahli dan bukan ahli. Sekadar pandangan dan terpulang kepada pihak pengurusan untuk memikirkannya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.