Thursday, July 28, 2011

Majlis Tadarus Al-Quran, Berbuka Puasa & Jamuan Hari Raya

Salam.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa gabungan Kelab Komuniti Johor Bahru & Kelab Evergreen Komuniti Skudai akan mengadakan majlis-majlis bersempena kehadiran bulan Ramadhan & Syawal yang bakal menjelma ini, seperti ketetapan berikut:

Majlis Tadarus Al-Qur'an, Berbuka Puasa & Tarawikh
  • Tarikh - 20 Ogos 2011 / 20 Ramadhan 1432H
  • Masa - 5.00 petang
  • Tempat - Dewan HPA Cawangan Utama Johor Bahru (Bandar Baru Uda)
Jamuan Hari Raya
  • Tarikh - 17 September 2011 / 19 Syawal 1432H
  • Masa - 2.00 petang
  • Tempat - Dewan HPA Cawangan Utama Skudai
Dengan itu, pihak kami amat berbesar hati untuk menjemput, para PJS, Pelapis-pelapis PJS, ahli-ahli Komuniti HPA, staf-staf HPA semua peringkat, ahli-ahli HPA serta orang ramai untuk menghadiri majlis yang mulia. Bersama-sama kita ramaikan. InsyaAllah!