Produk & Herba Pilihan
Saturday, July 30, 2011
Lanjutan Maintain Bulan Julai
Dimaklumkan bahawa Maintain Belian bulan Julai dilanjutkan sehingga 3hb Ogos 2011. Oleh itu kepada semua ahli bolehlah membuat belian untuk mencukupkan belian minima 50NM atau sebaik-baiknya 100NM untuk mendapat bonus HPA dan juga sebagai tanggungjawab membantu HPA membuat lebih banyak sumbangan kepada sekolah Agama miliknya, iaitu Manhal serta sekolah agama luar dan banyak lagi sebab-sebabnya.
Kepada agen stok diwajibkan menghantar laporan Julai kepada jabatan MIS pada 5hb Ogos 2011.
Friday, July 29, 2011
Thursday, July 28, 2011
Perkhidmatan SMS HPA
Salam. HPA kini menyediakan khidmat maklumat Alamat Cawangan Utama Melalui SMS. Contohnya:
Taip 'HPA rfcmelaka' dan hantar ke 32828, atau
Taip 'HPA Kluang 2' dan hantar ke 32828
*setiap perkhidmatan SMS dikenakan bayaran RM0.50 sahaja. Tertakluk pada T&S.
Majlis Tadarus Al-Quran, Berbuka Puasa & Jamuan Hari Raya
Salam.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa gabungan Kelab Komuniti Johor Bahru & Kelab Evergreen Komuniti Skudai akan mengadakan majlis-majlis bersempena kehadiran bulan Ramadhan & Syawal yang bakal menjelma ini, seperti ketetapan berikut:
Majlis Tadarus Al-Qur'an, Berbuka Puasa & Tarawikh
Sukacitanya dimaklumkan bahawa gabungan Kelab Komuniti Johor Bahru & Kelab Evergreen Komuniti Skudai akan mengadakan majlis-majlis bersempena kehadiran bulan Ramadhan & Syawal yang bakal menjelma ini, seperti ketetapan berikut:
Majlis Tadarus Al-Qur'an, Berbuka Puasa & Tarawikh
- Tarikh - 20 Ogos 2011 / 20 Ramadhan 1432H
- Masa - 5.00 petang
- Tempat - Dewan HPA Cawangan Utama Johor Bahru (Bandar Baru Uda)
- Tarikh - 17 September 2011 / 19 Syawal 1432H
- Masa - 2.00 petang
- Tempat - Dewan HPA Cawangan Utama Skudai
Wednesday, July 27, 2011
Majlis Perasmian Padi Organik & Kilang Air Alkali
Majlis Perasmian Padi Organik & Perasmian Kilang Alkali dirasmikan oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad pada tarikh 25hb Julai 2011, bertempat di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa II Kota Bharu, Kelantan. Majlis ini dihadiri oleh para PJS, PPJS, Komuniti HPA, Staf HPA semua peringkat, ahli-ahli HPA serta orang ramai. Manakala pada sebelah malam pula, telah diadakan Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) bersama Pengarah Urusan HPA.
Monday, July 25, 2011
Perubahan Terkini BIC
Perubahan terbaru mengenai BIC Sesi Pertama & Kedua di Dewan Fatimah Az-Zahraa, Kluang:Pengisian program/slot:
- 8.30 pagi - Bacaan Al-Ma'thurat & Solat sunat Dhuha berjemaah
- 9.00 pagi - Penilaian Tahap Prestasi
- 11.30 pagi - Ujian IQ / Penyelesaian Masalah
- 12.15 petang - Rehat
- 1.45 petang - Solat Zuhur Berjemaah
- 2.00 petang - Taklimat dari Unit Gudang, Operasi/Audit Zon Selatan
- 4.30 petang - Bersurai
Friday, July 22, 2011
Billboard HPA di Lebuhraya PLUS
HPA telah memasang Papan Iklan HPA di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Gambar di bawah adalah Papan Iklan HPA di sepanjang Lebuhraya antara Tol Bangi dan Tol Kajang.
