Tuesday, July 12, 2011

KoWahida Terima Anugerah Tunas Harapan

Pengerusi Kowahida En Mohd Faisol menerima trofi dan replika cek RM10,000 dari Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak di Putrajaya sempena Hari Koperasi Negara 2011.

ALHAMDULILLAH. Tahniah kepada Koperasi Wahida dari kami HPA Zon Selatan. Semoga lebih ramai ahli HPA yang akan melabur dalam koperasi milik kita ini setelah melihat kejayaan-kejayaan yang telah dicapai. Anda boleh mendaftar ahli Koperasi Wahida dengan yuran serendah RM20.00 dan pelaburan minima RM200.00 dimana-mana cawangan HPA seluruh Malaysia.