Monday, August 15, 2011

Ko-Wahida Kekalkan Dividen 10%

Koperasi Wahida HPA Berhad (KOWAHIDA) bertempat di HPAIC pada 6 Ogos yang lalu berjalan dengan cukup baik di mana seramai hampir 50 orang perwakilan yang hadir ke mesyuarat tersebut. Perwakilan yang hadir adalah terdiri daripada anggota-anggota Koperasi Wahida HPA bhd. seluruh Malaysia yang dibahagikan bagi wakil-wakil zon masing-masing.

Mesyuarat itu telah dirasmikan oleh En Meor Mohd Shariffudin, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) negeri Perlis. Beliau dalam ucapannya menyatakan bahawa Ko-Wahida tersenarai dalam koperasi terbaik di Perlis dan mengucapkan tahniah kepada Ko-Wahida kerana telah dianugerahkan Koperasi Tunas Cemerlang pada Har Koperasi Negara id Putrajaya baru-baru ini.

Di samping itu, Pengerusi Ko-Wahida, En. Mohamad Faisol bin Abdul Rahman dalam ucapan beliau memberi keyakinan kepada anggota bahawa koperasi akan merangka lebih banyak projek besar bagi menjana lebih pendapatan serta dapat memberi keuntungan yang lebih baik kepada seluruh anggota insyaAllah.

Pada mesyuarat tersebut, ahli Lembaga dan Perwakilan Ko-Wahida bersetuju mengisytiharkan dividen sebanyak 10% bagi modal saham berakhir 2010 kepada anggota-anggota yang layak.

Barisan baru ALK juga telah dilantik dalam mesyuarat tersebut, 2 orang ALK lama telah digugurkan, iaitu En Ismail bin Othman dan Pn Nor Haida bte Rameli. Ahli Lembaga Ko-Wahida (ALK) yang baru yang dilantik menggantikan ALK lama yang digugurkan ialah En Harryzan bin Yaak. Barisan baru ALK ini diberi harapan dan kepercayaan penuh oleh anggota bagi menggerakkan koperasi ke arah cita-cita yang lebih besar setiap anggota dan salah satunya adalah menghala tujukan koperasi ke arah pembentukan sebuah perbankan Islam.