Friday, June 19, 2009

PERASMIAN GUDANG ZON SELATAN



Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan kasih sayangNya Pusat Pentadbiran Zon Selatan secara rasminya telah memiliki gudangnya sendiri.Pada tarikh Rabu 3 Jun 2009 bersamaan 9 Rabiul Akhir Gudang Zon Selatan telah selamat dirasmikan oleh Pengarah Urusan HPA Industri Sdn Bhd Yang Berbahgia Tn Hj Ismail Bin Hj Ahmad.

Ketibaan beliau bersama isteri telah disambut oleh Pen. Pengurus Besar Zon Selatan Puan Zaimah Bt Ismail dan juga PJS Hafidzan Bin Faudzi selaku Presiden Kelab Pemimpin Al Wahida(KPA).Turut hadir adalah PJS-PJS,Leader-leader, ahli-ahli HPA dan keseluruhan kakitangan dan staff HPA zon selatan bagi memeriahkan majlis yang penuh gilang gemilang dan bersejarah ini.

Majlis yang dipengerusikan oleh yang berbahgia Cikgu Khalid dan bacaan doa oleh Ust Muhammad Razif Bin Daud Eksekutif HPA cawangan Rengit.

Aturcara majlis diteruskan dengan ucapan Tuan Pengarah dan penyampaian insentif bulan April kepada cawangan-cawangan yang memperolehi peningkatan jualan dalam bulan tersebut.Penyampaian insentif yang telah disampaikan oleh Tuan Pengarah Urusan Tn Hj Ismail Bin Hj Ahmad diiringi En Hafidzan Bin Faudzi dan Pn Zaimah Bt Ismail .Pemberian insentif kepada 22 buah cawangan yang berjaya mempertingkatkan jualan merupakan satu tanda penghargaan syarikat kepada hasil usaha dan jasa baik kakitangan di cawangan yang senantiasa bertungkus lumus dan berusaha keras untuk menambah dan memperkukuhkan jualan-jualan di cawangan.


Tuan Pengarah juga telah berkenan untuk bersama-sama meninjau dan menyaksikan susun atur produk-produk di gudang dan juga dapat melihat aturan perjalanan penghantaran barang ke cawangan di seluruh zon selatan.Tuan Pengarah juga berbesar hati memberikan ais krim Toyyibah percuma kepada para tetamu yang hadir.Mudah-mudahan dengan kesungguhan di dalam perjuangan memartabatkan produk-produk halal dapat diterima dan diguna pakai oleh seluruh keluarga di Malaysia khususnya dan dunia amnya.

Semoga dengan wujud dan rasminya Gudang Zon Selatan ini mampu mempertingkatkan dan memperbaiki segala permasalahan yang timbul sebelum ini dan segala aduan-aduan dan pertanyaan dari para ahli yang mengharapkan bekalan-bekalan produk HPA senantiasa ada dan tidak terputus terjawab sudah.InsyaAllah.

Oleh itu marilah kita semua dari segenap peringkat baik sama ada Pengurusan, PJS, Leader, ahli-ahli dan seluruh kakitangan HPA membulatkan tekad dan semangat untuk berjuang membawa dan menyedarkan ahli masyarakat kita akan kepripentingnya memilih dan mengambil sumber makanan dan bahan-bahan yang halal agar ia mampu melahirkan satu generasi yang beriman, beramal sesuai mengikut acuan dari Al Quran dan Assunah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.