Tuesday, February 9, 2010

PPZS GLOBAL: PERJUMPAAN PJS2 & LEADER2 BERSAMA GM AWM



Alhamdulillah,

Tanggal 09 Februari 2010 bertempat di Dewan Permata 1 & 2 Ballroom, Hotel Puteri Pasific, Johor Bahru telah diadakan perjumpaan 'orang-orang kuat AWM' selama 3 jam. Perjumpaan yang julung kali diadakan bertujuan meningkatkan pengetahuan mengenai sistem AWM selain mengetahui perkembangan mengenai HPA di seluruh negara.

Antara pengisian yang dibincangkan oleh Encik Faisol adalah meliputi kemusykilan Ta'awun 2010, penerangan Dew Filter dan soal jawab selepas sesi penerangan. Kehadiran seramai 200 orang adalah menggalakkan.

Sekalung penghargaan kepada En Faisol, PJS-PJS dan Leader-leader Komuniti HPA Zon Selatan kerana sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan lagi perjumpaan tersebut. Setinggi tahniah juga diucapkan kepada semua pelaksana program (pegawai PPZS) kerana berjaya menganjurkan program ini. Wasalam.