Thursday, July 21, 2011
Bengkel Interpretasi Cawangan (BIC) Sesi Julai 2011
Diharapkan semua staf cawangan yang terlibat dapat menghadirkan diri ke bengkel tersebut bagi memudahkan proses pembaharuan kontrak anda dan mengelakkan kontrak anda ditamatkan. Mohon kerjasama penuh dari anda.
BIC dibuat di Dewan Fatimah Az Zahra, Kluang bermula jam 8.15am. Disiplin dalam pembahagian masa perjalanan amat diharapkan kerana kontrak anda akan dikira sekiranya anda menghabiskan semua slot bengkel (Aktiviti pagi, peperiksaan, taklimat dan perbincangan).
Sekian, terima kasih.
*untuk maklumat lanjut, sila rujuk Pegawai HR ditalian 07-7733717.
BIC dibuat di Dewan Fatimah Az Zahra, Kluang bermula jam 8.15am. Disiplin dalam pembahagian masa perjalanan amat diharapkan kerana kontrak anda akan dikira sekiranya anda menghabiskan semua slot bengkel (Aktiviti pagi, peperiksaan, taklimat dan perbincangan).
Sekian, terima kasih.
*untuk maklumat lanjut, sila rujuk Pegawai HR ditalian 07-7733717.
Monday, July 18, 2011
Sunday, July 17, 2011
Friday, July 15, 2011
Imbasan Majlis Taklimat Hibah Akujanji PJS
Assalamualaikum w.b.t.
Ada beberapa hal yang dapat dibuat kesimpulan hasil dari pertemuan Taklimat Akujanji bertempat di Dewan Amir Ramadhan (6 Julai 2011):
Ada beberapa hal yang dapat dibuat kesimpulan hasil dari pertemuan Taklimat Akujanji bertempat di Dewan Amir Ramadhan (6 Julai 2011):
- Permohonan PJS hendaklah dibuat melalui Pejabat Latihan Zon setelah sesaorang Pengedar merasakan beliau layak untuk dipertimbangkan ke status berkenaan.
- Syarat utama melepasi kelayakan untuk di nilai sebagai PJS adalah pencapaian bonus terkini RM1000.00, Pangkat PJ, keaktifan dalam Siri Program ESP dan program yang lain, tidak melibatkan diri dalam mana mana JUALAN LANGSUNG (MLM, SLM, Jualan langsung internet sistem, Binary, Piramid dan apa apa bentuk yang dikategorikan wujud unsur penajaan dan pembinaan rangkaian) dan komited. Semua ini akan diberikan permarkahan secara merit dan sebahagiannya adalah secara mandatori.
- Pihak Latihan zon akan mengisi laporan penilaian dan akan menghantar ke Ibu Pejabat (HQ)AWM untuk dianalisa oleh Panel Penasihat Perlantikan PJS sebelum diserahkan kepada Pengarah Urusan untuk diHIBAHkan.
- Tempoh Lantikan adalah 3 bulan. Sebarang perlantikan semula adalah bergantung kepada penilaian semasa.
- Kefahaman mengenai MLM syariah, Produk, Plan 3 tahun Sukses, Skil sebagai Mentor, Keaktifan bersama Kelab dan memiliki Kualiti Kimpimpinan tanpa mengambil kira dari jaringan dan kumpulan mana adalah suatu penilaian utama dalam permarkahan Merit.
- Semua PJS dan bakal PJS diwajibkan serta memastikan membawa minima 6 orang downline pada aras 1 di program ESP serta melakukan maintain 150 NM untuk kenaikan pangkat PLX. Ini sejajar dengan pembentukan rangkaian melalui program ESP seperti yang dianjurkan oleh HPA.
Thursday, July 14, 2011
Wednesday, July 13, 2011
Info Mengenai PJS di Malaysia
dari tinta GM (En. Mohammad Faisol bin Abdul Rahman)...
Salam.
Adalah dimaklumkan bahawa pemberian Bonus SETIA dan Bonus Generasi Pangkat 6 ke 10 adalah diberikan secara Konsep HIBBAH.
Salah satu syarat utama adalah tidak melibatkan diri dalam mana-mana Jualan Langsung sama ada secara langsung atau sebaliknya.
Yang di maksudkan dengan Jualan Langsung adalah MLM, SLM, Skim Cepat Kaya, Skim Surat Berantai, Binary, Piramid, Skim Pembinaan Jaringan Melalui Internet dan yang lainnya.
Salam.
Adalah dimaklumkan bahawa pemberian Bonus SETIA dan Bonus Generasi Pangkat 6 ke 10 adalah diberikan secara Konsep HIBBAH.
Salah satu syarat utama adalah tidak melibatkan diri dalam mana-mana Jualan Langsung sama ada secara langsung atau sebaliknya.
Yang di maksudkan dengan Jualan Langsung adalah MLM, SLM, Skim Cepat Kaya, Skim Surat Berantai, Binary, Piramid, Skim Pembinaan Jaringan Melalui Internet dan yang lainnya.
Tuesday, July 12, 2011
KPJ-ESP & Bengkel Zon Selatan
Salam. Berikut adalah program-program yang akan dilaksanakan Zon Selatan sepanjang Julai ini:
Diharapkan staf & cawangan yang terlibat/berhampiran dapat memberikan komitmen yang penuh di dalam menjayakan program ini. Sebarang maklumbalas & pertanyaan sila hubungi En. Ariff (013-6279535) atau En. Sukardi (017-7519043). Harap maklum.
KoWahida Terima Anugerah Tunas Harapan
Pengerusi Kowahida En Mohd Faisol menerima trofi dan replika cek RM10,000 dari Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak di Putrajaya sempena Hari Koperasi Negara 2011.
ALHAMDULILLAH. Tahniah kepada Koperasi Wahida dari kami HPA Zon Selatan. Semoga lebih ramai ahli HPA yang akan melabur dalam koperasi milik kita ini setelah melihat kejayaan-kejayaan yang telah dicapai. Anda boleh mendaftar ahli Koperasi Wahida dengan yuran serendah RM20.00 dan pelaburan minima RM200.00 dimana-mana cawangan HPA seluruh Malaysia.
kuliah perubatan jawi
Assalamualaikum.
Berikut adalah jadual aktiviti bagi Zon Selatan bulan Julai ini.
Bil | Tarikh | Program/Tempat | Penceramah |
1 | 15 Julai | Kuliah Perubatan Jawi ESP KPJ di Dewan Caw. Pasir Gudang Pasar ESP di HPA Pasir Gudang | Tn Hj Ramly bin Ahmad |
2 | 16 Julai | Kursus Diagnos Saraf Tapak Tangan | Tn Hj Ramly bin Ahmad |
3 | 20 Julai | Kuliah Perubatan Jawi ESP KPJ di Dewan HPA Muar 2 Pasar ESP di HPA Muar 2 | *PJM Cikgu Murad |
4 | 23 Julai | Kuliah Perubatan Jawi ESP KPJ di Dewan Halal Mart Ayer Keroh Pasar ESP di HPA Ayer Keroh | *Ustaz Zolkharnain |
5 | 27 Julai | Kuliah Perubatan Jawi ESP KPJ di Dewan Caw. Nilai Pasar ESP di HPA Nilai | *PJS Ustaz Ahmad Ramizu |
Di minta seluruh cawangan2 HPA bersama2 membuat hebahan ini Alhamdulillah!
Monday, July 11, 2011
Tuesday, July 5, 2011
Monday, July 4, 2011
Friday, July 1, 2011
Pengumuman Penting ESP Kedua
Salam. Sebagai makluman, berikut adalah maklumat-maklumat berkenaan ESP Kedua di MiTC, Melaka. Sila ambil perhatian kepada sesiapa yang terlibat. Kehadiran adalah diWAJIBkan.
- Senarai Nama & Tugasan AJK ESP
- CONTOH Checklist Bahan - sila maklumkan keperluan & kemaskini setiap hari
- Ringkasan ESP Kedua
- Tentatif ESP Kedua
- Etika Pemakaian:
- LELAKI - Kemeja berwarna maroon, berkopiah putih & vest HPA.
- WANITA - Baju kurung/jubah berwarna maroon, bertudung labuh hitam & vest HPA.
Subscribe to:
Posts (Atom)