Saturday, February 20, 2010

PROGRAM MENTOR-MENTEE PPZS-CAWANGAN AWM SELATAN

Memandangkan pengurusan perniagaan Al Wahida Marketing Sdn. Bhd. semakin berkembang dari masa ke masa, peranan dan tanggungjawab turut sama berkembang bagi memenuhi perkembangan perniagaan syarikat ini. Pengejaran jualan dan projek syarikat yang sangat cepat memerlukan pihak pengurusan bekerja dengan pantas bersama dengan kualiti kerja. Ini kerana, individu yang bekerja pantas tanpa kualiti kerja akan menjadikan kerja tersebut sia-sia dan tidak efisien manakala individu yang mempunyai kualiti kerja tetapi perlahan tindakannya akan ketinggalan bersama kualitinya yang mungkin tidak boleh diadaptasikan pada gerak kerja untuk syarikat pada masa akan datang.

Oleh itu, pihak zon turut merasai perkembangan perniagaan tersebut dan memerlukan suatu metodologi atau pendekatan baru dalam mengurus perniagaan cawangan-cawangan naungannya supaya pihak zon tidak menumpukan jualan semata-mata malahan kebajikan dan hal ehwal staf cawangan turut dititikberatkan kerana dua elemen ini dapat mempengaruhi perkembangan syarikat secara major.

Bagi meningkatkan lagi keberkesanan dalam pengurusan kebajikan dan hal ehwal staf, pihak pengurusan zon telah memutuskan program terbaru pada Mesyuarat Bulan Februari 2010. Program seperti yang tertera pada tajuk ruangan ini berkonsepkan give and take in small group. Tujuannya adalah untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi dua hala antara pihak PPZS dan cawangan AWM Zon Selatan di samping merapatkan jalinan ukhuwah bukan sahaja antara mentor-mentee malahan antara mentee dan pengurus.

Perlaksanaan program ini berteraskan kepada terma a small group is better than a big group. Mentor program terdiri daripada pegawai-pegawai PPZS manakala mentee program pula adalah dikalangan cawangan-cawangan yang terpilih. Puratanya, seorang mentor akan memegang antara 4-5 buah cawangan. Keseluruhannya, terdapat 6 mentor bersama 6 kumpulan mentee. Antara kriteria yang diambil kira oleh mentor dalam penjagaan mentee adalah berkenaan dengan sms jualan, pesanan gudang, masalah stok, masalah produk, masalah pelanggan, jadual kebersihan, kelas mingguan, penjagaan aset dan keadaan fizikal cawangan, kebajikan staf serta cadangan penambahbaikkan operasi cawangan. Mentee akan memberi respon kepada kriteria-kriteria tersebut kepada mentor setiap kali berhubung antara satu sama lain. Perjumpaan setiap kumpulan dilakukan sebulan sekali selama 6 hari (1 kumpulan sehari) yang mengambil masa hanya 2 jam.

Diharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi meningkatkan kebajikan dan kualiti operasi cawangan-cawangan AWM bagi Zon Selatan.