Wednesday, August 18, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA DI CAW. HPA JOHOR BAHRU



Alhamdulillah,

Majlis Berbuka Puasa anjuran bersama Komuniti HPA Johor Bahru dan Cawangan HPA Johor Bahru telah diadakan pada 17 Ogos di Dewan Cawangan HPA Johor Bahru. Sambutan yang menggalakkan daripada ahli-ahli HPA telah memeriahkan lagi majlis tersebut.

Antara pengisiannya adalah Tadarus Al Quran, Berbuka Puasa, Solat Maghrib, Isyak dan Terawikh Berjemaah, Tazkirah Ramadhan.

Turut hadir ialah PJS Rahmat (Timb. Presiden KPS) dan PJ Khalid (Presiden Pelapis PJS KPS). Sekalung penghargaan diucapkan kepada Komuniti dan Cawangan HPA Johor Bahru kerana berjaya melaksanakan majlis tersebut dengan sebaiknya.