Monday, October 5, 2009

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA KAS

Satu majlis yang cukup meriah dan ceria jelas terserlah sewaktu Majlis Jamuan Sempena Hari Raya Aidilfitri yang telah dianjurkan oleh Kelab Al Wahida Selatan (KAS).Majlis yang berlangsung di Cawangan HPA Parit Raja dan para hadirin yang hadir seramai 200 orang tetamu.

Para Tetamu Yang Hadir

Majlis yang bermula seawal jam 10.30 pagi dan berakhir 12.50 tengahari.Majlis itu juga telah dihadiri Para Pegawai dari Pejabat Pentadbiran Zon Selatan.Tidak ketinggalan juga kehadiran para pemimpin antaranya adalah PJS Rahmat Bin Daim, PJS Alimah Bt Sam, PJS Evi Shoraiya Bt Ridhuan dan juga pemimpin KAS yang lain iaitu Penasihat Komuniti HPA Cawangan Parit Raja Cikgu Khalid berserta isteri Pn Zaiton Bt Ahmad, PJ Ishak Bin Ahad dan isteri, Ust Nora Ashid Bin Hj Sakib, En Abd Rahim Bin Muntawil dan beberapa pemimpin KAS yang lain.

Di majlis itu juga satu perlantikan pemantau telah di adakan, upacara tersebut bermula pada jam 11.15 minit pagi setelah para tetamu selesai menjamu selera menikmati juadah hari raya.Majlis penyampaian perlantikan dan watiqah kepada para pemantau KAS telah disempurnakan oleh Pengerusi KAS PJS Rahmat Bin Daim sambil diiringi oleh Eksekutif Cawangan Parit Raja Noor Azimah Bt Romano.

Sebelum sesi penyampaian watiqah berlangsung satu sesi amanat dari PJS Rahmat Bin Daim, antara amanat beliau kepada para penerima watiqah perlantikan dan para hadirin yang hadir adalah perlunya kesemua pencinta dan penyokong HPA bersatu hati dan menjaga akhlak masing-masing sama ada ketika sesuatu program dilakukan ataupun ketika berada di khlayak masyarakat.

Perlunya juga para pemantau yang akan dilantik nanti mengadakan pertemuan dan perjumpaan secara kerap bagi membincangkan segala apa jua bentuk permasalahan yang berlaku sekiranya ada.Sebelum beliau mengakhiri ucapan, PJS Rahmat telah berpesan kepada mereka-mereka yang sayang dan mencintai HPA supaya perlu berjuang bersungguh-sungguh dan hadirin dipinta untuk memberi sokongan dan dorongan kepada para pejuang-pejuang yang memperjuangkan produk halal ini.

Satu acara majlis ikrar juga telah dilangsungkan buat para pemantau yang telah dilantik dengan disaksikan oleh keseluruhan para tetamu yang hadir.Kesemua pemantau ini ditugaskan untuk memantau segala apa jua bentuk program sewaktu PBC dianjurkan oleh KAS.

Majlis yang berakhir sekitar jam 12.45 tengah hari dan diakhiri dengan sesi bergambar bersama dengan para penerima lantikan dan majlis diberkatkan lagi dengan bacaan doa penutup oleh Ustaz Noor Asshid Bin Hj Sakib dan bersalam-salaman diiringi marhaban.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.