Wednesday, June 24, 2009

REJAB DAN KEISTIMEWAANYA

Bulan Rejab merupakan bulan ke-7 dalam senarai bulan-bulan didalam kalendar Islam. Terletak diantara bulan Jamadilakhir dan Syaaban, bulan ini memiliki keistimewaan tersendiri dimana banyak kifayah atau kebaikan apabila kita mengamalkan ibadah dalam bulan ini. Seperti dinyatakan Al-Quran dalam surah al-Taubah, ayat 36, Bulan Rejab merupakan antara empat bulan haram yang diisytiharkan oleh Allah s.w.t selain bulan Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram.

Nabi Muhammad S.A.W menyatakan bulan Rejab adalah bulan Allah, iaitu bulan Ahlullah menurut tafsiran daripada Imam al-Qurtubi. Imam al-Nawawi mengatakan: “Apa yang zahir daripada ucapan Sa’id bin Jubayr itu menjadi bukti tiada tegahan untuk berpuasa padanya (Rejab) kerana bulan berkenaan. Bahkan kedudukannya sama mengikut baki bulan Islam yang lain. Tiada larangan untuk melakukan ibadat puasa di bulan Rejab, tidak pula disunatkan kerana bulannya. Tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunahan puasa terbabit.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda :

" Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan Allah S.W.T, maka : ”

1) Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari Allah S.W.T.

2) Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab/Isra Mi’raj akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.

3) Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi Allah S.W.T.

4) Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1,2, dan 3 Rejab maka Allah S.W.T akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat.

5) Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, InsyaAllah permintaannya akan dimakbulkan Allah S.W.T.

6) Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini , maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa lapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga.

7) Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini , maka Allah S.W.T akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah hari-hari puasa maka Allah S.W.T akan menambahkan pahalanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.