Friday, August 26, 2011

Jemputan Malam Amal & Bantuan Anak Yatim Negeri Perlis

Assalamualaikum WBT.

HPA Industries Sdn Bhd dengan ini telah bekerjasama dengan Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIP's) untuk menjayakan Program Amal dan Bantuan Anak Yatim Sempena Sambutan Aidilfitri dan Bulan Kemerdekaan. Majlis ini turut dihadiri oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis serta Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perempuan Perlis, YAB Menteri Besar Perlis, Exco Negeri Perlis dan Ketua-ketua Jabatan Negeri Perlis.

HPA telah menyediakan 20 meja berbayar untuk barisan PJS, PPJS dan ahli yang berminat untuk menghadiri majlis tersebut. Kapasiti satu meja adalah 10 orang. Nilai tiket makan malam amal tersebut berharga RM50.00/seorang.

Untuk makluman, TIADA penginapan akan disediakan. Namun untuk pertanyaan tempat penginapan yang berdekatan sila berhubung dengan AJK Penginapan iaitu Puan Ozaizura bte Othman (04-9776805 / 012-6870773).

Semua penyertaan hendakalah melalui PRESIDEN / SETIAUSAHA kelab masing-masing dan diserahkan Senarai Nama Pengesahan Kehadiran melalui borang yang disediakan selewat-lewatnya pada 29 Ogos 2011 (Isnin), dan diserahkan kepada AJK Jemputan iaitu:
  1. Normalina bte Sharoni (emel: dew_beater1505@yahoo.com)
  2. Nor Irwani bte Abdul Rahman (emel: nor_irwani87@yahoo.com)
Di sini dilampirkan juga: