Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam.

Seluruh warga Pejabat Pentadbiran Zon Selatan khususnya dan seluruh staf HPA ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Dzahir dan Batin kepada seluruh umat Islam. Di kesempatan ini, kami ingin memohon ampun dari hujung rambut ke hujung kaki; ampunkan segala keterlanjuran, terkasar bahasa, termakan minum dan segala kelemahan diri kami.
"Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan"

"Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya"